Puteri Khareeza
Puteri Khareeza | |
---|---|
Kelahiran | Puteri Aszfaryna Khareeza binti Arif 17 April 1998 |
Pendidikan | Ijazah Jurusan Undang-Undang |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif |
|
Pasangan | Mohd Shukor Kamaruddin (k. 2024) [1] |
Puteri Aszfaryna Khareeza Aris (lahir 17 April 1998) ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[2] Dilahirkan di Kuala Lumpur, beliau meraih kejayaan selepas dinobatkan sebagai naib juara Idola Kecil musim ketiga pada 2010,[3] dan melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada 2022 sebagai runut bunyi drama Melur Untuk Firdaus. Sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi drama lakonannya seperti Mimpi Sabrina (2019), Alergi Mamat Romantik (2020), Hari Kita Jatuh Cinta (2021) dan Air Mata Allisya (2022).
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Puteri Khareeza mula menunjukkan minatnya terhadap bidang muzik pada usia 7 tahun dan pernah mengambil bahagian dalam pertandingan Bintang Kecil anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2008. Beliau melancarkan single solo pertamanya, "Duka Sebalik Tawa" pada Jun 2022 dan menjadi rakaman rasmi pertamanya sejak mula bergiat aktif dalam industri muzik. Lagu ini dipilih sebagai runut bunyi untuk drama Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen dan Anna Jobling. Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan Venus yang mana beliau merupakan vokalisnya. Kumpulan ini terkenal menerusi lagu "Sakitnya Hati" dan "Maafkan Aku".
Idola Kecil 3 (2010)
[sunting | sunting sumber]Puteri Khareeza ialah salah seorang daripada 10 peserta Idola Kecil musim ketiga yang turut disertai oleh Harris Alif, Hadi Mazlan dan Elica Paujin.[4] Beliau dinobatkan sebagai naib juara di belakang Harris yang merangkul gelaran juara. Berikut ialah senarai persembahan beliau di Idola Kecil 3:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Kedudukan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Bebas | "Tak Mungkin Kerna Sayang" | Alyah | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Pop & Balada | "Sejujur Hatimu" | Adibah Noor | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Duet | "Matahariku" (duet bersama Angel) | Agnez Mo | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Indie Rock | "Ekstravaganza" | Bunkface | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Tribute Dato' Siti Nurhaliza | "Dialah Di Hati" | Dato' Siti Nurhaliza | TERSELAMAT |
Minggu Separuh Akhir | Road to Final | "Tic Tac Toe" | Ezlynn | TERSELAMAT |
Minggu Akhir | Grand Finale | "Kata Mama" | Dirinya sendiri | NAIB JUARA |
"Mencari Konklusi" | Hujan |
Lagu Cinta Kita 3 (2021)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2021, Puteri Khareeza digandingkan bersama Pasya Fauzi sebagai pasangan duetnya dalam Lagu Cinta Kita musim ketiga.[5] Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau bersama Pasya dalam Lagu Cinta Kita 3:
Konsert | Lagu | Penyanyi asal | Kedudukan |
---|---|---|---|
Minggu 1 | TIADA | ||
Minggu 2 | "Dealova" | Once Mekel | TERSELAMAT |
Minggu 3 | "Melompat Lebih Tinggi" | Sheila on 7 | TERSELAMAT |
Minggu 4 | "Sumpah" | Aina Abdul | TERSELAMAT |
Minggu 5 | "Dirgahayu" | Siti Nurhaliza & Faizal Tahir | TERSELAMAT |
Minggu 6 | "Kembali Merindu" | Slam | TERSELAMAT |
Separuh Akhir | "Relakan Jiwa" | Hazama Azmi | TERSELAMAT |
Akhir | Pusingan 1: "Kejoraku Bersatu" Pusingan 2: "Cinta Sejati Aku" |
Search Diri mereka sendiri |
TEMPAT KETIGA |
