Pergi ke kandungan

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad
Ditubuhkan pada2009
Institusi induk
Parti Islam Se-Malaysia
RektorAzhar Yahya
Alamat
Taman Melewar
, ,
Malaysia
Laman sesawangwww.kuizm.org

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (disingkatkan KUIZM) atau kini Akademi Pendidikan KUIZM[1] ialah sebuah pusat pengajian swasta di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang terletak di Gombak, Selangor.[2] Kolej ini menawarkan pengajian Islam peringkat diploma dan persijilan.[3] KUIZM diketuai dan diurus tadbir oleh Rektor, Ustaz Azhar Yahya.[4]

Sejarah penubuhan

[sunting | sunting sumber]

Kolej ini mula dibangunkan pada 14 Mac 2010 di atas bekas tapak Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak. Ia yang dinaungi oleh Dewan Ulamak PAS Pusat, dan pembangunannya melalui Lembaga Khas Penubuhan Institut Pendidikan Tinggi PAS.[5] Pelancaran pembangunannya telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.[6]

Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) telah menguruskan penubuhan KUIZM sebelum dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah KUIZM sehingga hari ini. KUIZM yang mempunyai sistem akademik tersendiri yang dikendalikan oleh tenaga akademik daripada pensyarah dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang.

Program akademik

[sunting | sunting sumber]

KUIZM menawarkan dua rancangan diploma iaitu Dakwah dan Komunilkasi, dan Muamalat dan Kewangan Islam.[7] Selain itu, ia turut menawarkan kursus persijilan asas pengajian Islam.[8]

Kepimpinan

[sunting | sunting sumber]

Senarai Rektor

[sunting | sunting sumber]
Bil. Nama Tahun khidmat
1 Dr Shahbudin Ngah[6] 2010-2017
2 Dr Mohd Zuhdi Marsuki[9] 2017-2020
- Mohd Farkhan Md Zin (pemangku) 2020-2021
3 Ustaz Mohd Farkhan Md Zin[10] 2022-2023
4 Ustaz Azhar Yahya[4] 2023 - kini
  1. Omar, Zainab Awatif (2024-04-30). "Konvensyen Fekah Penyatuan Ummah Sabtu ini". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-05-04.
  2. Muhammad, Anne (2018-08-11). "Tanah dituntut Orang Asli milik kerajaan negeri – Takiyuddin". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-05-04.
  3. rakyat, Post Oleh : Pena. "Majlis Konvokesyen ke-5 KUIZM rai 51 graduan". 1Media.My. Dicapai pada 2024-05-04.
  4. 1 2 "Facebook TV PAS WILAYAH PERSEKUTUAN". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-03-14.
  5. Dr.mahfodz (9 Mac 2010). "KUIZM : IMPIAN DIREALISASIKAN". DATO' DR. HJ. MAHFODZ MOHAMED. Dicapai pada 2024-03-14.
  6. 1 2 "Umat Islam diseru kembalikan kegemilangan ilmu". Dewan Pemuda PAS Sarawak (dalam bahasa Inggeris). 2010-03-15. Dicapai pada 2024-03-14.
  7. Azhar, Muhammad Ammar Nur; Rasmanah, Manah; Marianti, Lena (2025-01-07). "THE PHENOMENON OF CAREER PLANNING AMONG STUDENTS OF KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM)". Jurnal Konseling Pendidikan Islam (dalam bahasa Inggeris). 6 (1): 114–119. doi:10.32806/jkpi.v6i1.206. ISSN 2746-5977.
  8. YUSOF, AZMI (2023-04-14). "KUIZM tawar Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-03-05.
  9. "Facebook Mohd Zuhdi Marsuki". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-03-14.
  10. "Facebook Dewan Ulamak PAS Pusat". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-03-14.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]