Port Dickson: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Sejarah: Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 47: Baris 47:


Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti [[Teluk Kemang]], Blue Lagoon dan Cape Rachado.
Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti [[Teluk Kemang]], Blue Lagoon dan Cape Rachado.


<nowiki>*</nowiki>yipyapop yapap pipipppp


==Lokasi==
==Lokasi==

Semakan pada 03:21, 26 Jun 2019

Port Dickson
Rumah Api Tanjung Tuan
Nama panggilan: PD
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
Ditubuhkan1800-an
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah115,631
Zon waktuUTC+8 (MST)
Laman sesawangMajlis Perbandaran Port Dickson

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari pusat bandarnya untuk penduduk tempatannya berehat.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.


*yipyapop yapap pipipppp

Lokasi

Port Dickson ialah sebuah bandar pantai peranginan yang terkenal terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong.Mukim-mukim di port dickson merangkumi Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.

Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban-Port Dickson, Hanya 3 jam Setengah Dari Singapura, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang. Harga tol RM3.20.[perlu rujukan]

Sejarah

Port Dickson mendapat nama dari pegawai tinggi British bernama Sir John Frederick Dickson yang telah ditempatkan di Negeri-negeri Selat semasa akhir abad ke-19. Sebelum tempat ini dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk kecil. Orang Cina dan India tempatan pula menamakan tempat ini sebagai Alang atau Arang oleh kerana berhampiran dengan teluk tersebut terletak sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arangnya dan membekalkannya kepada kawasan berhampiran.

Setelah menyedari Arang mencapai kemajuan yang pesat sebagai kawasan perindustrian dan Tanjung sebagai kawasan bandar yang membangun dengan cepatnya, Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu Selat, Sir John Frederick Dickson, terus mewartakan supaya Tanjung dijadikan sebuah pelabuhan yang strategik dan juga menjadikannya sebagai tempat istirahat untuk pegawai dan peladang British.

Pembangunan pelabuhan itu juga membolehkan orang-orang British mengambil kesempatan dari perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntungkan antara India dan China. Aktiviti perdagangan yang sibuk antara peniaga dua negara tersebut menonjolkan Selat Melaka sebagai satu tempat perhentian yang sesuai dan praktikal kerana kedudukannya di pertengahan perjalanan bagi saudagar-saudagar kapal itu.

Bagi melengkapi keberkesanan pelabuhan baru ini, berikutnya pada tahun 1891, satu landasan kereta api sepanjang 39km telah dicadangkan untuk menghubungkan Tanjung dan Sungai Ujong yang sekarang dikenali sebagai Seremban. Pelan yang dirangka membolehkan pelbagai jenis barangan yang dibawa oleh kapal niaga seperti rempah-ratus, beras, ubi kayu diangkut melalui keretapi dari pelabuhan ke Sungai Ujong.[1]

Asal nama

  • Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British.
  • Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh.
  • Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.

Perkembangan

Peta Port Dickson
Pantai Port Dickson
  • 1901, kilang Shell didirikan. Shell merupakan syarikat petroleum multinasional berasal dari Belanda. Kilang ini didaftarkan sebagai Syarikat Shell Petrol and Trading dapat menghasilkan 700 liter tan minyak. Keperluan kilang penapisan petroleum amat penting agar Malaysia tidak bergantung kepada minyak dari Pulau Bukom, Singapura. Petroleum mentah diimport dari Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran.
  • 1902 stesen kereta api telah dibina hingga ke pelabuhan Port Dickson. Kelebihan kereta api ialah dapat mengangkut barangan secar banyak, pukal dan murah. Contohnya kayu balak, bijih timah, petroleum, kelapa dan lain-lain.
  • 1933 Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan. Kem ini dinamakan Kem Si Rusa.
  • 1964 Esso membuka kilang penapisannya sebagai saingan kepada Shell. Rakyat tempatan diambil bekerja di dalam kilang ini.
  • 1965 Port Dickson Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar dibina bagi membekalkan tenaga elektrik. Janakuasa ini menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Janakuasa ini sering disalah anggap sebagai kilang Shell dan kilang Esso.
  • 1 Disember 1979 Majlis Daerah Port Dickson ditubuhkan.

Pantai

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.

Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya termasuklah:

  • Ancasa Resort Apartment
  • Avillion Village Resort
  • Bayu Beach Resort
  • Casa Rachado Resort
  • Corus Paradise Resort
  • Desa Lagoon Resort
  • Duta Villa Gulf Resort
  • Duta Hacienda Riviera Resort
  • Eagle Ranch Resort
  • Glory Beach Resort
  • Grand Lexis Port Dickon
  • Guoman Resort
  • Ilham Resort
  • LE Paris Resort
  • Lexis Hibiscus Port Dickson
  • Lexis Port Dickson
  • Ris Beach Hotel
  • Selesa Beach Resort
  • Seri Malaysia Hotel
  • Sunshine Bay Resort
  • The Regency Tanjung Tuan Beach Resort
  • Primaland Resort

Pasaraya/Pusat Beli-belah

  • Oceanic Mall @ The Store
  • TF Value-Mart, PD Waterfront
  • Billion Shopping Centre
  • Pasaraya Giant Lukut
  • Family Store Teluk Kemang
  • Tesco Hypermarket Lukut
  • Pasaraya SAKAN
  • Pasaraya KU, PD Sunggala Gateway
  • Pasaraya Mesra

Galeri imej

Pekan-pekan di daerah Port Dickson

  1. Linggi
  2. Permatang
  3. Pengkalan Kempas
  4. Teluk Kemang
  5. Pasir Panjang
  6. Tanjung Tuan
  7. Bandar Sunggala
  8. Sirusa
  9. Siliau
  10. Lukut
  11. Kuala Lukut
  12. Bukit Palong
  13. Jimah
  14. Bandar Springhill

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar