Felda Pasir Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
FELDA Pasir Raja

Felda Pasir Raja merupakan sebuah kampung terletak di daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan Gugusan Taib Andak. Walaupun beralamatkan Kulai, namun Felda Pasir Raja sebenarnya masih di bawah pentadbiran daerah Kota Tinggi di mana ianya terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam Parlimen Tenggara dan DUN Pasir Raja.

Keunikan[sunting | sunting sumber]

Apa yang membuatkan Felda Pasir Raja ini memberikan keunikan adalah nama Felda ini dipilih sebagai salah satu DUN di Parlimen Tenggara iaitu DUN Pasir Raja. Felda Pasir Raja juga mempunyai poskod tersendiri iaitu 81050. Pentadbiran Sekolah Rendah Felda Pasir Raja juga berada dalam daerah Kulai manakala pentadbiran Sekolah Agama Felda Pasir Raja berada dalam daerah Kota Tinggi.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.