Jalan Negeri Kedah K271

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K271
Jalan Kampung Kota Giam
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.12 km[1] (1.94 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK109 K109 di Kampung Bata
Persimpangan utama
Hujung selatan K276 di Kampung Malau
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K271 (Jalan Kampung Kota Giam) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K271 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.12 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Bata di utara dengan Kampung Malau di selatan.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kampung Kota Giam (Jalan Negeri K271), bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Bata dekat simpang tiga Jalan Jitra–Bukit Wang (Jalan Negeri K109), berhampiran dengan Persimpangan Bertingkat Jitra Utara (Susur Keluar 182) Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (NSE). Permulaan jajaran K271 terletak dalam Mukim Jitra, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K271 akan melengkung sedikit ke barat, lalu melalui kawasan perumahan kos rendah, Taman Cermai. Terdapat dua simpang tiga untuk memasuki ke Taman Cermai, kemudian K271 akan membengkok tajam ke timur meninggalkan Taman Cermai dan memasuki kawasan perkampungan Kampung Kota Giam. Di selekoh ini, terdapat simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Sungai Baharu.[3][4]

Seterusnya, ia akan melintasi sebatang sungai, Sungai Bata, meninggalkan kawasan petempatan penduduk Kampung Kota Giam lalu memasuki kawasan penanaman sawah padi sepanjang 700 meter. K271 akan melintasi sebatang sungai kali kedua iaitu Sungai Charok Palong, untuk memasuki kawasan perkampungan Kampung Manggol, serta Mukim Malau. Simpang tiga hala Jalan Kelubi Luar (Jalan Negeri K273) terletak selepas Jambatan Charok Salong. Di Kampung Manggol, terdapat beberapa simpang jalan untuk ke kawasan perumahan dan komersial Taman Pulasan. Selepas itu, K271 akan melalui kawasan pembinaan, lalu mencapai penghujung selatan, di Jalan Kelubi–Kampung Tanjung (Jalan Negeri K276), dekat Kampung Malau.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K271 sebahagian besarnya terletak di Mukim Jitra, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu dan selebihnya terletak di Mukim Malau. K271 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Bata0.00K109 K109Jitra, Kuala Lumpur, ButterworthHujung utara
Kampung Manggol2.41 K272Kampung Kelubi Luar
Kampung Malau3.12 K276Bandar Darulaman, Kampung LaharHujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.