Adenan Satem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Adenan Hj. Satem)
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri Datuk Amar

Haji Adenan Haji Satem

D.A. P.S.M. P.N.B.S. J.B.S. P.P.B. P.P.D. L.L.B (Adelaide),Ph.D (Swinburne)

Penyandang
Tempoh jawatan 
28 Februari 2014
Gabenor Abdul Taib Mahmud
Timbalan Alfred Jabu anak Numpang
Didahului oleh Abdul Taib Mahmud

Member of the Sarawak Assembly
for N3 Tanjung Datu
Majoriti 3216 (2011)

Lahir 27 Januari 1944 (70 tahun)
Kuching, Sarawak
Parti politik BN-100px.jpg BN-PBB
Pasangan Hajjah Jamilah Anu
Anak 5 orang
Alma mater Universiti Adelaide
Pekerjaan Ahli politik
Religion Islam

Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Hj Satem ialah seorang ahli politik Melayu-Melanau di Sarawak. Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980-an dan 1990-an, Adenan merupakan seorang tokoh politik yang cukup hebat dalam kabinet negeri pada masa itu. Beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dalan kabinet terakhir Ketua Menteri keempat Abdul Taib Mahmud. Pada 28 Februari 2014, beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada akhir Februari 2014.[1][2]

Pemilihan pucuk pimpinan[sunting | sunting sumber]

Dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu tahun 2002, beliau bersama-sama Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Parti. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas di tangan Abang Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Parti oleh Majlis Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam parti semenjak 30 tahun penubuhannya. Penonjolan kepimpinan beliau amat ketara di dalam parti sehingga ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau bakal menggantikan Pehin Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Selepas Pilihan raya Parlimen diadakan pada tahun 2004 yang lepas, dengan menggantikan Cikgu Sukinam Domo di Parlimen Batang Sadong, beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang tidak asing bagi menteri yang berasal dari Sarawak.

Perubahan pucuk pimpinan[sunting | sunting sumber]

Namun begitu pada Februari 2006, rombakan kabinet Persekutuan telah diadakan dan beliau tidak disenaraikan di dalam kabinet tersebut. Alasan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Adenan sendiri meminta supaya beliau tidak dinamakan sebagai menteri, kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri.

Lain alasan ialah untuk memberi konsentrasi di dalam pilihan raya negeri yang bakal dilangsungkan pada Mei 2006. Episod Adenan dan kepimpinan serta politik negeri Sarawak amat sunyi sehinggalah selepas pilihan raya ke-9 2006 beliau tidak dilantik semula di dalam kabinet negeri. Untuk rekod di dalam pilihan raya ke-9 2006 tersebut beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung Datu, dan kerusi lama beliau bertukar tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri Muhammad Ali bin Mahmud iaitu adik kandung Ketua Menteri sendiri. Dalam rekod pilihan raya yang lepas kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Kawasan Muara Tuang merupakan kubu kuat Parti Barisan Nasional dan mempunyai majoriti yang tertinggi bagi negeri Sarawak. Adenan sekali lagi di kawasan barunya mendapat majoriti undi yang juga tinggi dengan mengalahkan dua pencabarnya dari BEBAS dan calon Keadilan Rakyat dengan majoriti 4136.

Melepaskan jawatan Naib Presiden[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 2007, beliau telah melepaskan jawatan Naib Presiden PBB. Akan tetapi beliau dilantik semula menjadi Ketua Penerangan PBB berkuatkuasa 4 Mac 2007 sekaligus menamatkan desas desus yang beliau akan mengndurkan diri daripada arena politik.

Keputusan pilihanraya negeri 2006[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya DUN Sarawak 2006 ,Adenan Satem mewakili BN mendapat 4,545 undi dan menang.Calon lawan ialah Sobey bin Daud (Keadilan -409 hilang deposit ;Larry Dominic Linang (Bebas-357 HD) Majoriti 4,136 .

Keputusan pilihanraya negeri 2011[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BN dan mendapat 4218 undi dengan majoriti 3216. Lawan beliau ialah calon bebas Gilbert Asson anak Kulong yang mendapat 215 undi, serta Nani bt Sahari (PAS dengan 1002 undi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Adenan Satem - the next Sarawak CM". New Straits Times. 12 Februari 2014. Diperoleh pada 1 Mac 2014. 
  2. Zora Chan (28 Februari 2014). "Adenan Satem sworn in as Sarawak Chief Minister". The Star Online. Diperoleh pada 1 Mac 2014.