Noor Azmi Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Noor Azmi Yusof
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Pertang
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 1 Julai 2023
Didahului olehJalaluddin Alias
Butiran peribadi
Lahir (1967-01-06) 6 Januari 1967 (umur 57)
Pertang, Negeri Sembilan
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikBarisan Nasional (UMNO)
PasanganPoziah Samsudin
KediamanNegeri Sembilan

Noor Azmi Yusof (lahir 6 Januari 1967) ialah seorang ahli politik Malaysia untuk kawasan Pertang dan seorang bekas guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh, Negeri Sembilan. Beliau berasal daripada Mukim Pertang iaitu sebuah mukim di bawah pentadbiran Daerah Jelebu dan mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.[1][2] Beliau juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Kampung Geylang sejak tahun 2014 dan Naib Ketua UMNO Jelebu serta Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Jelebu selama sepenggal bermula 2014 hingga 2018 begitu juga Ahli Jawatankuasa UMNO Jelebu.[2]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2018: Pertang
DUN Bil. Calon Parti Undian yang didapatkan Status Majoriti
Pertang 1 Noor Azmi Yusof Barisan Nasional 4,088 Menang 415
2 Osman Dusa Parti Keadilan Rakyat 3,593 Tewas
3 Hamran Abu Hasan Parti Islam Se-Malaysia 5,78
Rujukan: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (2018). "Terima kasih, isteri..." Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 31 Ogos 2021.
  2. ^ a b "Noor Azmi Yusof". PRU di Sinar. Sinar Harian. Dicapai pada 31 Ogos 2021.
  3. ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14". Semakan Keputusan Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020.