Mastura Mohd Yazid
Mastura Mohd Yazid PMW (WP) | |
---|---|
مستورة بنت محمد يزيد | |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Yang di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Yang di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P067 Kuala Kangsar, Perak | |
Dalam jawatan 17 Oktober 2016 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid |
Butiran peribadi | |
Lahir | 22 Ogos 1962 |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (meninggal 2016) |
Anak-anak |
|
Bapa | Mohd Yazid Baba |
Hubungan |
|
Profesion | Peguam |
Gaji | RM35,847.65 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM5 ke 8.5 juta[1] |
Yang Berhormat Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Jawi: مستورة بنت محمد يزيد; lahir 22 Ogos 1962) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas sejak 2020. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dari 2016.
Kerjaya:
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas (2020-kini)
- Ahli Parlimen Kuala Kangsar (2016-kini)
- Penterjemah (2007)
- Peguam bela dan peguam cara (1986)
Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:
- Ahli Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI)
Pendidikan:
- Sarjana Muda Undang-undang dalam bidang Kepujian dari Universiti Kent, United Kingdom
- Sarjana Muda Psikologi di Universiti Terbuka Malaysia
- Ijazah Undang-undang dan Amalan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa
- Majlis Undang-undang Pendidikan Sekolah Undang-undang di Inns of Court, London
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Mastura berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dalam bidang Kepujian dari Universiti Kent, United Kingdom pada 1984. Pada tahun berikutnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Majlis Undang-undang Pendidikan Sekolah Undang-undang di Inns of Court, London. 3 tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Undang-undang dan Amalan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa. Pada 2013, beliau mendapat Sarjana Muda Psikologi di Universiti Terbuka Malaysia.[2]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Mastura memulakan kerjaya beliau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara pada tahun 1986. Beliau juga merupakan seorang penterjemah sejak tahun 2007.[2]
Politik[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan.[2] Beliau sering membantu suaminya Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad melakukan kerja amal dan bakti untuk masyarakat Kuala Kangsar. Selain itu, Mastura juga bergiat aktif sebagai ahli Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).[2]
Pada 2016, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar setelah kemenangannya semasa pilihan raya kecil. Ini berikutan kematian suaminya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.[3]
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Peratus Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2016 | Parlimen Kuala Kangsar | Mastura Mohd Yazid (BN-UMNO) | 12,653 | Najihatussalehah Ahmad (PAS) | 5,684 | 71.3% | 6,969 |
Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) | 54 | ||||||
Ahmad Termizi Ramli (PH-Amanah) | 4,883 | ||||||
2018 | Parlimen Kuala Kangsar | Mastura Mohd Yazid (BN-UMNO) | 12,102 | Khalil Idham Lim Abdullah (PAS) | 6,583 | 731 | |
Ahmad Termizi Ramli (PH-Amanah) | 11,371 |
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Mastura merupakan seorang balu kepada Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Allahyarham suami beliau telah meninggal dunia pada 5 Mei 2016 akibat kemalangan helikopter di Sarawak.[4] Mastura merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata lelaki[2] iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar[5]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ a b c d e "Mastura Yazid".
- ^ "Copter crash: Tragedy strikes fear among campaigners". The Star Online. 6 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016.
- ^ "MP joked about copter not flying if he ate too much". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016.
- ^ Ibu tabah ditohmah: Wan Emir Astar Borneo Post
https://lovelanguagetest.co/
https://awreceh.id/
- Kelahiran 1962
- Orang hidup
- Anggota wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Timbalan menteri kerajaan wanita Malaysia
- Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Alumni Universiti Kent
- Peguam wanita Malaysia
- Orang dari Negeri Sembilan