Kedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Batu Bersurat Terengganu, antara bukti kedatangan Islam di Tanah Melayu.

Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11 M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11 M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.

Teori Kedatangan Islam di Nusantara[sunting | sunting sumber]

Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam.

Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara . Berikut adalah teori yang dikatakan ahli sejarawan tempatan.

Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu dengan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Malabar Coast di Kerala India ,Srivijaya dan Palembang.Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

Teori Kedatangan Islam Melalui India[sunting | sunting sumber]

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Malabar sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Malabar Coast dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Malabar Coast yang terletak di Kerala, India. Fakta fakta ini telah pun di terbitkan di dalam buku Prof Dr Hamka.

Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

Teori Kedatangan Islam Melalui China[sunting | sunting sumber]

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke- ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.

Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

Penyebaran Islam sebelum kebangkitan Melaka[sunting | sunting sumber]

Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 oleh Marco Polo mengenai negeri-negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh.

Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia Tenggara memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.

Kerajaan Islam di Nusantara[sunting | sunting sumber]

Selatan Thailand[sunting | sunting sumber]

  1. Kesultanan Patani(1516-1902)
  2. Kesultanan Singgora(1603-1689)
  3. Kesultanan Setul(1808-1916)
  4. Kesultanan Reman(1785-1902)
  5. Kerajaan Legeh(1755-1902)
  6. Kerajaan Nong Chik(1809-1902)
  7. Kerajaan Jalur(1817-1902)
  8. Kerajaan Teluban(1817-1902)
  9. Kerajaan Jering(1817-1902)


Malaysia & Brunei[sunting | sunting sumber]

  1. Perlis(1842-Kini)
  2. Kesultanan Kedah(1136-Kini)
  3. Kerajaan Kubang Pasu(1839-1864)
  4. Kesultanan Perak(1528-Kini)
  5. Kesultanan Selangor(1743-Kini)
  6. Kesultanan Kelantan(1267-Kini)
  7. Kesultanan Jembal(1638-1720)
  8. Kesultanan Terengganu(1725-Kini)
  9. Kesultanan Pahang(1470-Kini)
  10. Kerajaan Negeri Sembilan(1773-Kini)
  11. Kerajaan Naning(1641-Kini)
  12. Kesultanan Melaka(1402-1511)
  13. Kesultanan Muar(1855-1877)
  14. Kerajaan Besut(1780-1899)
  15. Kesultanan Johor(1528-Kini)
  16. Kesultanan Sarawak(1598-1641)
  17. Kesultanan Brunei(1363-Kini)

Filipina[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Manila(1258-1570)
  2. Kesultanan Sulu(1402-Kini)
  3. Kesultanan Maguindanao(1515-1928)
  4. Kesultanan Pagayawan Lanao(1520-Kini)
  5. Kesultanan Bayang Lanao
  6. Kesultanan Dumalondong Lanao
  7. Kesultanan Masiu Lanao
  8. Kesultanan Rogan Lanao
  9. Kesultanan Taporog Lanao
  10. Kesultanan Minirupad Lanao
  11. Kesultanan Borocot Lanao
  12. Kesultanan Bacolod Lanao
  13. Kesultanan Maribo Lanao
  14. Kesultanan Ramain Lanao
  15. Kesultanan Ditsaan Lanao
  16. Kesultanan Baloi Lanao

Sumatera(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kesultanan Lamuri(800-1503)
  2. Kesultanan perlak(840-1292)
  3. Kesultanan Samudera Pasai(1267-1521)
  4. Kesultanan Pedir(1400-1524)
  5. Kesultanan Banua Tamiang(1330-1558)
  6. Kesultanan Daya(1480-Kini)
  7. Kesultanan Aceh(1496-1903)
  8. Kesultanan Air Pura(800-1100)
  9. Kerajaan Sungai Pagu(1500-Kini)
  10. Kesultanan Aru (1200-1613)
  11. Kesultanan Asahan(1630-Kini)
  12. Kesultanan Barus Pardosi(1300-1858)
  13. Kesultanan Barus Pasaribu(1500-1878)
  14. Kerajaan Barusjahe Sibayak(1600-Kini)
  15. Kerajaan Batu Bara(1676-Kini)
  16. Kesultanan Bilah(1623-1946)
  17. Kerajaan Bukit Batu Bengkalis(1767-1928)
  18. Kesultanan Deli(1613-Kini)
  19. Kesultanan Dhasa Nawalu
  20. Kerajaan Gunung Sahilan(1700-Kini)
  21. Kerajaan Huristak(1650-Kini)
  22. Kesultanan Inderapura(1347-Kini)
  23. Kesultanan Indragiri(1298-1945)
  24. Kerajaan Indrajati(1100-1524)
  25. Kesultanan Jambi(1460-Kini)
  26. Kesultanan Kampar(1528-Kini)
  27. Kesultanan Kampung Radja(1916-1945)
  28. Kerajaan Kaur(1697-1840)
  29. Kerajaan Keritang(1298-1505)
  30. Kesultanan Kota Pinang(1630-1945)
  31. Kedatuan Keagungan Lampung(1310-Kini)
  32. Kesultanan Kualuh(1868-Kini)
  33. Kerajaan Kubu(1667-1949)
  34. Kesultanan Kunto Darussalam(1878-1948)
  35. Kerajaan Kutabuloh(1600-Kini)
  36. Kesultanan Langkat(1568-Kini)
  37. Kerajaan Lingga Sibayak(1600-Kini)
  38. Kesultanan Lima Laras(1500-Kini)
  39. Kesultanan Muko Muko(1681-Kini)
  40. Kerajaan Sarinembah sibayak(1600-Kini)
  41. Kesultanan Serdang(1723-Kini)
  42. Kerajaan Padang(1630-Kini)
  43. Kerajaan Padang Laweh(1213-1901)
  44. Kesultanan Pagar Ruyung(1346-Kini)
  45. Kesultanan Palembang(1455-Kini)
  46. Kesultanan Panai
  47. Kerajaan Panei(1700-Kini)
  48. Kerajaan Pasununan Tamiang(1532-1946)
  49. Kesultanan Pelalawan(1725-Kini)
  50. Kepaksian Skla Brak(1400-Kini)
  51. Kerajaan Tulang Bawang(200-Kini)
  52. Kesultanan Rokan(1569-1940)
  53. Kesultanan Siak(1723-Kini)

