Bendera dan jata Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bendera Negeri Sembilan)

Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Negeri Sembilan sahaja, dan Negeri Sembilan atau juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan bersempadan dengan negeri Selangor, Melaka, Johor dan Pahang. Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adatnya.

Negeri Sembilan Darul Khusus
Flag of Negeri Sembilan.svg
KegunaanBendera negeri
Nisbah1:2
Diterima pakai1895
RekaanLatar warna Kuning Emas dengan Latar Dibagi separuh "Hitam di Bahagian Bawah" dan "Merah di Bahagian Atas" yang kedua-dua Hitam dan Merah berposisi serong di kanton bendera.
Jata Negeri Sembilan
Coat of arms of Negeri Sembilan.svg
Perincian
GencanaPedang dan Sarung, berserta Changgai Puteri di tengah.
Perisai berjataPerisai dengan 9 Tangkai Padi, warna Latar Kuning Emas di bahagian bawah + warna Latar Hitam di bahagian tengah dan warna Latar Merah di bahagian Atas, dan Gambar Bintang Pecah Sembilan (Bintang Bucu 9) di bahagian bawah di dalam perisainya.
Cogan kataNegeri Sembilan.

Bendera Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Bendera Negeri Sembilan

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Apa yang menariknya warna-warna pada bendera Negeri Sembilan juga mempunyai persamaan dengan warna pada 'Marawa', iaitu bendera tradisi masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.

Bendera Bandar dan Luak[sunting | sunting sumber]

Senarai Bendera Luak di Negeri Sembilan
Bendera Gunung Pasir
Bendera Luak Johol
Bendera Luak Rembau
Bendera Luak Ulu Muar
Bendera Luak Sungai Ujong
Bendera Luak Jelebu dan Tampin
Bendera Luak Terachi
Bendera Luak Jempol
Bendera Luak Inas

Jata Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Sembilan

Jata negerii terdiri daripada dua bahagian jata didasarkan unsur Barat - khususnya unsur Perancis lama.

Perisai jata (escutcheon)
Warna-warna merah hitam dan kuning diambil daripada panji tradisi Minangkabau masing-masing dibahagikan serong atas kiri ke bawah kanan; warna-warna ini pula diberikan perlambangan khusus:.[1]
Sembilan tangkai padi di dalam perisai[2] dihimpunkan dalam suatu gulungan bertulis nama "Negeri Sembilan" dalam tulisan Jawi (نڬري سمبيلن) dan suatu bintang pecah sembilan di bawahnya. Tangkai-tangkai padi ini maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama:[1] Jelai (Inas), Jelebu, Johol, Kelang, Naning, Rembau, Segamat dan Pasir Besar, Sungei Ujong serta Ulu Pahang. Bitang pecah sembilan pula melambangkan perpaduan semua negeri-negeri dalam gabungan lama.[1]
Jambul jata (crest)
Di atas perisai jata ialah pedang dan sarungannya[1] bersilang tanda keadilan,[1] di tengah-tengah pula ialah suatu cokmar bernama "Changgai Putri"[2][3] tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar, sepertimana yang dicatakan dalam dokumen rasmi negeri sejak 1948.[3][4]

Jata Versi Lain[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Sembilan

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Matlumat Am Bendera Negeri" (dalam bahasa Malay). Matlumat Am > Bendera Negeri (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus) (Official Portal of the Negeri Sembilan State Government). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2008. Dicapai pada 12 August 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Negri Sembilan - Malaysia". MyFarEast. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-26. Dicapai pada 12 August 2008.
  3. ^ a b "Negeri Sembilan Royal Heritage". Filatelic.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 12 August 2008.
  4. ^ Serambi Waghih. "JATA Negeri Sembilan" (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 July 2008. Dicapai pada 12 August 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)