Jalan Negeri Kedah K638

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K638
Jalan Bukit Kechil-Pulau Sayak
K638 Road 2.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang2.21 km[1] (1.37 mi)
Simpang utama
Hujung barat K642 di Kampung Pulau Sayak
Hujung timur K14 di Kampung Bukit Kechik
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K638 (Jalan Jalan Bukit Kechil-Pulau Sayak atau Jalan Pulau Sayak) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K638 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.21 kilometer (1.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Pulau Sayak di utara dengan Kampung Bukit Kechik di timur dengan melalui kawasan Kampung Telok Amboi dan Kampung Bukit Tukang Jusoh.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Hujung barat K638 pada Disember 2021.

Dari penghujung barat, Jalan Kampung Pulau Sayak K638 bermula di simpang tiga Jalan Pantai Merdeka K14 di Kampung Bukit Kechik, berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil. K638 akan menuju ke arah barat laut menuju Kampung Bukit Tukang Jusoh dan melalui kawasan perhutanan hijau dan perumahan penduduk. Ia akan melintasi saliran kecil berasal daripada Sungai Tok Kanchil di Kampung Bukit Tukang Jusoh. K638 akan membengkok ke arah barat daya di Kampung Teluk Bilek, selepas melepasi simpang ke Jalan Telok Amboi, jalan kampung ke Kampung Telok Amboi dan Kampung Aceh. Bermula di sini, K638 akan melalui kawasan sawah padi di selatan. Jajran diteruskan hingga di penghujung baratnya di Kampung Pulau Sayak, berhampiran dengan sebuah klinik desa. Ia bersilang dengan Jalan Kampung Tepi Sungai–Pulau Sayak K642 secara simpang tiga.[4][5]

Jajaran Jalan Negeri Kedah K638 secara keseluruhannya terletak di Mukim Bukit Meriam, salah satu mukim di bawah pentadbiran Daerah Kuala Muda.[2][6] Nama jalan untuk K638 yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan Bukit Kecik–Pulau Sayak–Bukit Tukang Jusuh.[1][7] Hampir kesemua bahagian jalan K638, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Pulau Sayak0.00 K642Kampung Sungai Yu, Kampung Sungai MeriamPenghujung barat
Kampung Teluk Bilek1.40Jalan Telok Amboi – Kampung Telok Amboi, Kampung Aceh
Kampung Bukit Kechik2.21 K14Kota Kuala Muda, Pantai Merdeka, Kampung Permatang TengahPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ Google Inc. "Peta Google — K638" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  6. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  7. ^ @JKRKMS (24 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Part 5 Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 1 Mei 2022 – melalui Twitter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]