Lombok(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kedatuan Bayan(1150M)
  2. Kedatuan Arya Banjar Getas(1772-1841)
  3. Kedatuan Kerekok
  4. Kedatuan Kuripan
  5. Kedatuan Langko(1500M)
  6. Kedatuan Lombok
  7. Kedatuan Mantang
  8. Kedatuan Pujut(1255M)
  9. Kedatuan Sokong(1400-Kini)
  10. Kedatuan Siladendang(1400-Kini)
  11. Kerajaan Pejanggik(1458-Kini)
  12. Kerajaan Selarapang(1400

-Kini)

Kepulauan Bangka Belitung(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Badau(1400M)
  2. Kerajaan Balok(1616-1873)
  3. Kerajaan Belantu(1705M)
  4. Kerajaan Buding

Kepulauan Riau(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kesultanan Lingga Riau(1824-1911)
  2. Kesultanan Bintan(1100-Kini)


Adonara(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Adonara(1650-Kini)
  2. Kerajaan Lamahala(1520-Kini)
  3. Kerajaan Terong(1500-Kini)


Alor(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Alor Nampira(1500-Kini)
  2. Kerajaan Batulolong(1500M)
  3. Kerajaan Kui


Pulau Pantar(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Baranusa(1520M)


Flores(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Bajo Dalu(1650M)
  2. Kerajaan Cibal(1650M)
  3. Kerajaan Ende(1700-Kini)
  4. Kerajaan Riung(1700-Kini)




Kalimantan(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Ambawang(1800-1830)
  2. Kerajaan Bangkalaan(1780-1905)
  3. Kerajaan Tanah Bumbu(1660-1780)
  4. Kesultanan Banjar(1520-Kini)
  5. Kerajaan Banua Lima(1520-1860)
  6. Kerajaan Batu Licin(1780-1900)
  7. Kesultanan Berau(1377-1810)
  8. Kesultanan Bulungan(1731-Kini)
  9. Kerajaan Nanga Bunut(1815-1910)
  10. Kerajaan Cantung(1780-1910)
  11. Kerajaan Cengal(1780-1910)
  12. Kesultanan Gunung Tabur(1810-1953)
  13. Kerajaan Jongkong(1823-1910)
  14. Kerajaan Kayu Tangi(1680-1771)
  15. Kesultanan Kotawaringin(1615-Kini)
  16. Kerajaan Kubu(1772-Kini)
  17. Kerajaan Kusan(1786-1912)
  18. Kesultanan Kutai(1300-Kini)
  19. Kerajaan Landak(1275-Kini)
  20. Kerajaan Manunggul(1780-1905)
  21. Kerajaan Martapura(1860-1884)
  22. Kesultanan Matan Tanjungpura(1300-Kini)
  23. Kerajaan Meliau(1762-1960)
  24. Kesultanan Mempawah(1740-Kini)
  25. Kerajaan Nanga Suhaid(1700-1916)
  26. Kerajaan Pagatan(1775-1905)
  27. Kesultanan Paser(1516-Kini)
  28. Kerajaan Piasak(1823-1916)
  29. Kesultanan Pontianak(1771-Kini)
  30. Kerajaan Pulau Laut(1850-1903)
  31. Kesultanan Sembaliung(1810-1960)
  32. Kesultanan Sambas(1671-Kini)
  33. Kerajaan Sampanahan(1841-1905)
  34. Kerajaan Sanggau(1310-Kini)
  35. Kerajaan Sebamban
  36. Kerajaan Sekadau(1550-Kini)
  37. Kerajaan Selimbau(600-Kini)
  38. Kerajaan Silat(1221-1916)
  39. Kerajaan Sintang(1262-Kini)
  40. Kerajaan Tayan(1450-Kini)
  41. Kesultanan Tidung(1557-1916)



Sulawesi(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Alitta(1600-1908)
  2. Kerajaan Alla(1800-1950)
  3. Kerajaan Alu(1600-1957)
  4. Kerajaan Anabanua(1737-1962)
  5. Kerajaan Ara Bontohari(1600-Kini)
  6. Kerajaan Aralle(1600M)
  7. Kerajaan Arungkeke(1600M)
  8. Kerajaan Antiggola(1500-1866)
  9. Kerajaan Bacukiki(1500-Kini)
  10. Kerajaan Bajeng(1500M)
  11. Kerajaan Balanipa(1750-Kini)
  12. Kerajaan Balusu
  13. Kerajaan Bambang(1600M)
  14. Kerajaan Bambapuang
  15. Kerajaan Banawa(1485-1959)
  16. Kerajaan Banga(1200M)
  17. Kerajaan Banggae Majene(1600M)
  18. Kerajaan Banggai(1600-Kini)
  19. Kerajaan Bangkala(1400M)
  20. Kerajaan Bantaeng(1254-Kini)
  21. Kerajaan Baringan(1400-Kini)
  22. Kerajaan Barombang
  23. Kerajaan Barru(1331-Kini)
  24. Kerajaan Batu Lappa(1750-Kini)
  25. Kerajaan Batu(1518M)
  26. Kerajaan Belawa(1600M)
  27. Kerajaan Besulutu(1500M)
  28. Kerajaan Binamu(1607M)
  29. Kerajaan Bintauna(1675-Kini)
  30. Kerajaan Binuang(1900-Kini)
  31. Kerajaan Biromaru(1650-Kini)
  32. Kesultanan Boalermo(1607-Kini)
  33. Kerajaan Bolaang Mongondow(1670-Kini)
  34. Kerajaan Bolaang Uki(1752-Kini)
  35. Kerajaan Bolaang Itang(1793-Kini)
  36. Kerajaan Bolango(1320-1793)
  37. Kerajaan Bolano(1600-Kini)
  38. Kerajaan Bombana(1500-Kini)
  39. Kesultanan Bone(1330-Kini)
  40. Kerajaan Bontoa(1670-Kini)
  41. Kerajaan Bontonompo(1868-Kini)
  42. Kerajaan Borisalo(1300-Kini)
  43. Kerajaan Bubohu(1750-Kini)
  44. Kerajaan Bungku(1672-Kini)
  45. Kerajaan Bungoro(1667-Kini)
  46. Kerajaan Buntu Batu(1800-1945)
  47. Kesultanan Buol(1380-Kini)
  48. Kesultanan Buton(1332-Kini)
  49. Kerajaan Cenrana(1500-1949)
  50. Kerajaan Dolago(1602M)
  51. Kerajaan Dolo Biromaru Sigi(1908-1915)
  52. Kerajaan Dolo)(1650-1890)
  53. Kerajaan Duri(1726-Kini)
  54. Kerajaan Enrekang(1300-Kini)
  55. Kerajaan Galesong(1662-Kini)
  56. Kerajaan Gantarang(1320-Kini)
  57. Kesultanan Gorontolo(1385-Kini)
  58. Kerajaan Herlan(1500M)
  59. Kerajaan Kabaena(1550-Kini)
  60. Kerajaan Kaidipang(1630-1910)
  61. Kerajaan Kaidipang Besar(1912-1950)
  62. Kerajaan Kajang(1500-Kini)
  63. Kerajaan Kalao(1667M)
  64. Kerajaan Kalisusu
  65. Kerajaan Kamaru(1300-Kini)
  66. Kerajaan Kasimbar(1711-1912)
  67. Kerajaan Kassa(1880-1960)
  68. Kerajaan Kindang(1600-Kini)
  69. Kerajaan Konawe(500-Kini)
  70. Kerajaan Kwandang(1500M)
  71. Kerajaan Labakkang(1600-Kini)
  72. Kerajaan Laikang(1400-Kini)
  73. Kerajaan Laiwoi(1800-Kini)
  74. Kerajaan Lamatti
  75. Kerajaan Lamuru(1609-Kini)
  76. Kesultanan Lau'[1824-Kini)
  77. Kerajaan Lengkese(1560-Kini)
  78. Kerajaan Letta
  79. Kerajaan Limboto(1340-1525)
  80. Kerajaan Liya(1542-1950)
  81. Kesultanan Luwu(1300-Kini)
  82. Kerajaan Ma'rang(1918-Kini)
  83. Kerajaan Maiwa(1602-Kini)
  84. Kerajaan Madene(1830-Kini)
  85. Kesultanan Makassar(1607-1667)
  86. Kerajaan Mallusetasi(1906-1950)
  87. Kerajaan Maluwa(1750-1950)
  88. Kerajaan Mambi(1600-Kini)
  89. Kerajaan Mamuju(1540-Kini)
  90. Kerajaan Mandalle(1824)
  91. Kerajaan Marioriawa
  92. Kerajaan Maros(1400-Kini)
  93. Kerajaan Masamba
  94. Kerajaan Manimpahoi
  95. Kerajaan Manuju(1500M)
  96. Kerajaan Matangnga
  97. Kerajaan Matano(1300M)
  98. Kerajaan Mekongga(1200-Kini)
  99. Kerajaan Mokapog(1600-1700)
  100. Kerajaan Moronene Rumbia
  101. Kerajaan Moutong(1778-Kini)
  102. Kerajaan Muna(1371-Kini)
  103. Kerajaan Nepo(1550-Kini)
  104. Kesultanan Padangguni(1574-Kini)
  105. Kerajaan Palanro
  106. Kerajaan Palu(1796-Kini)
  107. Kerajaan Palupi(1609-1713)
  108. Kerajaan Pamboang(1600-Kini)
  109. Kerajaan Parigi(1517-Kini)
  110. Kerajaan Passokkorang
  111. Kerajaan Poleang
  112. Kerajaan Polongbangkeng(1815-Kini)
  113. Kerajaan Rantebuluhan(1600M)
  114. Kerajaan Rappang(1500-Kini)
  115. Kerajaan Sanrabone(1540M)
  116. Kerajaan Sausu(1700M)
  117. Kerajaan Sawitto(1730-Kini)
  118. Kerajaan Segeri(1430-Kini)
  119. Kesultanan Selayar(1605-Kini)
  120. Kerajaan Sendana(800-Kini)
  121. Kerajaan Sengkang(1800)
  122. Kerajaan Siang(1500-Kini)
  123. Kerajaan Sidenreng(1300-Kini)
  124. Kerajaan Sigi(1600M)
  125. Kerajaan Sigi Dolo(1918-Kini)
  126. Kerajaan Simbang(1709-Kini)
  127. Kesultanan Soppeng(1300-Kini)
  128. Kerajaan Soppengriaja(1906-1950)
  129. Kerajaan Suppa(1370-Kini)
  130. Kerajaan Sumawa(1350-Kini)
  131. Kerajaan Tabang
  132. Kerajaan Tabulahan
  133. Kerajaan Tallo(1500-Kini)
  134. Kerajaan Tanette(1500-Kini)
  135. Kerajaan Tanralili(1711-Kini)
  136. Kerajaan Tapalang(1820-Kini]
  137. Kerajaan Taramanuq
  138. Kerajaan Tarawang
  139. Kerajaan Tatangga(1713-1903)
  140. Kerajaan Tawaili(1550-Kini)
  141. Kerajaan Tiro
  142. Kesultanan Tiworo(1500-Kini)
  143. Kesultanan Toli Toli(1737-Kini)
  144. Kerajaan Tolo(1500M)
  145. Kerajaan Tondongkura
  146. Kerajaan Toposo(1600M)
  147. Kerajaan Turikale(1796M)
  148. Kerajaan Tuwung
  149. Kerajaan Ujung Loe(1741-Kini)
  150. Kerajaan Wajo(1399-Kini)
  151. Kerajaan Walenrang
  152. Kerajaan Watumedongga(500M)
  153. Kerajaan Wawalosea(500M)
  154. Kerajaan Wotu(1000-Kini)
  155. Kerajaan Wolio(1200-1322)
  156. Kesultanan Gowa(1300-Kini)




Jawa(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kesultanan Demak
  2. Kesultanan Mataram
  3. Kesultanan Pajang
  4. Kesultanan Banten
  5. Kesultanan Cirebon
  6. Kerajaan Sumedang Larang
  7. Kesultanan Yogyakarta
  8. Kesultanan Kaprabonan
  9. Kesultanan Kacirebonan
  10. Kesultanan Kanoman
  11. Kesultanan kasepuhan
  12. Kasunanan Surakarta

Maluku(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kesultanan Ternate
  2. Kesultanan Tidore
  3. Kesultanan Bacan
  4. Kesultanan Loloda

Papua(Indonesia)[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Sekar
  2. Kerajaan Wetuar


Perkembangan pengaruh Islam Syiah ke Nusantara[1][sunting | sunting sumber]

Pada zaman Bani `Abbasiyyah (132 - 656H/750 - 1258M), semasa pemerintahan al-Saffah (132 - 136H/750 - 762M) dan al-Mansur (136 - 158H/754 - 775M), golongan Syiah yang tidak dapat menerima pemerintahan dan kezaliman mereka telah bangkit menentang dengan dipimpin oleh Muhammad bin `Abdullah bin al-Hasan bin al-Hasan bin `Ali bin Abi Talib yang bergelar Sahib al-Nafs al-Zakiyyah.