Big Stage 5 (2023)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2023, Puteri Khareeza terpilih sebagai salah seorang daripada 13 peserta Big Stage musim kelima. Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Kedudukan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Menifesto | "Duka Sebalik Tawa" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Flex Your Beat | "Ayang" | Nabila Maharani | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Asmaraloka | "Satu" | Dewa 19 | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Hari Jiwa Galau | "Saat Hilang Cintamu" | Siti Sarah | TERSELAMAT |
Minggu 5 | High School Crush | "Never Say Never" | Justin Bieber ft. Jaden | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Wow-Wa What's Next | "Sangkar Cinta" | Ziana Zain | TERSELAMAT |
Minggu 7 | Selebriti Memilih | "Skyfall (dipilih oleh Ernie Zakri)" | Adele | TERSELAMAT |
Minggu 8 (Suku Akhir) | Juri Pulak Memilih | "Dokter Cinta" | Dewi Dewi | TERSELAMAT |
Minggu 9 (Separuh Akhir) | BBNU Pun Nak Pilih Jugak | "Bangun (duet bersama Sophia Liana)" | Aman RA | TERSELAMAT |
Minggu 10 (Akhir) | Ultimatum & Battle Mashup | "Pelukan Angkasa" | Sekumpulan Orang Gila ft. Shila Amzah | TEMPAT KEENAM |
"Toxic & Titanium" (battle Aufahanie) | Britney Spears & David Guetta ft. Sia |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Puteri Khareeza dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik. Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Kapten Boleh | Fatin | Astro Ceria | Drama pertama |
2019 | Anugerah Cinta Aisyah | Salena | TV Okey | |
Diari Ramadhan Rafique Reunion | Zara | TV3 | ||
Mimpi Sabrina | Cat | TV3 | ||
2020 | Alergi Mamat Romantik | TV Okey | Adaptasi Novel Alergi Mamat Romantik Karya Ezza Maysara | |
2021 | Hari Kita Jatuh Cinta | Aishah | Awesome TV | Adaptasi Novel Hari Kita Jatuh Cinta Karya Shera Zulghafar |
2022 | Air Mata Allisya | Maria | TV9 | Adaptasi Novel Air Mata Allisya Karya Ain Zanowi |
Cinta Hilang Kata | Farah | Astro Prima | Adaptasi Novel Cinta Hilang Kata Karya Lily Haslina Nasir | |
2022–2023 | Kerana Cinta Itu Ada | Dahlia Rizwani | TV3 | Adaptasi Novel Kerana Cinta Itu Ada Karya Sophilea |
2023 | Kau? C.E.O Aku? | Hanim | TV1 | |
4 Musim Cinta | Erin | TV Okey | ||
Segenap Takdir | Azlin | TV3 | Adaptasi Novel Segenap Takdir Karya Tina Derika | |
Melastik Ke Hatimu 2 | Syasya | Adaptasi Novel Melastik Ke Hatimu Karya Aqma Dee | ||
Nak Dengar Cerita Hantu? | DEGUP | |||
2024 | Wanita Syurga | Leanne | TV3 | Adaptasi Novel Ebook Pelangi Tak Berwarna Karya Sophilea |
Racun Rihanna | Marya (Flashback) | |||
Nuh & Nayla | Fatimah | Adaptasi Novel Nuh & Nayla Karya Ieya Sya |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Kampung Arena Panggang | Faezah | Astro Warna | Telefilem pertama |
2023 | Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa | Che Dah (20an) | TV3 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Idola Kecil (musim 3) | Peserta | TV9 | |
2022 | Wanita Hari Ini | Artis jemputan | TV3 | |
2023 | Big Stage (musim 5) | Peserta | Astro Ria |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Lagu
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2022 | "Duka Sebalik Tawa"
|
OST Melur Untuk Firdaus |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Selepas 4 bulan kenal, Puteri Khareeza kahwini jejaka pilihan
- ^ "Gambar, profil dan biodata Puteri Naib Juara Idola Kecil 3". Buzzera. Disember 2010. Dicapai pada 9 Jun 2020.
- ^ Dennis Chua (9 Januari 2023). "#Showbiz: This 'princess' rises slowly and steadily". New Straits Times. Dicapai pada 9 Jun 2023.
- ^ Budiey (1 November 2010). "Senarai Nama Peserta Idola Kecil Musim Ke 3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Jun 2020.
- ^ Arfah (21 Disember 2021). "Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir". XTRA. Dicapai pada 9 Jun 2022.