Kampung Sungai Gersik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Sungai Gersik atau Sungai Gersik atau Sungai Resik atau hanya Gersik terletak di Sri Menanti, Sungai Balang, sekitar 10 km dari Parit Jawa, Muar, Johor, Malaysia. Kampung Sungai Gersik telah dibuka oleh peneroka-peneroka bangsa Jawa yang telah berhijrah dari Jawa, Indonesia. Pendatang-pendatang Jawa ini telah membuka tanah baru di kawasan kampung yang mempunyai sebatang sungai yang mengalirkan air yang jernih. Mereka terus memanggil tempat ini Sungai Resik atau Sungai Gersik. "Resik" dalam bahasa Jawa bermaksud "bersih". Namun ejaan rasminya kini ialah Gersik untuk mengelakkan kekeliruan hasil dari persamaan nama dengan tempat Grisek di Bukit Gambir, Ledang, Muar.

Kolam air panas[sunting | sunting sumber]

Satu keistimewaan yang terdapat di Kampung Sungai Gersik ialah Kolam Air Panas Sungai Gersik. Mata air panas ini merupakan tarikan semula jadi bagi pelancong tempatan dan asing. Kolam air panas tersebut yang mempunyai air panas bersuhu sekitar 50 hingga 70 darjah Celsius, telah ditemui lebih 100 tahun yang lepas di kawasan yang gersang, dipercayai mempunyai kuasa mujarab penyembuhan kerana kandungan sulfur di dalamnya yang tinggi. Kawasan kolam air panas ini mempunyai sebuah chalet, kemudahan awam seperti tandas, bilik mandi dan kemudahan tempat letak kenderaan, surau, tapak permainan kanak-kanak serta beberapa kedai. Ia dibuka dari 7 am hingga 7 pm dan masuk adalah percuma bagi semua pengunjung.

Walau bagaimanapun, di sebalik mempunyai begitu banyak kemudahan awam, kolam air panas Kampung Sungai Gersik dekat Sungai Balang, Muar, telah semakin ditinggalkan memandangkan Gersik amat jarang dikunjungi kini. Gerai makan dan minuman telah ditutup kerana ketiadaan pengunjung. Ia pernah menjadi satu destinasi popular semasa cuti sekolah tetapi kebelakangan ini, ia semakin lenggang dan tiada lagi pengunjung. Masalah mungkin berpunca daripada lokasinya di kawasan pendalaman, maka tidak ramai orang luar menyedari kewujudannya tetapi pihak berkuasa tempatan telah berusaha mempromosi tempat ini 10 tahun lepas, malangnya popularitinya hanya bertahan untuk setahun sebelum pengunjung berhenti datang. Kampung ini yang mempunyai banyak kepercayaan atau lebih kepada cerita yang diada-adakan yang tidak masuk akal dan tidak berasas juga tidak membantu kerana ia menggerunkan ramai pengunjung. Mereka yang mendengarnya telah memilih untuk menjauhi tempat itu dan mengelakkan diri dari menginap di chalet di situ.[1]

Kepercayaan dan mitos[sunting | sunting sumber]

Kampung Sungai Gersik ialah sebuah kampung yang penuh dengan misteri dan kepercayaan ganjil dan pelik yang menarik bagi ramai tetapi ianya kekal sebagai pantang-larangan bagi penduduk kampung. Beberapa versi cerita-cerita seperti-

  • Cerita Embah Sampudin Salleh :Menurut salah seorang pemastautin tertua kampung, Tuan Haji Ismat, berumur 88 tahun (2001), kolam air panas ini adalah ditemui oleh Embah Sampudin Salleh (yang asal usulnya tidak diketahui) pada 1912. Apabila ianya mula ditemui, ada dua kolam; satu yang besar yang mengeluarkan air panas yang mengelegak dan berasap dan satu yang kecil yang mengeluarkan air yang suam. Kepercayaan kampung mengatakan satu hari secara tiba-tiba Embah Salleh Sampudin telah ghaib, dan Tuan Haji Ismat telah mengambil-alih tanggungjawab membersihkan dan menjaga tempat kolam air panas. Beliau mendakwa roh Embah Salleh Sampudin masih sering menjelma di dalam mimpinya menjanjikan banyak ganjaran, seperti satu cemeti "Nogosari" berusia 600 tahu yang diperbuat daripada 600 gm tembaga tulen yang mempunyai lambang alat kebesaran diraja kerajaan silam Majapahit.[2]
  • Cerita Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Harshad : Menceritakan kolam air panas telah ditemui oleh Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Harshad atau lebih dikenali sebagai nama Hj. Abd. Rahman getu. Sebelum sungai Kg. Sg. Resik sepanjang 2.5 kilometers telah diterokai sehingga pendalaman, kawasan kolam air panas masih lagi kawasan hutan. Satu hari, Hj. Abd. Rahman masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu dan rotan untuk membuat pondoknya, apabila petang beliau menyedari sebuah kolam berukuran sekitar 10 kaki, dikelilingi lembah berlumpur dan mengeluarkan air panas berasap. Beliau merasa seram dan takut terus bergerak balik tanpat hasil hutan kutipannya. Malangnya beliau telah sesat sehinggalah senja baru dapat jalan. Sejurus pulang, beliau memberi tahu penduduk kampung penemuannya tetapi kolam air panas itu gagal dijumpai sehinggalah tiga bulan kemudian apabila beliau dan rakannya, Rajikan masuk ke hutan untuk mencari kayu dan rotan dan telah membuka jalan dengan menandakan pokok kayu sepanjang jalan masuk ke kolam.[3]
  • Cerita Manon bin Hj. Hassan : Semasa zaman penjajahn Jepun, seorang penduduk, Manon bin Hj. Hassan, semasa mengadakan majlis 'marhaban' dan sembahyang tahlil satu malam, kolam air panas di hadapan rumahnya tiba-tiba menggelegak dan berasap dan keadaan menjadi riuh dan terang-benderang.[3]
  • Cerita Penemuan Misteri :Terdapat beberapa cerita mengenai penduduk kampung yang menemui seekor ular yang besar dan panjang sehingga ukuran 30 m dan besar pokok kelapa bergantungan di atas pokok sekitar kolam. Seorang penduduk, Palil bin Abd Rahman, pula pernah melihat ular yang amat besar yang tidak dapat dilihat hujung pangkal kepala dan ekornya. Ada yang mendakwa mereka berjumpa dangan lelaki tua yang muncul dan ghaib secara tiba-tiba. Kebanyakan kejadian berlaku pada masa maghrib dan malam.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kawasan tanah rendah di Sungai Gersik sering mengakibatkan masalah banjir kilat, yang membelenggui Kampung Sungai Gersik di Sungai Balang sekian lama.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hot spring not so hot any more with tourists|Jamaludin Husin|Johorbuzz|2010/03/16|NST Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-27. Dicapai pada 2010-03-23.
  2. ^ History of Sungai Gersik|SM Tengku Mahkota
  3. ^ a b SEJARAH TEMPATAN MUAR|20 Okt 2004
  4. ^ Drainage works to end flash floods |Johorbuzz|2010/02/18|NST Online[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]