Pada zaman al-Hadi (169 - 170H/785 - 786M), penentangan dipimpin oleh al-Husayn bin `Ali bin al-Hasan bin `Ali bin Abi Talib.

Bagaimanapun, kedua-dua pemberontakan tersebut telah ditumpaskan. Pada zaman al-Ma'mun (198 - 218H/813 - 833M) pula, tercetus penentangan Syiah `Alawiyyah dipimpin oleh Muhammad al-Dibaj.

Beliau memberontak terhadap al-Ma'mun di Baghdad dan mengakui dirinya sebagai khalifah dan Amir al-Mu'minin di kota Mekah.

Al-Ma'mun menghantarkan tenteranya ke kota Mekah untuk menentang penentangan itu dan berjaya mengalahkannya dengan mudah.

Namun al-Ma'mun mengampuni Muhammad al-Dibaj dan para pemimpin pemberontak yang lain dan tidak menghukum bunuh mereka.

Al-Ma'mun dikatakan menganjurkan mereka supaya lebih baik meninggalkan negeri Arab dan pergi meluaskan dakwah Islam ke negeri-negeri Hindi, Asia Tenggara dan Timur Jauh (China dan lain-lain).[2]

Di atas anjuran al-Ma'mun ini, sebuah angkatan dakwah dibentuk di bawah pimpinan Nakhoda Khalifah dengan jumlahnya seramai 100 orang terdiri kebanyakannya daripada tokoh-tokoh Syi`ah Arab, Parsi dan India.

Salah seorang yang amat penting dalam anggota dakwah Nakhoda Khalifah ialah `Ali bin Muhammad bin Ja`far al-Sadiq yang juga bangkit melawan al-Ma'mun.[3]

Pada masa pemerintahan al-Ma'mun, golongan Syiah agak bernasib baik pada peringkat awalnya. Mazhab Syiah dapat berkembang luas dan bertapak di kebanyakan kota Islam dan kesannya dapat dilihat di istana al-Ma'mun sendiri.

Orang Syiah mendapat tempat dalam pentadbiran khalifah tersebut seperti menterinya, Fadl bin Sahl (Dhu al-Riyasatain), panglima tentera Tahir bin al-Husayn al-Khuza`i dan lain-lain.

Namun begitu, pada peringkat akhirnya, mereka kembali menerima tekanan dan penindasan seperti yang dilakukan oleh para khalifah `Abbasiyyah terdahulu.[4]

Dalam membicarakan persoalan perkembangan, pengaruh dan kesan aliran Syiah di Nusantara,[5] para pengkaji sejarah yang membuat kajian tentang mazhab Syiah telah melakukan beberapa kesilapan dalam tulisan mereka kerana tanpa penelitian dan pengkajian yang mendalam, mereka menyamakan semua Syiah sebagai menyeleweng dan sesat.

Tambahan pula kriteria menyeleweng dan tidak menyelewengnya sesuatu aliran itu pula diasaskan kepada pemikiran mazhab yang sudah sedia mendominasi Nusantara ini iaitu Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan bukannya menurut pemikiran al-Quran dan al-Hadith serta rasional akal yang adil dan saksama.

Ini kerana mereka membuat kajian dengan tidak memberikan perhatian kepada sumber-sumber Islam yang autentik dan diterima umum, sebaliknya mengambil bukti-bukti daripada golongan anti-Syiah yang berdasarkan kepada sentimen dan fanatik untuk menghentam mereka tanpa membezakan Syiah yang benar dengan golongan al-Batiniyyah (ghulat atau ekstremis).

Berhubung dengan kedatangan Syiah ke Nusantara secara khusus, data-data sejarah yang diperoleh menunjukkan pengaruh Syiah sudah mendahului pengaruh Sunni bahkan mazhab Syiah sudah menjadi mazhab rasmi di beberapa buah negara Islam di rantau ini.

Ini tidak menghairankan kerana orang Syiah telah bertebaran di pusat-pusat perdagangan di kawasan Timur Jauh dan Asia Tenggara dan dikatakan tarikh awal ketibaan orang Islam ke rantau ini adalah pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah.[6]

Umumnya, bentuk ajaran dan pemikiran Syiah di Nusantara adalah bersumberkan ajaran dan pemikiran golongan al-Batiniyyah (ghulat) yang diketahui menyerap masuk ke dalam aliran-aliran tasawwuf sama ada Sunni dan sebagainya.

Ajaran dan pemikiran Syiah seperti Imamiyyah Ithna-`Asyariah dan lain-lain turut memberikan sumbangan tetapi tidaklah begitu ketara dan menonjol berbanding dengan al-Batiniyyah.

Perlu juga diingatkan di sini bahawa pemikiran al-Batiniyyah berbeza sama sekali dengan pemikiran Syiah yang sebenar walaupun mungkin dalam aspek-aspek tertentu sahaja, ia kelihatan mempunyai persamaan.

Ini disebabkan pengasas al-Batiniyyah iaitu Abu al-Khattab[7] pernah bersekutu dengan Maymun al-Qaddah dan anaknya, `Abdullah bin Maymun al-Qaddah dan kedua-duanya dikatakan pernah mengikuti ajaran Ja`far alSadiq, Imam keenam Syi`ah Imamiyyah Ithna-`Asyariah.

Kesemua sumber Imamiyyah Ithna-`Asyariah dan hampir kesemua sumber Sunni mengakui penolakan oleh Imam Ja`far al-Sadiq terhadap Abu al-Khattab.

Kebanyakan pengkaji sejarah kedatangan Islam di Nusantara mengakui bahawa Islam yang disebarkan di Nusantara dimulakan oleh tokoh-tokoh sufi dalam bentuk pemikiran tasawwuf.

Sejarah juga mengakui pemikiran Isma`iliyyah Batiniyyah telah menyelusup masuk ke dalam aliran-aliran tasawwuf selepas kejatuhan kerajaan Fatimiyyah di Mesir.

Justeru pemikiran al-Batiniyyah dapat meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat di rantau ini menerusi bentuk tasawwuf kerana ia adalah kaedah yang paling mudah dan berkesan dalam penyebaran dan penerimaan Islam.

