Hortaya borzaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Xortaja Borzaja)
Hortaya borzaya
Nama lainChortai
Chortaj
Grehaun timur
Negara asalUkraine
Anjing (Canis lupus familiaris)

Hortaya borzaya,[a] chortai, atau chortaj, ialah satu baka anjing pemburu penglihatan dari Ukraine.

Chortai dikatakan menyerupai silangan antara grehaun dengan borzoi berbulu pendek sebagai hound pelari yang terbina dengan agak berat tetapi tetap memaparkan ciri-ciri tipikal anjing pemburu penglihatan.[1][2]

Chortai dipercayai telah dikembangkan daripada baka krymskaja dan gorskaja yang kini pupus dan merupakan baka kegemaran kebangsawanan Rusia; seekor dipamerkan di Zoo London pada tahun 1829 sebagai grehaun Rusia walaupun sebaliknya ia jarang pernah terlihat di luar negaranya sendiri.[2][3] Selepas Revolusi Oktober, saki-baki daripada kenel terbiar milik kebangsawanan disilangkan secara meluas dengan keragaman hound tempatan yang menghasilkan yang kini dikenali sebagai anjing pemburu steppa Rusia Selatan, lalu baka ini mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa Soviet di Kongres Kinologi di Moscow pada tahun 1952.[1][2][3] Bilangan baka ini semakin berkurang di bawah Kesatuan Soviet sehingga tahap kepupusan hampir, tetapi dengan kejatuhan Kesatuan Soviet, terdapat minat baharu terhadap baka prarevolusi di dalam Rusia dan percubaan telah dibuat untuk menyelamatkan baka ini.[3]

Chortai biasanya berburu dengan cara tradisional Rusia, iaitu dengan pemburu yang berkuda dan diiringi oleh sepasang anjing pemburu dan seekor burung pemangsa.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: هورتايا بورزايا; Rusia: хо́ртая борза́я, rumi: xórtaja borzája

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Alderton, David (1987). The dog: the most complete, illustrated, practical guide to dogs and their world (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: New Burlington Books. m/s. 50. ISBN 0-948872-13-6.
  2. ^ a b c d Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 113. ISBN 1-57076-219-8.
  3. ^ a b c Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 84. ISBN 978-0-7566-6004-8.