Kampung Gentam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Gentam
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Gentam
Mohor rasmi Kampung Gentam
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Sembilan
Daerah Kuala Pilah
KampungKampung Gentam
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
72000
Kod kawasan+607
Lokasi Kampung Gentam di Peta Google

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Pilah, dalam Negeri Sembilan, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina). Kampung berhampiran dengan kampung ini adalah Kampung Beting & Parit Tinggi di timur, Kampung Sawah Lebar di selatan, Kampung Tanjung Jati di barat & Kampung Parit di utara. Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minangkabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan ruji yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Gentam, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah 72000.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]