Kampung Melayu Raya, Segamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Melayu Raya adalah sebuah kawasan perkampungan yang terletak dalam daerah Segamat, Johor. Ia sebuah kampung tradisional dalam Mukim Pogoh. Kampung ini dibuka dengan rasminya pada 4 November 1952. Nama ”Melayu Raya” diberi sempena nama En. Ali bin Raya yang merupakan Pegawai Daerah Segamat ketika itu.[1]

Kampung Melayu Raya terletak lebih kurang 15km dari bandar Segamat, dengan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Dengan jumlah keluasan 1887 ekar, Kampung Melayu Raya mempunyai lebih 1000 orang penduduk*. Kampung ini juga termasuk dalam Gerakan Daya Wawasan Daerah Segamat.

Kampung Melayu Raya adalah kampung induk yang mempunyai 3 buah kampung rangkaian iaitu Kampung Genuang Baru, Kampung Sri Dagang dan Kampung India Genuang Baru. Rangkaian ini ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pogoh 4.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Melayu Raya ditadbir dibawah pentadbiran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di bawah kuasa seorang ketua kampung. Ketua Kampung ketika ini adalah Encik Ahmad Jais bin Hamid.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Hj Suratman (Dewan Serbaguna)
  • Balairaya
  • Klinik Desa
  • Masjid Jamek Naemah Kampung Melayu Raya
  • Surau An-Nur Ithnin Budi Jalan No. 3
  • Surau Tok Mahat Amil Jalan No 2

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2009 - Johan, Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Daerah Segamat
  • 2009 - Naib Johan, Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Negeri Johor

Tokoh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]