Kampung Punggai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Punggai merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Pengerang, selatan Johor, Malaysia. Punggai terletak berhampiran dengan pantai iaitu mengadap ke Laut China Selatan. Dalam peta terletak pada koordinat ° 26' 0" Utara, 104° 17' 0" Timur. Kampung Punggai terletak berhampiran dengan Desaru, Bandar Penawar, Kampung Baru Sg Mas, Kampung Gambu, Kampung Changi, Teluk Ramunia, Kampung Tanjung Lahom dan lain-lain.

Antara ekonomi utama di Punggai ialah sektor perlancongan di tepi pantai. Sementara daratannya terdapat kawasan kuari pasir silika yang diusahakan sejak 1985. Kuari silika ini mencetuskan bantahan kerana kononnya mencemarkan keindahan pantai. Terdapat kawasan terbuka luas di mana kuari pasir silika dijalankan.