Sidang Kemuncak Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Bahasa Inggeris:Kuala Lumpur Summit, KL Summit) adalah suatu forum yang diadakan setiap tahun yang diinisiatif oleh aktivis Islam di Malaysia yang menumpukan perbincangan dan pertukaran idea mengenai isu yang melanda umat Islam[1]. KL Summit pertama kali diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada November 2014. KL Summit adalah cetusan idea mantan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman[2] berdasarkan perkembangan yang berlaku di negara-negara Arab dan Islam. Ia berjaya mengumpulkan lebih 80 pemikir dari lebih 14 buah negara Islam. Pada awal penganjurannya, ia dianjurkan oleh ISMA bersama Yayasan Persahabatan Malaysia-Turki-Arab-Eropah (MTAEF Foundation). Pada tahun 2019, ia dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana, dan ia turut dihadiri oleh Presiden Turki, Recep Tayep Erdogan[3], Presiden Iran, Hassan Rouhani[4], Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani[5], dan Penasihat Perdana Menteri Uzbekistan, Rustam Kasimov. KL Summit akan dijenamakan semula sebagai Dialog Perdana bermula tahun 2020[6].

Sidang kemuncak tahunan[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Negara Pengerusi Sidang Tema
1 11-13 November 2014  Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad Negara Madani dan Perspektif Islam
2 27-29 November 2015  Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad Peranan Demokrasi dalam Mengekalkan Kestabilan dan Keamanan
3 17-19 November 2016  Sudan Tun Dr. Mahathir Mohamad Tadbir Urus Yang Baik dan Peranannya kepada Kemajuan Tamadun
4 13-15 April 2018  Turkey Tun Dr. Mahathir Mohamad Peralihan Demokrasi : Asas-asas dan Mekanisme
5 19-21 Disember 2019  Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad Peranan Pembangunan Dalam Mencapai Kedaulatan Negara

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]