Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sistem Transit Aliran
Johor–Singapura
سيستم ترنسيت لاجو جوهر بهرو–سيڠاڤورا
Umum
Nama lainJohor–Singapore Rapid Transit System
JenisTransit aliran deras
StatusKajian perundingan seni bina dan kejuruteraan
Lokasi
TerminalMalaysia Bukit Chagar
Singapura Woodlands North
Stesen2
Perkhidmatan1
Operasi
Dirancang dibukaDisember 2024; 5 tahun lagi (2024-12)[1]
PemilikInfraCo[5]
PengendaliOpCo[2]
RTS Link (Prasarana SMRT JV)[3][4]
30 tahun tempoh konsesi
Ciri
  • Bertingkat
  • bawah tanah
Depot
  • Malaysia Bukit Chagar
  • Singapura Mandai
Teknikal
Panjang landasan4 km (2.5 mi)
Bilangan landasan2
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasi80 km/h (50 mph)
Peta laluan
MRT map SGJB.svg
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Cadangan laluan
RTS Johor Bahru–Singapura
to Gemas & Pulau Sebang/Tampin
 RTS 
Bukit Chagar
 BRT 
 KTM 
JB Sentral
KTM Intercity
 ETS   BRT 
Selat Johor
Malaysia
Singapura
international
border
 KTM 
Woodlands Train Checkpoint
KTM Intercity
 TE1  RTS 
Woodlands North
 TEL 
 NSL 
 TE2  NS9 
Woodlands

Co-located CIQ

Sistem Transit Aliran Johor–Singapura (RTS)[6] ialah transit aliran deras rentas sempadan yang dirancang untuk menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dengan Singapura, merentasi Selat Tebrau. Apabila ia siap dibina, sistem ini akan menjadi laluan kereta api penghubung kedua antara dua negara tersebut selepas perkhidmatan KTM Tebrau Shuttle. Bahagian pertama kajian kejuruteraan awal telah selesai pada Mac 2014,[7] dengan sasaran tahun projek dapat disiapkan adalah pada 2019. Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim, tarikh siap disasarkan pada 2022.[8]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Mei 2019, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan untuk menuntut atau bersedia untuk membeli bagi satu daripada lima plot tanah di Bukit Chagar, Johor Bahru yang diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Pada 4 Mei 2019, baginda Sultan Johor berkenan untuk menyerahkan satu plot tanah tersebut kepada Kerajaan Persekutuan jika ianya memang terlibat dengan projek mega tersebut tanpa mengenakan sebarang bayaran. Media menyatakan bahawa satu plot tanah tersebut telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012.

Ianya ekoran dari tuntutan dari Kerajaan Malaysia (Pakatan Harapan) terhadap Kerajaan Singapura untuk melanjutkan tempoh rundingan semula sehingga bulan September 2019. Projek mega melibatkan dua negara tersebut telah dimeterai pada bulan Januari 2018 melalui Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) pada ketika itu. Projek mega ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2024.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Singapore-JB Rapid Transit System to begin passenger service by 2024" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. 31 Julai 2017. 
  2. ^ "Prasarana, SMRT ink MOU to set up JV company" (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani. 25 September 2017. 
  3. ^ Rahmi Yunus (26 September 2017). "Prasarana and SMRT Corp sign MoU for RTS operating company" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. Dicapai 23 Januari 2018. 
  4. ^ "SMRT, Prasarana sign MOU to form joint venture company for JB-Singapore RTS Link" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. 25 September 2017. 
  5. ^ "JOINT FACTSHEET BY THE LAND TRANSPORT AUTHORITY (LTA) & SPAD - HIGHLIGHTS OF THE JOHOR-SINGAPORE RAPID TRANSIT SYSTEM LINK BILATERAL AGREEMENT" (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Pengangkutan Darat. 16 Januari 2018. 
  6. ^ "S'pura, M'sia meterai perjanjian Sistem Transit Laju JB-S'pura". Berita Mediacorp. 16 Januari 2018. Dicapai 24 Januari 2018. 
  7. ^ Preliminary engineering study on Rapid Transit System link to Johor Bahru completed. Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada asal pada 27 Ogos 2014. Dicapai 24 Januari 2018. 
  8. ^ "Johor-Singapore Rapid Transit System by 2022". The Edge Markets. 2 Mei 2017. Dicapai 22 Julai 2017. 
  9. ^ Kontroversi Projek RTS Johor-Singapura 4 Mei 2019