Pergi ke kandungan

Zaidi Attan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zaidi Attan
زيدي اتن
Timbalan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Menyandang jawatan
6 April 2023
(Pelancongan, Warisan, Kesenian dan Kebudayaan)
GabenorMohd Ali Rustam
Ketua MenteriAb Rauf Yusoh
AhliAbdul Razak Abdul Rahman
Kawasan pilihan rayaSerkam
Dalam jawatan
14 Mei 2013 – 11 Mei 2018
(Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek)
GabenorMohd Khalil Yaakob
Ketua MenteriIdris Haron
AhliAbdul Ghafar Atan
Lim Ban Hong
(2014–2018)
Didahului olehHasan Abd Rahman
(Kerja Raya dan Kemudahan Awam)
Lai Meng Chong
(Pengangkutan)
Abdul Wahab Abdul Latip
(Pemulihan Projek)
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Kawasan pilihan rayaSerkam
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Dalam jawatan
26 November 2021 – 31 Mac 2023
(Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar)
GabenorMohd Ali Rustam
Ketua MenteriSulaiman Md Ali
Didahului olehAbdul Ghafar Atan
Digantikan olehRais Yasin
(Ahli Kanan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Jawatan dibubarkan
(Alam Sekitar)
Kawasan pilihan rayaSerkam
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Serkam
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului olehGhazale Muhamad
(BNUMNO)
Majoriti3,600 (2013)
2,737 (2018)
79 (2021)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2013–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Zaidi bin Attan

(1968-10-04) 4 Oktober 1968 (umur 57)
Melaka Melaka, Malaysia Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli politik
Zaidi Attan di Facebook

Datuk Zaidi bin Attan (Jawi: زيدي اتن; lahir 4 Oktober 1968) merupakan seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh bersama Ahli Abdul Razak Abdul Rahman sejak April 2023 bagi penggal kedua dan di bawah bekas Ketua Menteri Idris Haron bersama bekas Ahli Abdul Ghafar Atan dan Lim Ban Hong dari Mei 2013 sehingga kejatuhan pentadbiran BN pada Mei 2018 bagi penggal pertama. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli EXCO Melaka dalam pentadbiran negeri BN di bawah bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga Mac 2023. Beliau turut berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Serkam sejak Mei 2013. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Beliau ialah ahli dan Naib Ketua Bahagian Jasin bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN. Pelantikan beliau sebagai Timbalan Ahli EXCO pada April 2023 dianggap sebagai satu penurunan jawatan kerana beliau sebelum ini telah dilantik sebagai Ahli EXCO pada November 2021. Perkara ini jarang berlaku dalam politik Malaysia.

Kehidupan peribadi dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Zaidi mendapat pendidikan rendahnya di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), iaitu salah satu jenis sekolah vernakular di Malaysia. Oleh itu, Zaidi mampu berkomunikasi dalam bahasa Cina asas dan menulis tandatangannya dalam tulisan Cina. Zaidi mendedahkan bahawa beliau diberi nama Cina "再利" (pinyin: zài lì), walaupun terjemahan literal namanya dalam bahasa Cina ialah "再迪" (pinyin: zài dí).[1]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Melaka[2][3][4][5]
Tahun Kerusi Calon Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2013 N26 Serkam Zaidi Attan (UMNO) 8,715 63.02% Kamarudin Sedik (PAS) 5,115 36.98% 14,015 3,600 90.40%
2018 Zaidi Attan (UMNO) 6,401 47.46% Nor Khairi Yusof (AMANAH) 3,664 27.16% 13,722 2,737 87.10%
Ahmad Bilal Rahudin (PAS) 3,423 25.38%
2021 Zaidi Attan (UMNO) 5,038 43.31% Ahmad Bilal Rahudin (PAS) 4,959 42.64% 11,631 79 72.80%
Mohd Khomeini Kamal (AMANAH) 1,535 13.20%
Norazlanshah Hazali (BEBAS) 99 0.85%
  1. ^ "再迪阿丹原来是华小生 用中文签名 写 再利". China Press (dalam bahasa Cina). 15 Julai 2024. Dicapai pada 25 Disember 2024.
  2. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  3. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  4. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  5. ^ "N.26 SERKAM". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
  6. ^ "Mustapa dahului 35 penerima darjah, bintang, pingat kebesaran Melaka" [Mustapa heads 35 Melaka honours]. Berita Harian.
  7. ^ "SENARAI PENERIMA DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGERI MELAKA 2005" (PDF). Warta Kerajaan Negeri MELAKA.