Ika Nabila binti Abdul Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ika Nabella)
Jump to navigation Jump to search
"Ika Nabila" dan "Ika Nabella" dilencongkan di sini.
Ika Nabila
KelahiranIka Nabila binti Abdul Rahim
(1989-06-22) 22 Jun 1989 (umur 30)
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
KediamanPutrajaya
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian5 ft 2 in (1.57 m)
PasanganMuhammad Zaid (k. 2016)[1]

Ika Nabila binti Abdul Rahim atau Ika Nabila (juga dieja sebagai Ika Nabella[2]; lahir 22 Jun 1989) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjaya beliau bermula selepas menjadi salah seorang pelajar Akademi Fantasia Musim 6.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2009 menerusi drama Zati & Si Mawas dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang,[4] dan merupakan anak perempuan tunggal daripada empat orang adik-beradik dalam keluarga.

Beliau pernah dipukul oleh pelakon dan pengarah Azma Aizal Yusoof di lokasi penggambaran.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ika Nabila bermula dengan bidang nyanyian dan terlibat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Beliau turut mengikut KBS ke Sarawak, Kelantan, Terengganu dan serata Malaysia untuk membuat persembahan.[4]

Ika Nabila kemudiannya mencebur diri dalam bidang lakonan dan menurut Ika, orang pertama yang menawarkan watak dalam bidang lakonan ialah [(Zulkifli M. Osman]].[4]

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Ika telah terpilih menjadi peserta dalam Akademi Fantasia Musim 6 namun tersingkir pada Konsert ke-2.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Pertama: Kesetiaan - nyanyian asal oleh Siti Sarah
  • Konsert Kedua: Malu Tapi Mahu - nyanyian asal oleh Dina

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2013 Tanda Putera Zarah Shuhaimi Baba Filem pertama
2018 Awang Gerudi Eda Z. Lokman
2019 Takut Ke Tak Muzzamer Rahman Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Zati & Si Mawas Rina TV3
Tower 13 Syada Episod 4
Kau dan Aku Musim 1 Fitri Astro Ria
2010 Kau dan Aku Musim 2
2011 Cinta Elysa Marlia TV3
2012 Apa Celop! Munirah
Darjat Karina
Lara Hati Lela TV9
Bujang Sepah Lalalitamplon Rini Astro Prima
2013 Violet Sukasih TV1
Surat Dari Langit Biru Lydia TV3
Seindah Sabarmu TV9
Bukan Kerana Aku Tak Cinta Anis Astro Mustika HD
2014 Ratu Shuhadah TV1
Kristal Maya Dewi TV3
Kerana Terpaksa Aku Relakan Hasma TV3
Cerita Cinta Kita Zakiah
Rindu Awak 200℅ Nazreen
Tanah Kubur (Musim 11) Ana Astro Oasis Episod: "Bahana Bermadu"
Maaf Jika Aku Tak Sempurna[6] Sarah TV3
2015 BIB Sara HyppTV
2016 Lara Terindah Lela TV3
Awak Sangat Nakal Ain Humaira Astro Ria
Sein Dan Luna Wardah TV3
2000km ke Al-Haram Noni (muda) TV1
2017 Joyah Syima TV9
Seharum Mawar Mawar TV1
2018 Melodi Cinta Sara Sara TV Okey
Bahagia Bukan Bidaan Aina TV3
2019 Warkah Dari Firenza Maddani TV2
Patah Sayap Bertongkat Paruh Adawiyah Astro Ria
Gerak Khas (Musim 19) Aida TV2 Episod: "Kilau Kota"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Suara Dari Kubur Astro Ria
2010 Datang Bulan
2012 Perempuan Neraka TV3
Petunjuk TV2
2013 Melodi Sepi TV1
Racun Ibu TV3
2015 Cinta Qasidah Saleha Astro Ria
Aku Pilih Endingnya TV1
S Untuk Syawal TV3
2016 Lamar TV3
Wau Kasih Astro Citra
Songket Pak Andam Liana TV9
Ayah Mentuaku
Lumpur Di Kerikil TV2
Dengan Nama Allah Astro Ria
Bella Mencari Cinta TV9
2017 Apa Dah Jadi TV2
Azam Yang Terlampau
2018 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Raya TV3
Terlakur Cinta Suci Izzaty

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Ketuk Ketuk Ramadan Dirinya Sendiri (Tetamu Undangan) TV1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Astro Gempak (3072016). Ika Nabella Selamat Bergelar Isteri Muhammad Zaid 28 Februari 2017
  2. ^ Astro Gempak (30 Julai 2016). "Ika Nabella selamat bergelar isteri Muhammad Zaid". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2018. Dicapai 4 Mac 2018. 
  3. ^ Ika peserta kedua AF6 tersingkir.
  4. ^ a b c Ika Nabila ingin jadi versatil
  5. ^ ""Ada Sebab Saya Pukul Ika Nabella" - Azma Aizal". mStar. 5 November 2015. 
  6. ^ Pertemuan berharga.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]