Pergi ke kandungan

Sultan Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kesultanan Pahang)
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang
سلطان ڤهڠ دار المعمور
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
sejak 11 Januari 2019
dimasyhurkan 15 Januari 2019
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Penyandang pertamaSultan Muhammad Shah
Pembentukan1 Mac 1470; 556 tahun yang lalu (1470-03-01)
PersemayamanIstana Abu Bakar, Pekan
Laman sesawangistanapahang.my

Sultan Pahang (Jawi: سلطان ڤهڠ) ialah gelaran raja berperlembagaan bagi negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gelaran rasmi Sultan Pahang ialah "Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang". Baginda merupakan ketua agama Islam di negeri Pahang dan sumber kepada segala darjah, gelaran, penghormatan di negeri ini.

Sejarah Kesultanan Pahang

[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Perebutan kuasa

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Serangan Acheh

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.

Di bawah pemerintahan Johor

[sunting | sunting sumber]

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Pemerintahan sendiri

[sunting | sunting sumber]

Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini

Bendera Diraja Pahang

[sunting | sunting sumber]

Bendera diraja Pahang merujuk kepada panji-panji peribadi yang digunakan oleh Sultan Pahang dan anggota utama kerabat diraja sebagai lambang rasmi kedudukan mereka dalam institusi Kesultanan Pahang. Setiap panji mempunyai reka bentuk tersendiri yang biasanya menampilkan warna diraja, lambang negeri atau lambang peribadi, dan digunakan dalam istiadat rasmi, pada kenderaan diraja serta di kediaman rasmi bagi menandakan kehadiran individu tersebut.

Berikut merupakan senarai Bendera Diraja Pahang :

Panji peribadi Sultan Pahang
Digunakan oleh Sultan Pahang sebagai tanda kehadiran baginda pada istana, kenderaan rasmi dan majlis istiadat.
Panji peribadi Tengku Ampuan Pahang
Digunakan oleh Tengku Ampuan Pahang sebagai lambang rasmi kehadiran permaisuri negeri Pahang.
Panji peribadi Tengku Mahkota Pahang
Menandakan kehadiran Tengku Mahkota Pahang sebagai pewaris takhta negeri Pahang.
Panji peribadi Tengku Puan Pahang
Digunakan oleh Tengku Puan Pahang sebagai pasangan kepada Tengku Mahkota Pahang.
Panji Pemangku Raja Pahang
Digunakan oleh Pemangku Raja Pahang ketika menjalankan tugas bagi pihak Sultan.
Panji Tengku Ampuan Besar Pahang
Digunakan oleh Tengku Ampuan Besar sebagai permaisuri kepada Sultan yang memerintah sebelum ini.
Panji Wakil Sultan Pahang
Digunakan oleh individu yang dilantik mewakili Sultan dalam urusan rasmi tertentu.

Makna Warna

[sunting | sunting sumber]

Warna yang digunakan pada panji peribadi kerabat diraja Pahang mempunyai makna simbolik yang berkait dengan tradisi diraja Melayu, kedaulatan pemerintahan serta kemakmuran negeri.

Warna Makna
Kuning Diraja Melambangkan kedaulatan, kemuliaan dan kedudukan tertinggi institusi diraja. Warna ini merupakan warna utama yang dikaitkan dengan raja-raja Melayu.
Putih Melambangkan kesucian, keikhlasan serta keadilan dalam pemerintahan.
Hitam Melambangkan kekuatan, keteguhan serta kestabilan pemerintahan negeri.
Emas Melambangkan kemakmuran, kekayaan serta kebesaran institusi diraja Pahang.

Gelaran Penuh

[sunting | sunting sumber]

Gelaran penuh Sultan Pahang terkini ialah:

Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala Jajahan Takluknya

Sejarah gelaran penuh Sultan dan Pemerintah Pahang

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan sejarah gelaran penuh pemerintah Pahang berdasarkan warkah sejarah, catatan Sejarah Melayu, dan protokol rasmi Istana Abu Bakar:

Kesultanan Pahang Lama (Era Melaka & Johor-Pahang)

[sunting | sunting sumber]
Tempoh Gelaran penuh Ringkasan gelaran penuh


1470–1623 Sultan yang mempunyai Takhta Kerajaan di dalam Negeri Pahang serta dengan segala Daerah Takluknya sekalian


