Bahagian Halal JAKIM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pengesahan status halal kepada makanan dan barangan gunaan Islam di Negara ini bermula pada tahun 1974, apabila Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberikan pengesahan halal kepada beberapa produk makanan utama yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar makanan tempatan dalam bentuk surat pengiktirafan.

Bermula pada tahun 1994, pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan halal beserta dengan logo halal Berdasarkan kepada keperluan semasa, mulai pada 30 September 1998, tugas pemeriksaan premis bagi tujuan halal dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh pihak kerajaan (Syarikat Ilham Daya Sdn.Bhd ). Manakala aspek –aspek lain seperti pengeluaran sijil an tugas pemantauan masih di bawah kendalian JAKIM. Walau bagaimanapun pada I September 2002, kerajaan memutuskan bahawa semua urusan pengesahan halal termasuk tugas pemeriksaan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak JAKIM.

Bagi Memenuhi perkembangan pesat industri makanan halal di Negara ini dan keperluan semasa umat islam , maka pada tahun 2002 JAKIM telah mewujudkan satu bahagian baru yang dinamakan sebagai Bahagian Makanan Dan Barangan Gunaaan Islam untuk menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan pengesahan halal kepada makanan dan produk gunaan Islam.

Bahagian Hub Halal JAKIM rasminya pada November 2005 setelan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan sebanyak 165 perjawatan yang terdiri dari pelbagai Skim dan Gred.

Rujukan[sunting | sunting sumber]