Pergi ke kandungan

Nasi Kerabu Untuk Che Abe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasi Kerabu Untuk Che Abe
Genre
Ditulis olehSiti Solehah Abd Ghani
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hey Pria" oleh Tallisya
Lagu penutup"This Is Kota Bharu" oleh Den & Fendi
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sarah Heyrissa
  • Dealova Heyrinna
  • Aurora Heyricca
  • Luqman Haqeem
  • Luq Adam Heydhani
Penerbit
  • Puan Hajah Bibi Hasnah Mohamad
  • Suraya Elai
Penyunting
  • Romizal Rosle
  • Zaidi Malik
Lokasi
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Luqsar Kreatif
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal25 Mei 2020 – 10 Jun 2020
Kronologi
MengikutiBukan Gadis Biasa
Diikuti oleh7 Hari Mencintaiku 2

Nasi Kerabu Untuk Che Abe ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Heykal Hanifah, dibintangi oleh Izzue Islam dan Elisya Sandha. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 25 Mei 2020 menggantikan Bukan Gadis Biasa.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3] Namun, Drama ini kembali ditayangkan di TV9 mulai 20 Januari 2021.

Shira mendapati dirinya jatuh cinta pada Faizul, orang Kelantan dan dia bernasib baik kerana Faizul merasakan hal yang sama untuknya. Namun, Shira mula terancam oleh Sha yang memasak nasi kerabu sebaik ibu Faizul dan mereka sangat rapat. Sha cuba memecahkan Faizul dan Shira kerana dia mempunyai perasaan terhadap Faizul.

Shira, Yana dan Zetty, tiga gadis yang dikenali sebagai 'awesome girls' adalah antara gadis-gadis cantik di kolej. Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak dann menarik bernama Faizul. Ketiga tiga mereka terpegun tatapi semuannya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula kecek kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL walaupun berkali-kali rakan baiknya Arman ajar. Arman biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan bisnes. Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual macam-macam secara atas talian. Shira, Yana dan Zetty tiggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar 'no boy no love' sehingga tamat pengajian. Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Menurut Elisya Sandha, Nasi Kerabu Untuk Che Abe mengambil latar dan budaya masyarakat di Kelantan: "Jika ikutkan skrip yang diberi, dialognya dalam bahasa Melayu tetapi memandangkan drama ini berkisar masyarakat Kelantan, dialog kena ada bahasa mereka".[4]

Skrip drama ini menggunakan loghat Kelantan.[5] Untuk menjayakan watak pelajar Indonesia bernama Sha, Neera Azizi bertutur bahasa Indonesia.[6]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Hey Pria" - Tallisya
  • "This Is Kota Bharu" - Den & Fendi
  1. ^ "Nasi Kerabu Untuk Che Abe (TV3)". My Infotaip. 24 Mei 2020. Dicapai pada 27 Mei 2020.
  2. ^ Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe hiasi Akasia TV3 Diarkibkan 2020-07-08 di Wayback Machine Kool FM. 27 Mei 2020. Dicapai pada 7 Julai 2020.
  3. ^ Nasi Kerabu Untuk Che Abe (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 10 Jun 2020.
  4. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Jun 2020). Izzue ajar Elisya lakon adegan romantis tanpa sentuh Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  5. ^ Penuh skrip loghat Kelantan, drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe bikin terhibur Kisah Dunia. Dicapai pada 7 Julai 2020.
  6. ^ Khadijah Ibrahim (5 Jun 2020). Neera jadi Minah Indon Bebas News. Dicapai pada 7 Julai 2020.