Sultan Pahang
1623–1806 Sultan yang mempunyai Takhta Kerajaan di dalam Negeri Johor dan Pahang serta dengan segala Daerah Takluknya sekalian


Sultan Johor dan Pahang /
Sultan Johor-Pahang

Era Pemerintahan Bendahara Pahang

[sunting | sunting sumber]
Tempoh Gelaran penuh Ringkasan gelaran penuh


1806–1881 Yang Teramat Mulia Sri Paduka Dato' Bendahara Sewa Raja yang mempunyai Takhta Kerajaan di dalam Negeri Pahang serta Daerah Takluknya


Bendahara Pahang /
Raja Bendahara
  • Pahang ditadbir secara autonomi oleh Dinasti Bendahara selepas perpecahan Empayar Johor-Riau.

Kesultanan Pahang Moden

[sunting | sunting sumber]
Tempoh Gelaran penuh Ringkasan Sultan Pahang


1881–1974 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Jajahan Takluknya Sultan Pahang Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah
Sultan Mahmud ibni Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah
Sultan Abu Bakar
1974–2024 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala Jajahan Takluknya Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah
Al-Sultan Abdullah
2024–kini Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala Jajahan Takluknya Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah

Senarai Sultan dan Pemerintah Pahang

[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Pahang Tua (1470–1617)

[sunting | sunting sumber]
No. Sultan Pahang Tempoh pemerintahan
(Wangsa Melaka-Pahang)
1. Sultan Muhammad Shah 1470–1475
2. Sultan Abdul Jamil Shah 1475–1475
3. Sultan Mansur Shah I (kali pertama) 1475–1475
4. Sultan Ahmad Shah I 1475–1497
(3.) Sultan Mansur Shah I (kali kedua) 1497–1519
5. Sultan Mahmud Shah I 1519–1530
6. Sultan Muzaffar Shah 1530–1542
7. Sultan Zainal Abidin Shah 1542–1555
8. Sultan Mansur Shah II 1555–1560
9. Sultan Abdul Jamal Shah
(memerintah bersama Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah)
1560–1590
10. Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah
(memerintah bersama Sultan Abdul Jamal Shah)
1560–1590
11. Sultan Ahmad Shah II 1590–1592
12. Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah 1592–1614
13. Sultan Alauddin Riayat Shah 1614–1615
14. Sultan Abdul Jalil Shah III
(kemudian menjadi Sultan Johor-Pahang pada tahun 1623)
1615–1617

Kesultanan Johor-Pahang (1623–1830)

[sunting | sunting sumber]
No. Sultan Johor-Pahang Tempoh pemerintahan
(Wangsa Melaka-Johor)
1. Sultan Abdul Jalil Shah III 1623–1677
2. Sultan Ibrahim Shah 1677–1685
3. Sultan Mahmud Shah II 1685–1699
(Wangsa Bendahara)
4. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV 1699–1718
(Wangsa Melaka-Johor)
5. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah 1718–1722
(Wangsa Bendahara)
6. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 1722–1760
7. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah V 1760–1761
8. Sultan Ahmad Riayat Shah 1761–1761
9. Sultan Mahmud Riayat Shah III 1761–1812
10. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
(kemudian menjadi Sultan Riau-Lingga pada tahun 1830)
1812–1830

Sultan Riau-Lingga yang masih diiktiraf sebagai Sultan Johor-Pahang oleh Bendahara dan para pembesar Melayu yang lain

[sunting | sunting sumber]
No. Sultan Riau-Lingga (Sultan de jure Johor-Pahang) Tempoh pemerintahan
(10.) Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah 1830–1832
(11.) Sultan Muhammad II Muazzam Shah 1832–1835
(12.) Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah 1835–1857

Kerajaan Bendahara Pahang (1770–1881)

