Kampung Dato' Haji Abdul Ghani Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Dato' Haji Abdul Ghani Othman ialah sebuah perkampungan Melayu yang terletak di Teluk Ramunia, Pengerang, Kota Tinggi, Johor menghadap Laut China Selatan.

Penukaran nama[sunting | sunting sumber]

Nama asal kampung ini ialah Kampung Baru Teluk Ramunia. Pada 2 Ogos, 2007, jam 3.30 petang, YAB Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman telah menyempurnakan Perasmian Kampung Dato' Haji Abdul Ghani Othman dan Penyampaian Wang Ehsan JPMM DUN Tanjung Surat di kampung tersebut.[1]

Namun, perasmian nama Kampung Dato' Haji Abdul Ghani Othman tanpa pengetahuan penduduk telah menyebabkan ketidakpuasan hati dalam masyarakat tempatan.

Penduduk tempatan yang diwakili oleh Syed Mohamad Nor, telah membawa kes ini ke Makamah Tinggi Johor Bahru pada 21hb Febuari 2008, untuk meminta supaya satu referendum menentu nama kampung diadakan. Mahkamah telah memutuskan, satu perintah persetujuan dikeluarkan pada 29hb Jun 2011.[2]

Walaupun dolumen berkenaan[3] tidak menyatakan tarikh pihak Kerajaan Negeri Johor menandatangani dokumen tersebut, akan tetapi mengikut dokumen yang dikeluarkan oleh penguamcara pihak pemohon, Willian Leong & Co, boleh dikenalpasti tarikh penurunan tantatangan adalah dalam tempoh bulan November tahun 2012.

Rujukan[sunting | sunting sumber]