1 – Champa[8][sunting | sunting sumber]

Di Champa, Islam dikatakan telah wujud di sana berdasarkan batu nisan yang bertarikh 431H/1039M Maqam Abu Kamil Ahmad bertarikh 29 Safar 431H.

Pada maqam tersebut tertulis kalimah Allahumma salli `ala Muhammad wa Ali Muhammad wa sallam `alaihim yang membuktikan bahawa beliau seorang Syi`ah.[9]

Ini kerana kalimah Ali Muhammad (kaum kerabat Muhammad (s.a.w)) merupakan simbol ikutan para pendokong mazhab Syi`ah - di daerah Phang Rang atau Pandurangga yang merupakan kota pelabuhan penting Champa[10] pada zaman silam dan disebarkan menurut aliran Syi`ah.

Golongan Syi`ah `Alawiyyah yang menuju ke kepulauan Sila (Sulu) dikatakan melalui Champa lebih awal dari itu, iaitu pada sekitar tahun 65 - 132H/685 - 705M kerana melarikan diri daripada tentera al-Hajjaj, Dinasti Umaiyyah.

2 – Indonesia[sunting | sunting sumber]

Di Indonesia, penyebaran pengaruh ajaran Syi`ah dikatakan akibat daripada propaganda Syi`ah (Isma`iliyyah) yang amat berkesan sepanjang abad ke-5H/11M dan 6H/12M hingga menyebabkan Indonesia berada dalam pengaruh Syi`ah.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh suasana di Tanah Arab pada masa itu yang sedang dipengaruhi oleh aliran Syi`ah.

3 – Aceh[sunting | sunting sumber]

Di Aceh, seorang ulama Syi`ah (Zaidiyyah) dari Yaman nama Sulaiman bin Abdullah telah datang ke Aceh pada tahun 235H/850M, tetapi tidak diketahui tujuan sebenar kedatangan dan peranannya di Aceh.[11]

4 - Di bahagian pantai-barat Sumatera[sunting | sunting sumber]

Mazhab Syi`ah telah didapati berkembang di sana dalam zaman pemerintahan Mu`awiyah bin Abi Sufyan pada tahun 24H/674M.[12]

Faktor terbesar yang mendorong para pedagang Arab dan Parsi Islam ke Sumatera Utara (atau Sumatera secara umumnya) pada abad ke-1H/7M adalah disebabkan terhalangnya pelayaran mereka menerusi Selat Melaka oleh Kerajaan Buddha Srivijaya.

Ini dikatakan sebagai balasan kerana serangan Islam terhadap Kerajaan Hindu di India pada zaman Khalifah al-Hadi (158 - 169H/775 - 785M).[13]

Mazhab ini kemudiannya dibawa oleh golongan Syi`ah Isma`iliyyah (dari Parsi) pada abad ke-2H/8M, disebar ke pedalaman India melalui perbatasan Bukhara dan Afghanistan dan akhirnya sampai ke Indonesia (di kawasan sebelah pantai-barat Sumatera).

Kegiatan dakwah Syi`ah Isma`iliyyah bahkan telah mempengaruhi kawasan ini (Sumatera) kerana pada zaman Kerajaan Syi`ah Fatimiyyah (296 - 566H/909 - 1171M) di Mesir, angkatan propaganda Fatimiyyah telah tiba ke Sumatera.[14]

Hal ini berlaku berkemungkinan kerana ramai orang Parsi dikatakan berhijrah ke Sumatera khususnya Sumatera Utara untuk menyebarkan dakwah. Di kawasan Sumatera Timur pula, beberapa buah keluarga Syi`ah dikatakan telah tiba pada zaman Buwayh di sekitar tahun 359H/969M dan menetap di tengah-tengah Sumatera Timur serta mendirikan kampung mereka bernama Siak yang kemudian berubah kepada nama Nagari Siak atau Siak Seri Inderapura.[15]

5 - Samudera – Pasai[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan Islam di sini sudah wujud lebih dahulu daripada di Aceh. Bentuk pemikiran Islam pada peringkat awal (sebelum Kerajaan Aceh) dari tahun 433 - 848H/1042 - 1444M[16] adalah dipengaruhi aliran Syi`ah, terutama pada zaman pemerintahan Meurah Nui, raja Pasai keempat yang terkenal dengan nama Sultan al-Kamil (550 - 606H/1155 - 1210M).

Ini kerana pada masa itu, suatu rombongan ulamak Makkah yang dipimpin oleh Syaikh `Abdullah `Arif, seorang ahli sufi pada abad ke-6H/12M dan orang pertama dikatakan bertanggungjawab menyebarkan ajaran Syi`ah di Aceh, Kedah dan Patani.[17]

Beliau dikatakan telah menulis dan meninggalkan sebuah kitab tasawwuf falsafah yang mengandungi ajaran-ajaran Syi`ah dengan judul Bahr al-Lahut, dan kitab ini merupakan kitab pertama tiba di rantau ini berdasarkan tarikh ketibaan penulisnya pada abad ke-6H/12M.

Samudera - Pasai dikatakan memainkan peranan dalam perkembangan Islam di Jawa dan Sulawesi pada tahun 797H/1395M disebabkan Sultan Zainal Abidin Bahiyan Syah (748 - 809H/1349 - 1406M) telah menghantarkan dua orang pendakwahnya ke Jawa terdiri daripada Mawlana Malik Ibrahim dan Mawlana Ishak yang bergelar Syaikh Awwal alIslam.

Menjelang abad ke-7H/13M, aliran Sunni dibawa ke rantau ini oleh Syaikh Ismail al-Siddiq (al-Zarfy), utusan khas dari Mekah ke Pasai oleh Syarif Makkah yang memerintah di bawah naungan Kerajaan Mamluk (Turki) (650 - 922H/1252 - 1517M) di Mesir.

Ia bertujuan untuk menukarkan mazhab Syi`ah (yang menguasai Pasai ketika itu) kepada mazhab Syafi`i, dan untuk mengislamkan Raja Pasai Meurah Silu (al-Malik al-Salih).

Kerajaan Pasai berakhir pada zaman Ratu Nihrasiyah Rawangsu Khadiyu (802 - 831H/1400 - 1428M) iaitu puteri Sultan Zainal Abidin.

