Jalan Negeri Kedah K274

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K274
Jalan Pusat Pembiakan Ikan Jitra
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang2.07 km[1] (1.29 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT1 di Jitra
Persimpangan utama
  • K273 di Taman Rasa Sayang
Hujung selatanJalan Aman Utama di Taman Sri Aman
Lokasi
Destinasi
utama
  • Taman Cempaka
  • Taman Kubang Pasu Dua
  • Taman Rasa Sayang
  • Taman Ria
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K274 (Jalan Pusat Pembiakan Ikan Jitra) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K274 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.07 kilometer (1.3 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Bandar Jitra di utara dengan Taman Sri Aman di selatan.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K274, bermula sebagai kilometer sifar di persimpangan Jalan Persekutuan 1 (Jalan Jitra), di utara bandar Jitra, berdekatan dengan Jambatan Terusan Alor Changileh. Permulaan jajaran K274 terletak dalam Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K274 akan melalui beberapa kawasan perumahan kos rendah seperti Taman Ria, Taman Cempaka, Taman Kubang Pasu Satu, Taman Kubang Pasu Dua, Taman Rasa Sayang, dan Taman Sri Aman. Jajaran K274 adalah sejajar dengan Terusan Alor Changileh bermula dari Taman Ria sehinggalah Taman Kubang Pasu 2. Ia akan bersimpang dengan Jalan Tras 1, berhampiran dengan kawasan Taman Kubang Pasu 1, lalu bersimpang dengan Jalan Taman Kubang Pasu 2, yang menuju ke kawasan perumahan Taman Kubang Pasu 2. Berdekatan dengan muara Terusan Alor Changileh, K274 membengkok ke selatan, dan akan sejajar dengan Terusan Utara.[3][4]

Di Taman Rasa Sayang, K274 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K273 (Jalan Tan Seri Osman Aroff ke barat dan Jalan Kelubi ke timur). Persimpangan ini dikawal dengan lampu isyarat. Seterusnya, ia akan melalui kawasan perumahan Taman Bunga Raya dan Taman Jitra Dua. Tiada persimpangan untuk mencapai kawasan perumahan ini. 500 meter dari persimpangandi Taman Rasa Sayang, K274 akan melintasi sebatang sungai iaitu, Sungai Tanjung Pauh. Berdekatan dengan lintasan ini, terdapat simpang kecil menuju ke pejabat agensi kerajaan iaitu Pejabat Perikanan Daerah Kubang Pasu dan Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra yang dimiliki oleh Jabatan Perikanan Negeri Kedah. Jajaran K274 akan tamat di sini, dan diteruskan dengan jalan perbandaran Jalan Aman Utama, sehingga di simpang Jalan Ilmu, di Kawasan Perindustrian Darulaman.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K274 yang diwartakan terletak dalam Mukim Jitra, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K274 juga merupakan jalan raya tunggal barat-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K274 dikenali sebagai Jalan Pusat Pembiakan Ikan Jitra dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Jitra0.00 FT1Sungai Petani, Butterworth, KodiangHujung utara, ke selatan sahaja
1.52 K273Kampung Kelubi, Bandar Darulaman, Taman Sri Utama
Taman Sri Aman2.07Jalan Aman Utama – Kawasan Perindustrian Darulaman, Pejabat Perikanan Kubang PasuHujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ "Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia". marris.treasury.gov.my. Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 2 Disember 2020.