[sunting | sunting sumber]
No. Bendahara Johor-Pahang (Raja Bendahara Pahang)
(Pemerintah autonomi Pahang)
Tempoh pemerintahan
Kesultanan Johor-Pahang (Wangsa Bendahara)
1. Bendahara Tun Abdul Majid 1770–1802
2. Bendahara Tun Muhammad 1802–1803
3. Bendahara Tun Koris 1803–1806
4. Bendahara Tun Ali 1806–1830
Pahang bertuankan Sultan Riau-Lingga (Wangsa Bendahara)
(4.) Bendahara Tun Ali 1830–1847
5. Bendahara Tun Mutahir 1847–1857
Negeri Pahang Moden (Wangsa Bendahara)
(5.) Bendahara Tun Mutahir 1857–1863
6. Bendahara Tun Ahmad
(kemudian menjadi Sultan Pahang pada tahun 1881)
1863–1881

Kesultanan Pahang Moden (1881–kini)

[sunting | sunting sumber]
No. Sultan Pahang Tempoh pemerintahan
(Wangsa Bendahara)
1. Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah[2] 1881–1914
2. Sultan Mahmud 1914–1917
3. Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah 1917–1932
4. Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah 1932–1974
5. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah 1974–2019
6. Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah[3] 2019–kini

Keturunan Kerabat Diraja Pahang Sekarang

[sunting | sunting sumber]
No. Nama & Gelaran Rasmi Hubungan Darjah Pasangan / Nota


PEMERINTAH & PASANGAN
1 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Pahang ke-6 DKP, DK, SAAS Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang
2 Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Tengku Ampuan Pahang DKP, DK, SSAP Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang
3 Yang Amat Berbahagia Che Puan Julia Rais Isteri Kedua Sultan Abdullah - Bonda kepada Tengku Puteri Iman Afzan, Ilisha Ameera & Ilyana Alia
WARIS TAKHTA & PUTERA-PUTERA
4 Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Mahkota Pahang DK I, SSAP, SIMP Kebawah Duli Paduka Mulia Pemangku Raja Pahang
5 YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Tengku Arif Bendahara SSAP, SIMP Suami kepada YHM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan
6 YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Tengku Panglima Perang SSAP Anakanda ke-3 (Kembar kepada Tengku Puteri Afzan)
7 YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Tengku Panglima Raja SSAP, SIMP Anakanda Angkat; Suami kepada YM Puteri Suraiya Afzan
PUTERI-PUTERI DIRAJA
8 YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Tengku Puteri Raja SSAP Isteri kepada YM Tengku Abu Bakar Ahmad
9 YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Tengku Puteri Raja SIMP Anakanda Sultan Abdullah & Che Puan Julia Rais
10 YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia Tengku Puteri Raja SIMP Anakanda Sultan Abdullah & Che Puan Julia Rais
11 YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Tengku Puteri Raja SSAP Isteri kepada Yang Mulia FD Idzham FD Iskandar
12 YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Tengku Puteri Raja SSAP Anakanda bongsu Sultan Abdullah & Tunku Azizah
ADIK-BERADIK SULTAN (KERABAT BERGELAR)
13 YAM Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Tengku Muda Pahang DK I, SSAP Adinda Sultan Abdullah; Suami kepada Cik Puan Muda Julita Aishah
14 YAM Tengku Fahad Mua’adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Tengku Arif Temenggong DK I, SSAP Adinda Sultan Abdullah (Bonda: YABhg. Che Puan Besar Kalsom Abdullah)
No. Nama & Gelaran Rasmi Hubungan Nota / Status


GENERASI CUCU (ANAKANDA TENGKU PUTERI IMAN AFZAN)
1 Yang Mulia Tengku Zayn Edin Shah


Cucu Lelaki Sulung Putera sulung kepada YAM Tengku Puteri Iman Afzan & YM Tengku Abu Bakar Ahmad (Lahir: 23 Julai 2019)
2 Yang Mulia Tengku Aleya Norlini


Cucu Perempuan Puteri kepada YAM Tengku Puteri Iman Afzan & YM Tengku Abu Bakar Ahmad (Lahir: 2 Februari 2021)
3 Yang Mulia Tengku Jaden Khalid Shah


Cucu Lelaki Putera kepada YAM Tengku Puteri Iman Afzan & YM Tengku Abu Bakar Ahmad (Lahir: 2023)
GENERASI CUCU (ANAKANDA TENGKU AMIR NASSER)
4 Yang Mulia Tengku Adam Ibrahim Shah