Pada zamannya, peperangan di antara Malik Mustafa (suami Ratu) dengan Mangkubumi Pasai, Maharaja Bakoy Ahmad Permala yang dikatakan menjadi pemimpin tasawwuf pantheisme beraliran Syi`ah.

6 - Kepulauan Sulu (Sila), Sulawesi dan Kalimantan[18][sunting | sunting sumber]

Golongan Syi`ah `Alawiyyah telah mendiami tempat-tempat tersebut pada masa pemerintahan `Abd al-Malik bin Marwan (65 - 86H/685 - 705M) kerana mengelakkan kekejaman Bani Umaiyyah dan juga untuk menyebarkan dakwah Islam berdasarkan ajaran Syi`ah.

7 - Perlak (Peureulak)[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-2H/8M, Perlak telah dikenali sebagai sebuah pelabuhan yang maju dan merupakan tempat persinggahan orang-orang Islam Arab dan Parsi.

Terdapat sebuah kitab karangan Abu Ishaq Makarani al-Fasy berjudul Izhar al-Haqq fi Mamlakah Ferlak menceritakan secara terperinci tentang perkembangan Islam daripada mazhab Syi`ah di Pasai.[19]

Perkembangan Syi`ah dikatakan bermula pada tahun 173H/790M ketika Nakhoda Khalifah dengan kira-kira 100 orang anggota angkatan dakwahnya telah berlabuh di Bandar Perlak, terdiri daripada orang-orang Arab, Parsi dan Hindi. Rombongan ini sampai ke sini pada masa Syahir Nuwi menjadi Meurah Negeri Perlak.

Syahir Nuwi dikatakan berketurunan Dinasti Sasan, pada waktu itu, seluruh rakyat Parsi termasuk seluruh keturunan Sasan telah memeluk Islam dan tertakluk di bawah Dawlah Islam.

Syahir Nuwi menerima angkatan dakwah Nakhoda Khalifah hinggakan dalam masa kurang dari setengah abad, Meurah dan seluruh rakyat Perlak menganut agama Islam.

Akibat asimilasi menerusi perkahwinan antara orang-orang Islam Arab dan Parsi dengan puteri-puteri Perlak telah melahirkan masyarakat berdarah campuran.

Sebagai contoh, Meurah Perlak, Syahir Nuwi telah menikahkan `Ali bin Muhammad al-Dibaj bin Ja`far al-Sadiq yang berketurunan Arab dan bersambung keturunannya dengan Nabi Muhammad (s.a.w) manakala ibunya pula daripada keturunan Parsi Dinasti Sasan dengan adik kandungnya, Puteri Makhdum Tansyuri.

Faktor yang memikat Syahir Nuwi mengambil pemuda Arab/Parsi menjadi adik iparnya adalah kerana asal keturunan `Ali bin Muhammad al-Dibaj yang mulia. Hasil daripada perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak bernama Sayyid `Abd al-`Aziz yang kemudiannya ditabalkan menjadi raja Kerajaan Islam Perlak dengan gelaran Sultan Alauddin Sayyid Mawlana `Abd al-`Aziz Syah.

Mengenai silsilah keturunan Sayyid `Abd al-`Aziz yang bergelar Sultan Alauddin Sayyid Mawlana `Abd al-`Aziz Syah ialah `Abd al-`Aziz bin `Ali bin Muhammad al-Dibaj bin Ja`far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin `Ali Zayn al-Abidin bin Husayn al-Syahid bin `Ali bin Abi Talib (dengan isterinya, Fatimah binti Muhammad (s.a.w).[20]

Keadaan ini seterusnya menyebabkan terdirinya Kerajaan Islam Perlak pada hari Selasa 1 Muharram 225H/840M, dan ajaran Islam pada masa itu adalah berbentuk Syi`ah. [21]

Berikut adalah senarai pemerintahan raja-raja di Perlak mengikut turutan dari Dinasti Sayyid Mawlana `Abd al-`Aziz Syah:

1) Sultan Alauddin Sayyid Mawlana `Abd al-`Aziz Syah (225 - 249H/840 - 864M).

2) Sultan Alauddin Sayyid Mawlana `Abd al-Rahim Syah (249 - 285H/864 - 888M).

3) Sultan Alauddin Sayyid Mawlana `Abbas Syah (285 - 300H/ 888 - 913M).

Dalam zaman pemerintahan Sultan Alauddin Sayyid Mawlana `Abd al-`Aziz Syah, fahaman Sunni mulai mengalir dalam masyarakat Islam Perlak.

Keadaan ini tidak disukai oleh Syi`ah, dan pada akhir pemerintahannya berlaku perang saudara antara dua golongan itu yang menyebabkan Perlak tidak mempunyai sultan selama dua (2) tahun apabila sultan meninggal dunia.

Pada akhir pemerintahan Sultan Alauddin Sayyid Mawlana Ali Mughayat Syah (302 - 305H/ 915 - 918M), berlaku pergolakan dan perang saudara di antara golongan Syi`ah dan Sunni yang berakhir dengan kekalahan pemerintahan Sayyid (Dinasti Azizah) dan timbulnya Dinasti Makhdum.

Dengan kemenangan golongan Sunni, mereka berjaya mengangkat sultan daripada golongan mereka daripada keturunan Meurah Perlak asli (Syahir Nuwi) dan sultannya yang pertama ialah Sultan Makhdum Alauddin Malik Abd al-Qadir Syah Johan Berdaulat (306 - 310H/ 928 - 932M).

Semasa pemerintahan Sultan Makhdum Alauddin Malik Muhammad Amin Syah Johan Berdaulat (310 - 334H/ 922 - 946M), usaha-usaha yang besar telah dilakukan untuk mempersatukan kembali pertentangan antara keluarga Azizah dengan keluarga Makhdum.

Cara yang dilakukan adalah dengan mengangkat seorang keturunan Azizah bernama Sayyid Mawlana Abdullah menjadi Mangkubuminya.

Pada akhir pemerintahan Sultan Makhdum Alauddin Malik Syah Johan Berdaulat pula (334 - 362H/ 956 - 983M), golongan Syi`ah memberontak merebut kekuasaan. Ini menyebabkan berlaku perang saudara selama 4 tahun yang berakhir dengan perdamaian menerusi perjanjian Alue Meuh pada tarikh 10 Muharram 353H/964M.

