Jalan Negeri Kedah K901

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Laluan Negeri Kedah K901)
Jalan Negeri Kedah K901
Jalan Sungai Batu
Jalan Sungai Batu-Rantau Panjang
Map
Laluan K901 dilabelkan dengan warna merah.
Jalan Negeri Kedah K901.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu
Panjang4.14 km[1] (2.57 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Baru Sungai Batu
Persimpangan utamaK819 K819 di Kampung Baru Sungai Batu
K902 K902 di Kampung Sungai Batu
K908 K908 di Kampung Rantau Panjang
Hujung timur FT170 di Kampung Rantau Panjang
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K901 (Jalan Sungai Batu atau Jalan Sungai Batu–Rantau Panjang) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.14 kilometer (2.6 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Batu di barat dengan Kampung Rantau Panjang di timur.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Baru Sungai Batu, di persimpangannya dengan Jalan Kampung Lobak (Laluan Negeri K819). Sebelum persimpangan itu dibina, ia berakhir dengan jalan mati.[4] Di Kampung Sungai Batu, laluan ini akan bersilang dengan Jalan Sungai Tengas (Laluan Negeri K902). Seterusnya, laluan ini akan bersilang dengan Jalan Sungai Taka (Laluan Negeri K908), apabila pengguna berada di 2.9 kilometer (1.8 bt) dari penhujung barat. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya dekat Kampung Rantau Panjang, ia bersilang dengan Jalan Mahang–Selama (Laluan Persekutuan 170; sebelum ini Laluan Negeri K187).[4][5][6] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Sungai Batu ialah jalan raya tunggal.[5][6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jalan Sungai Batu telah menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya akibat penutupan Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil pada tahun 2017.[3]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Kampung Baru Sungai Batu0.00K819 K819Mahang, Kulim, Sungai KaranganPenghujung barat
Kampung Sungai Batu0.90K902 K902Kampung Sungai Buluh, Kampung Sungai KasaiSimpang tiga
Kampung Rantau Panjang2.90K908 K908Kampung Sungai Taka, SelamaSimpang tiga
4.14 FT170 — Kampung Kenangan, Kampung Banggol DurianPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b @JKRMalaysia (30 November 2017). "Makluman Penutupan Sementara Jambatan Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah (FT136 Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil Seksyen 42.43) pada 4 Disember 2017, Isnin (Jam 12:00 Tengah Malam) hingga 12 Disember 2017, Selasa (Jam 12:00 Tengah Malam)" (Twit). Dicapai pada 23 Februari 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ a b c Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  6. ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K901" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]