Felda Bukit Waha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Felda Bukit Waha merupakan salah sebuah rancangan penempatan tersusun dalam daerah Kota Tinggi, Johor. Terletak kira-kira 32 km dari pusat bandar, Felda Bukit Waha atau dengan ejaan lama "Felda Bukit Wah Hah" berjirankan dua lagi tanah rancangan iaitu Felda Bukit Easter dan Felda Simpang Waha.

Tanah rancangan ini mula diduduki kira-kira pada awal tahun 1980-an. Rata-rata penduduk adalah anak peneroka Felda.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

1. Jalan raya & saliran

Hampir keseluruhan jalan di tanah rancangan ini telah berturap selepas beberapa siri Rancangan Malaysia. Keadaan jalan yang baik memberi keselesaan kepada penduduk dan pengunjung. Begitu juga dengan sistem saliran yang dibina secara sistematik melancarkan aliran air walaupun dilimpahi hujan lebat.

2. Bekalan elektrik & air

Bekalan elektrik di bekalkan oleh TNB pada keseluruhan kawasan. Kebanyakan simpang termasuk laluan masuk utama ke kawasan perumahan juga dibekalkan dengan lampu jalan atas usahasama TNB dan Jawatankuasa penduduk. Bagi bekalan air, secara keseluruhannya bekalan diperolehi dari SAJ. Hanya sebilangan kecil penduduk menggunakan air perigi. Sistem perpaipan juga telah beberapa kali dinaik taraf bagi memberi lebih kepuasan kepada penduduk.

3. Telekomunikasi

Pada awal tahun 90an, sebilangan penduduk yang berkemampuan melanggan perkhidmatan telefon dari Telekom yang mana menyediakan perkhidmatan telefon dan internet. Walaubagaimanapun kini, hampir 100% penduduk menggunakan telefon bimbit setelah sebuah menara telekomukasi didirikan.