Di antara kandungan perjanjian tersebut ialah kerajaan Perlak dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:

a) Perlak pesisir (Perlak Baroh) - bagi golongan Syi`ah dan mereka boleh melantik sultan daripada golongan mereka sendiri daripada Dinasti Azizah.

b) Perlak pedalaman (Perlak Tunong) - bagi golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan mereka boleh melantik sultan daripada golongan mereka sendiri daripada Dinasti Makhdum.

Justeru itu, terdapat dua orang raja di Perlak sebagai sultan yang kelapan iaitu:

(1) Golongan Syi`ah melantik sultannya, Sultan Alauddin Sayyid Mawlana Mahmud Syah memerintah dari tahun 365 - 377H/ 976 - 988M memerintah di Perlak Baroh dengan ibu kotanya di Bandar Perlak.

(2) Golongan Sunni pula melantik Sultan Makhdum Alauddin Malik Ibrahim Syah Johan Berdaulat yang memerintah dari tahun 365 - 402H/ 986 - 1023M di Perlak Tunong dengan ibu kotanya di Bandar Khalifah.[22]

Dalam tahun 375H/986M, kerajaan Buddha Srivijaya (Sribuza) menyerang kerajaan Perlak (Perlak Baroh) dan perang berlaku di antara kedua-dua pihak.

Sultan Alauddin Sayyid Mawlana Mahmud Syah (sultan Kerajaan Perlak pesisir (daerah Syi`ah)) telah mangkat. Selepas Kerajaan Srivijaya berundur dari Perlak pada tahun 396H/1006M, Kerajaan Perlak telah dapat dipersatukan kembali dengan dikuasai seluruhnya oleh Sultan Makhdum Alauddin Malik Ibrahim Syah Johan Berdaulat.[23]

Sultan Makhdum Alauddin Malik Abdullah Syah Johan Berdaulat (470 - 501H/1078 - 1108M) mengambil daya usaha untuk mengelakkan peperangan saudara dengan para Sayyid Mawlana (Syi`ah) dengan memperisterikan puteri Syarifah Azizah.

8 – Filipina[sunting | sunting sumber]

Di Filipina,[24] Islam telah bertapak dan berkembang dengan mendapat pengaruh dan kejayaan yang besar di Mindanao (Magindanao) menerusi Syarif Mohammad Kabungsuwan atau lebih dikenali Syarif Kabungsuwan.

Beliau merupakan anak kepada Syarif Ali Zainal Abidin, daripada keturunan Rasulullah (s.a.w) yang berhijrah dari Mekah ke Hadramaut, selatan Jazirah Arab ke Juhur (Johor) di Semenanjung Tanah Melayu).[25]

Menurut Salleby, kedatangan Syarif Kabungsuwan ke Mindanao mungkin berlaku kira-kira pada akhir abad ke-9H/15M atau pada awal abad ke-10H/16M. Jika berdasarkan kronologi sejarah selepas kejatuhan Melaka pada tahun 917H/1511M dan berdirinya kerajaan Juhur (Johor), kemungkinan kedatangan Syarif Kabungsuwan ke Malabang boleh dianggarkan pada tahun 921H/1515M.

Terdapat dua versi yang menyebutkan nama mereka berdua tetapi berbeza. Versi pertama menyebutkan Ahmad dan Alawi manakala versi kedua menyebutkan Mohamad dan Ahmad.

Saudara yang tertua mengasaskan kesultanan Brunei manakala yang kedua mengasaskan kesultanan Sulu.

Walaupun tradisi Magindanao dan catatan bertulisnya menyebutkan beliau telah didahului sebelumnya oleh dua orang pelopor yang juga daripada keturunan Nabi Muhammad iaitu Syarif Awliya (Syarif Hasan) dan Syarif Maraja yang kedua-duanya bersaudara, tetapi pengaruh dan kejayaan mereka dalam dakwah Islam tidak dapat dipastikan.

Adalah dipercayai bahawa sultan Sulu yang pertama ialah Syarif Hasan yang berasal dari Basilan. Basilan merupakan pengasas kesultanan Sulu.

Keturunan sultan-sultan Brunei, Sulu dan Magindanao dikatakan mempunyai kaitan persaudaraan.

9 - Burma (Myanmar)[sunting | sunting sumber]

Di Burma, terdapat sebilangan kecil golongan Syi`ah di Amarapoora dan beberapa tempat lain secara berselerak.[26]

Namun mereka mula tersusun pada tahun 1327H/1909M. Kira-kira 2,000 orang daripada keseluruhan bilangan mereka yang terdapat di Burma melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.

Mereka juga dikenali di Burma dengan nama "Mogul". Majoritinya berketurunan India.

10 – Thailand[sunting | sunting sumber]

Di Thailand, golongan `Alawiyyah dikatakan telah bertapak hampir 500 tahun dan kini hanya mempunyai pengikutnya seramai lebih kurang 5,000 orang sahaja.

11 - Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia (Tanah Melayu), golongan `Alawiyyah (Sayyid) daripada keturunan Husayn bin `Ali telah lama bertapak di beberapa buah negeri, di antaranya Johor dan Terengganu.

Di negeri Terengganu, mereka adalah daripada keturunan al-`Aidrus yang sampai silsilah keturunannya kepada Nabi Muhammad menerusi `Ali bin Abi Talib dan Fatimah serta Husayn bin `Ali.

Di Melaka, Sayyid Abdul Aziz yang merupakan seorang ulama dan mubaligh dari Jeddah telah datang ke sini untuk mengajar Raja Kechik Besar dan para pembesar Melaka tentang agama Islam.

Di Kedah, Syaikh Abdullah Arif mungkin telah menyebarkan Islam pada abad ke6H/12M lagi dengan corak tasawwuf (Syi`ah) sekiranya kitab Bahr al-Lahut itu memang benar mengandungi pengajaran Syi`ah.

12 - Asia Timur dan China[sunting | sunting sumber]

Di kawasan Timur Jauh, khususnya China telah menunjukkan ada kesan-kesan kehadiran orang-orang Islam Syi`ah di sana. Berhubung dengan para pengikut `Abd Allah ibn Mu`awiyah yang melarikan diri ke Timur Jauh, al-Tabari dan Ibn al-Athir telah menceritakan sebuah pulau bernama Ibn Kawwan, tempat yang didiami oleh seorang daripada ketua tentera `Abd Allah ibn Mu`awiyah bernama Syaiban yang terletak di tengah-tengah jalan yang dilalui oleh para pedagang Arab ke Cathay (China).

