Adnan Abu Hassan (ahli politik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Dato'

Adnan Abu Hassan

DBNS (Negeri Sembilan)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehEddin Syazlee Shith
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Senaling
Memegang jawatan
2018
Didahului olehIsmail Lasim
Butiran peribadi
Lahir (1970-02-17) 17 Februari 1970 (umur 53)
Parti politikUMNO (Malaysia).svg Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png Barisan Nasional
PasanganDatin Ramadhawati Wahab
Anak-anak5 Muhammad Faris Adnan
PekerjaanAhli politik

Dato' Adnan Abu Hassan berpengalaman luas dalam bidang politik selain memiliki perwatakan mudah mesra dengan masyarakat antara faktor ADUN Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini terus diberi mandat oleh pengundi untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Meskipun pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), beliau bertanding di DUN Pilah, ia tidak mendatangkan masalah kepadanya untuk berbakti di DUN mana sekalipun kerana wadah perjuangannya untuk membantu rakyat dan menyantuni mereka.

Beliau juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Mendapat pendidikan tertinggi dengan memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya (UM), anak jati Kuala Pilah ini juga pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Muhammad dan Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak di Seremban.

Dilahirkan pada 17 Februari 1970, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Ramadhawati Wahab dan dikurniakan lima anak.

Dalam penglibatan politik, bekas ADUN Pilah selama sepenggal ini pernah dilantik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah pada 2008 hingga 2013.

Pada PRU14, Adnan daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 3,456 undian ketika menentang Md Rais Mohamad @ Basiron daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 2,484 undi. Majoriti undi sebanyak 972.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UM
  • SMK Tuanku Muhammad
  • SM Datuk Abdul Razak Seremban
  • SK Senaling

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling (2018 hingga kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah (2008 hingga 2013)

Politik[sunting | sunting sumber]

  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah (2008 hingga 2013)

Badan bukan berkanun[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi IYRES