Muhammad Jailani Khamis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Yang Berhormat Datuk

Muhammad Jailani Khamis

DMSM, PJK (Melaka)
محمد جايلاني بن خميس
EXCO
Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Memegang jawatan
13 Mac 2020
GabenorMohd Khalil Yaakob
Mohd Ali Rustam
Ketua MenteriSulaiman Md Ali
Kawasan pilihan rayaRembia
Dalam jawatan
16 Mei 2018 – 2 Mac 2020
GabenorMohd Khalil Yaakob
Menteri BesarAdly Zahari
Didahului olehIdris Haron
Kawasan pilihan rayaRembia
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Rembia
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehNorpipah Abdol (UMNOBN)
Majoriti1,814 (2018)
Butiran peribadi
Lahir (1972-05-27) 27 Mei 1972 (umur 50)
Melaka, Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR) (2016-2020)
Bebas (Bebas) (2020)
UMNO (hingga 2016) (2021-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (PH) (2018-2020)
Perikatan Nasional (PN) (2020-kini)
Muafakat Nasional (MN) (2020-kini)
Barisan Nasional (-2016, 2021-kini)
PekerjaanAhli politik

Datuk Muhammad Jailani bin Khamis adalah ahli politik Malaysia dan kini bertugas sebagai EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

Jailani sebelum ini merupakan pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat dari gabungan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 bagi negeri Melaka.

Beliau bersama Datuk Norhizam Hassan Baktee dari Parti Tindakan Demokratik dalam gabungan sama telah mengambil keputusan untuk keluar parti masing-masing dan menyokong kerajaan campuran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Melaka.

Mereka berdua memutuskan untuk jadi ahli Dewan Undangan Negeri Melaka secara Bebas tetapi menyokong kerajaan negeri yang sedia ada.[1]

Pada tahun 2021, Jailani telah menyertai UMNO semula selepas meninggalkannya pada tahun 2016 lalu dan pada persidangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Jailani telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka.[2]

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri pelancongan dan berperanan menggalakkan pelancongan domestik telah diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan Pengerusi Melaka World Heritage Sdn.Bhd, Pengerusi Ayer Keroh Country Club Berhad (AKCC) dan Pengerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP).

Anak watan Melaka yang sebelum ini merupakan pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memilih UMNO bagi meneruskan perjuangan politik selepas sembilan bulan menjadi wakil rakyat Bebas.

Muhammad Jailani dilahirkan pada 27 Mei 1972 kini dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah menggantikan Senator Datuk Ismail Ibrahim yang secara suka rela menarik diri daripada jawatan itu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Hilir, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah, di Sekolah Menengah (SM) Tinggi Melaka dan SM Sains Muar Tanjung Agas Johor.

Pada tahun 1991, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Lembah Pantai sehingga tahun 1994.

Seterusnya di universiti sama, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (kepujian) pada 1995 hingga 1996.

Selepas menamatkan pengajian, Muhamamd Jailani berkerja sebagai pengasas dan CEO Firma Guaman Muhammad Jailani & partners.

Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Melaka ini pernah dilantik Timbalan Presiden Remaja Gerakan Belia 4B pada 1999 hingga 2009.

Semasa bersama UMNO, beliau pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil dan AJK UMNO Bahagian Bukit Katil.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Pimpinan Majlis Negeri Melaka PKR selama tiga tahun.

Pertama kali bertanding di Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) Muhammad Jailani daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 6,773 undian ketika menentang Norpipah Abdol daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,959 undi. Majoriti undi sebanyak 1,814.

Kerjaya:

  • ADUN Rembia (2018 hingga kini)
  • EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan
  • Pengasas dan CEO Firma Guaman Muhammad Jailani & partners

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah & Pengerusi:

  • Pengerusi Melaka World Heritage Sdn. Bhd.
  • Pengerusi Ayer Keroh Country Club Berhad (AKCC)
  • Pengerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP)
  • Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM)
  • Pengerusi Menara Taming Sari Berhad
  • Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim)
  • Pengerusi Institut Warisan Melaka (INSWA)
  • Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka (MTENM)
  • Ahli Anggota Tabung Amanah Negeri Melaka
  • Pengerusi Melaka International Trade Center Sdn. Bhd. (MITC)
  • Pengerusi Sungai Melaka Ventures Sdn. Bhd. (SMV)
  • Pengerusi Planetarium Melaka Sdn. Bhd.
  • Ahli Lembaga Tabung Amanah Negeri Melaka

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah (kini)
  • Ahli Pimpinan Majlis Negeri Melaka PKR (2018 - 2020)
  • Ahli JawatankuasaUMNO Bahagian Bukit Katil (2013 - 2016 )
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil (2009 - 2013)
  • Ketua Pemuda UMNO Cawangan (2003 - 2009)
  • Exco Pemuda UMNO Negeri (2003 - 2009)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan (1989 - 2003)

Penglibatan dalam sosial dan badan bukan berkanun:

  • Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Melaka (2020 - Kini)
  • Timbalan Presiden Remaja Gerakan Belia 4B (1999 - 2009)
  • Pengerusi Remaja 4B Negeri Melaka (1999 - 2009)
  • Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Bahagian Bukit Katil Melaka (1996 - 2009)
  • Ketua Cawangan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Ayer Keroh Melaka (1995 - 2009)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (2009)
  • Darjah Mahkota Seri Melaka (2018)

Pencapaian anugerah:

  • Anugerah Tokoh Belia Negara (Keusahawanan) (2003)

Pendidikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) UIAM (1995-1996)
  • Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Lembah Pantai (1991-1994)
  • SM Sains Muar Tanjung Agas, Johor (1988-1989)
  • SM Tinggi Melaka (1984-1987)
  • SK Bandar Hilir (1979-1983)

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Melaka [3] [4]
Tahun Kawasan pilihan raya Undi Pct Penentang Undi Pct Pemungutan suara Majoriti Muncul sebagai
2018 N06 Rembia, P135 Alor Gajah Muhammad Jailani Khamis ( PKR ) 6,773 52.37% Norpipah Abdol ( UMNO ) 4,959 38.35% 13,175 1,814 84.26%
Mohammad Rashidi Abd Razak ( PAS ) 1,200 9.28%Au

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Melaka :
    • MY-MAL Exalted Order of Malacca.svg Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2018) [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jailani, Norhizam minta sedikit masa sertai parti sesuai
  2. ^ Jailani sah sertai UMNO, dilantik Ketua Penerangan Alor Gajah
  3. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  5. ^ "Rina heads list of 419 recipients of Malacca state awards". Bernama. Malaysiakini. 13 October 2018. Dicapai pada 13 October 2018.