Menurut Nur al-din Mohammed `Aufi seorang penulis Parsi yang hidup pada abad ke7H/13M, golongan Syi`ah Zaidiyyah dan keturunan `Alawiyyah yang lain sudah menetap di China dengan menjadi orang perantara Maharaja China dalam hubungan dengan negara-negara asing.

Mereka mulanya berhijrah ke Khurasan, tetapi disebabkan pemburuan oleh Bani Umaiyyah yang berterusan, mereka melarikan diri ke timur dan hanya berakhir ketika mereka sampai di China.

Berdasarkan catatan dinasti Yuan (Mongol) menunjukkan bahawa terdapat sebilangan tokoh Islam telah diambil berkhidmat untuk orang-orang Mongol.

Di antara mereka ialah Sayyid Adjal (Sai T'ien-Chih), generasi ke-27 daripada keturunan Nabi (s.a.w) yang kemudian menjadi penakluk dan gabenor Yunnan pada tahun 673H/1275M.

Al-Maqrizi mengatakan keturunan `Alawiyyah mungkin telah berhijrah sehingga sejauh Korea. Mereka mungkin telah sampai pada zaman T'ang, tetapi dalam zaman Ming, mereka mungkin tidak dapat bertahan walaupun sekiranya mereka masih wujud.

Pada tahun 130H/748M, orang-orang Po See (Parsi) telah didapati di Pulau Hainan sebagaimana diambil daripada catatan seorang Sami China pada zaman itu bernama Kien Chen dari Yang Chow (Hsien-ho ssu) yang merupakan sebuah kota kosmopolitan dalam dinasti T'ang.

Di sini juga terdapat komuniti Arab muslim. Bagaimanapun pada tahun 142H/760M, ramai di antara mereka telah dibunuh.

Di Sungai Canton pula, orang-orang Parsi, Brahman dan Melayu dikatakan memiliki perahu-perahu dan bahkan sebelum tahun 132H/750M, sekumpulan Syi`ah Zaidiyyah telah pun mendiami negeri China.

  1. ^ Artikel ini merupakan ringkasan kepada kertas kajian bertajuk The Development of Islamic Thought in the Malay Archipelago: A Special Reference to The Shia oleh Prof. Madya Dr. WZ Kamaruddin Wan Ali dari Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Ialam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  2. ^ Nabi Ahmed, Prof., Advent of Islam in Indonesia, h.17; Hasjmy, A., " Adakah Kerajaan Islam Perlak Negeri Islam pertama di AsiaTenggara," dlm. Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia, h.156 - 158
  3. ^ Hasjmy, A., ibid, h.156.
  4. ^ Mughniyyah, M.J., The Despotic Rulers, h.193 – 197.
  5. ^ Mills, J.V. " Arab and Chinese Navigators in Malaysian Waters in about 1500 A.D " dlm. JMBRAS, XLVII (47), 1974, Bhg.II, hh.1-82; Brian E.Coless, " Persian Merchants and Missionaries in Medieval Malaya " dlm. JMBRAS, XLII (42), 1969, Bhg.II, hh.10-47.
  6. ^ Groneveldt, W.P., Historical notes on Indonesia and Malaya compiled from Chinese Sources, h.14.
  7. ^ Lewis, B., The Origins of Ismailism, h.32.
  8. ^ Abdul Rahman Ahmadi, Drs., Sejarah kedatangan Islam ke Asia Tenggara, h.19.
  9. ^ Fatimi, S.Q., Islam comes to Malaysia, h.47.
  10. ^ Pietrre-Yves Manguin, " The Introduction of Islam into Champa " dlm. JMBRAS, LVIII (58), 1985, Bhg.I, hh.1-28; G.E.Marrison, " The Chams and their Literature ", dlm. JMBRAS, LVIII (58), 1985, Bhg.II, hh.45- 70.
  11. ^ Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Nusantara, h.38.
  12. ^ Arnold, T., The Preaching of Islam, h.368.
  13. ^ Wan Hussein Azmi, " Islam di Aceh: Masuk dan berkembangnya hingga abad ke XVI (16)," dalm. Sejarah masuk dan berkembangnya Islam ke Indonesia, h.195.
  14. ^ Abdul Rahman Hj. Abdullah, Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, h.91.
  15. ^ Wan Hussein Azmi, " Islam di Aceh: Masuk dan berkembangnya hingga abad ke XVI (16)," dalm. Sejarah masuk dan berkembangnya Islam ke Indonesia, h.185.
  16. ^ Warsito.S, Di sekitar Kebatinan, h.53.
  17. ^ Mahayuddin Yahya, " Sejarah perkembangan pemikiran Islam dalam konteks Alam Melayu: Iktibarnya untuk abad akan datang," dlm. Seminar pemikiran Islam abad ke-21, h.15.(Syaikh `Abdullah `Arif hidup sekitar tahun 505 - 510H/1112 - 1117M. Lihat: Abdul Rahman Ahmadi, Drs., Sejarah kedatangan Islam ke Asia Tenggara, h.53.)
  18. ^ Tom Harrison, " The Advent of Islam to West and North Borneo ", dlm. JMBRAS, XLV (45), 1972, Bhg.I, h.16-20.
  19. ^ Hasjmy,A., Sejarah masuk dan berkembangnya Islam ke Indonesia, h.147.
  20. ^ Muhammad Ibrahim, Drs., dan Rusdi sufi, Drs., " Proses Islamisasi dan munculnya Kerajaan-kerajaan Islam di Aceh," dlm. (Hasjmy, A.), Sejarah Masuk dan Berkembangnya Islam di Indonesia, h.407.
  21. ^ W.Hussein Azmi, " Islam di Aceh: Masuk dan berkembangnya hingga abad ke XVI (16)," dlm. Sejarah masuk dan berkembangnya Islam ke Indonesia, h.195 - 196
  22. ^ Muhammad Ibrahim, Drs., dan Rusdi Sufi, Drs., " Proses Islamisasi dan munculnya kerajaan-kerajaan Islam di Aceh," dlm. (Hasjmy, A.), Sejarah masuk dan berkembangnya Islam di Indonesia, h.407.
  23. ^ Fatimi, S.Q., Islam comes to Malaysia, h.7.
  24. ^ Tom Harrison, " The Advent of Islam to West and North Borneo ", dlm.JMBRAS, XLV (45), 1972, Bhg.I, h.10-20.
  25. ^ Saleeby, N.M., Studies in Moro history, law and religions, h.52.
  26. ^ 6 Yegar, M., The Muslims in Burma, h.14.