Empangan Machap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°53′17″N 103°16′17″E / 1.8881°N 103.2713°E / 1.8881; 103.2713 Empangan Machap terletak di Simpang Renggam, Johor, Malaysia. Empangan bekalan air minuman ini membekalkan air minuman kepada penduduk di sekitar Simpang Renggam, Kluang, Pontian dan lain-lain. Empangan ini termasuk dalam Mukim Rengam.

Masalah pencemaran sungai yang serius apabila hutan di sekitar empangan ini ditebang untuk tanaman kelapa sawit dan ternakan lembu dikesan pada 19 Julai 2007. Kilang colok juga terletak di sini dan mereka mendapatkan bahan-bahan dari hutan buluh berdekatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Abdul Hamid Abdul Rahman menjelaskan penduduk tempatan tidak menghiraukan kawasan yang telah diwartakan kawasan larangan. Kawasan ini merupakan kawasan tebatan banjir.