Cucu (Anakanda Angkat) Putera sulung kepada YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah & YM Puteri Suraiya Afzan (Lahir: 27 Disember 2015)
5 Yang Mulia Tengku Sulaiman Abdullah Shah


Cucu (Anakanda Angkat) Putera kedua kepada YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah & YM Puteri Suraiya Afzan (Lahir: 25 Jun 2018)
6 Yang Mulia Tengku Nuh Muhammad Shah


Cucu (Anakanda Angkat) Putera ketiga kepada YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah & YM Puteri Suraiya Afzan (Lahir: 10 Mei 2022)
INFO TAMBAHAN
  • Status Cicit: Setakat Mac 2026, belum ada cicit bagi Al-Sultan Abdullah.
  • Panggilan: Cucu-cucu Sultan yang berketurunan diraja dari sebelah bapa dipanggil dengan gelaran Yang Mulia (YM).
  • Kemas Kini: Senarai ini akan bertambah memandangkan beberapa anakanda Sultan seperti Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Puteri Afzan baru sahaja mendirikan rumah tangga (2024).

🎖️ Nota Darjah Kebesaran Pahang

[sunting | sunting sumber]
PANDUAN SINGKATAN DARJAH KEBESARAN DIRAJA PAHANG
Singkatan Nama Penuh Darjah Gelaran / Catatan


DKP Darjah Kerabat Yang Maha Utama Kerabat Diraja Pahang Darjah paling tinggi, khusus untuk Sultan dan Tengku Ampuan.
DK I / II Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Darjah Kerabat Kelas I atau II (Khusus untuk Kerabat Dekat).
SAAS Darjah Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Darjah baharu (2024) sempena tamat tempoh Agong Sultan Abdullah.
SSAP Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Membawa gelaran Dato' Sri. Pangkat tertinggi dalam Darjah Sultan Ahmad Shah.
SIMP Darjah Sri Indera Mahkota Pahang Membawa gelaran Dato' Indera. Pangkat tertinggi dalam Darjah Indera Mahkota.
DSAP Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang Membawa gelaran Dato' Sri. Pangkat kedua dalam Darjah Sultan Ahmad Shah.
DIMP Darjah Indera Mahkota Pahang Membawa gelaran Dato' . Pangkat kedua dalam Darjah Indera Mahkota.

Nota Tambahan:

  • Penerima dari kalangan Kerabat Diraja biasanya sudah mempunyai gelaran warisan (Tengku), maka gelaran "Dato' Sri" atau "Dato' " tidak diletakkan pada pangkal nama mereka bagi mengelakkan pertindihan.
  • Susunan keutamaan darjah ini adalah mengikut ketetapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Bahagian Protokol).

Panduan Gelaran & Protokol Diraja Pahang

[sunting | sunting sumber]
👑 PANGGILAN HORMAT (SALUTASI)
Gelaran Rasmi Digunakan Oleh
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang & Tengku Ampuan Pahang
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang (Pemangku Raja)
Yang Amat Mulia (YAM) Anakanda-anakanda Sultan & Kerabat Bergelar (Tengku Muda, dll)
Yang Amat Berbahagia (YABhg) Pasangan Sultan (Che Puan) & Bonda Sultan (Che Puan Besar)
Yang Mulia (YM) Cucu-cucu Sultan & Kerabat Diraja Pahang yang lain
📜 GELARAN KHAS (DULI YANG AMAT MULIA)
Jawatan Diraja Nama Gelaran
Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah
Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
Tengku Puteri Raja Kesemua Puteri-puteri Sultan Abdullah
Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah

📌 Nota Protokol:

  • Perkataan "Al-Sultan" adalah gelaran khas bagi Sultan Pahang ke-6 (Sultan Abdullah) sebagai pengganti kepada "Sultan".
  • Penggunaan gelaran "Che Puan" diberikan kepada isteri-isteri kerabat diraja yang bukan berketurunan raja (orang kebanyakan).
  • Gelaran "Tengku Puteri Raja" adalah gelaran khas yang dikurniakan secara peribadi oleh Sultan kepada puteri-puteri baginda.
  • Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933: A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. Dicapai pada 7 Februari 2010.
  2. ^ "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. Dicapai pada 6 Februari 2010.
  3. ^ Israr Khalid (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Jan". Astro Awani. Dicapai pada 12 Januari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]