TV1: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 123: | Baris 123: | ||
Pada 1 Februari 1990, RTM1 telah rasmi melancarkan nama baharu '''TV1'''. |
Pada 1 Februari 1990, RTM1 telah rasmi melancarkan nama baharu '''TV1'''. |
||
Pada 1 April |
Pada 1 April 2005, TV1 telah rasmi sekali lagi melancarkan nama baharu '''RTM1'''. |
||
Pada Tahun Baharu Masehi (1 Januari) 2009, Logo RTM1 kembali lagi TV1 dengan tampilan baharu dilengkapi tiga bentuk segi empat selari warna biru dan angka "1" muncul di ''on-air'' kanan pada jam 12:00 tengah malam berhasil digunakan saat bertepatan rancangan siaran langsung Malam Tahun Baharu Masehi 2009 bertajuk "Ambang 2009" dan awalnya sebuah promosi nama kembali dan logo baru bertajuk "Saluran Informasi |
Pada Tahun Baharu Masehi (1 Januari) 2009, Logo RTM1 kembali lagi TV1 dengan tampilan baharu dilengkapi tiga bentuk segi empat selari warna biru dan angka "1" muncul di ''on-air'' kanan pada jam 12:00 tengah malam berhasil digunakan saat bertepatan rancangan siaran langsung Malam Tahun Baharu Masehi 2009 bertajuk "Ambang 2009" dan awalnya sebuah promosi nama kembali dan logo baru bertajuk "Saluran Informasi". |
||
Pada Tahun Baharu Masehi (1 Januari) 2012, Logo TV1 telah berubah menjadi teks sederhana terdiri dari kata TV menggunakan huruf kecil semua miring warna biru dan angka satu (1) miring warna merah digayakan '''''tv1''''' muncul di ''on-air'' kanan pada jam 12:00 tengah malam berhasil digunakan saat bertepatan rancangan siaran langsung Malam Tahun Baharu Masehi 2012 bertajuk "Ambang 2012" dan awalnya sebuah promosi nama kembali dan logo baru bertajuk "Mewarnaimu |
Pada Tahun Baharu Masehi (1 Januari) 2012, Logo TV1 telah berubah menjadi teks sederhana terdiri dari kata TV menggunakan huruf kecil semua miring warna biru dan angka satu (1) miring warna merah digayakan '''''tv1''''' muncul di ''on-air'' kanan pada jam 12:00 tengah malam berhasil digunakan saat bertepatan rancangan siaran langsung Malam Tahun Baharu Masehi 2012 bertajuk "Ambang 2012" dan awalnya sebuah promosi nama kembali dan logo baru bertajuk "Mewarnaimu". Satu tahun kemudian, angka satu ini berubah lagi menjadi warna merah polos dan potongan gradasi. Logo tetap digunakan hingga sekarang ternyata sempat mendapatkan isu logo ini pencurian oleh jaringan televisyen nasional bersifat berita di [[Nepal]]. |
||
== Perubahan jam tayang == |
== Perubahan jam tayang == |
Semakan pada 06:50, 8 Mac 2024
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan |
|
Ibu pejabat | Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | |
Ditutup | |
Nama dahulu |
|
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 101 (HD) |
Satelit | |
Astro/NJOI | Saluran 101 (HD) |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 101 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / Sooka |
MYTV | MYTV Mana Mana |
Unifi TV | Unifi TV App |
RTMKlik | Tonton secara langsung |
PrimePOV TVplus+ | Laman Pasif |
TV1 (sebelum ini dikenali sebagai Televisyen Malaysia, Rangkaian Pertama dan RTM1) ialah saluran televisyen terrestrial tertua di Malaysia. Saluran itu secara rasminya mula disiarkan pada 28 Disember 1963 jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam sehari bermula dari jam 6:00 petang sehingga 9:00 malam sebagai Televisyen Malaysia. TV1 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kecuali set studio untuk siaran berita TV1 kini bersiaran dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur. TV1 ialah stesen televisyen pertama dan tertua di Malaysia. Moto utamanya ialah Mewarnaimu.
TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
TV1 kini bersiaran di MYTV di saluran 101 dalam format HD (definisi tinggi). Semua program disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC One.
Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTMKlik, Astro GO, Sooka, Unifi TV App dan MYTV Mana Mana.
Sejarah
TV1 memulakan siarannya perkhidmatan televisyen di bawah nama Televisyen Malaysia diperkenalkan melancarkan secara rasmi pada 28 Disember 1963 tepat pada masanya untuk sempena perayaan Tahun Baharu jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam sehari bermula dari jam 5:00 petang sehingga 9:00 malam kebangsaan di Kuala Lumpur dan siaran serantau di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Alor Setar, Seremban, Tampin, Melaka dan Johor Bahru dengan studio pertamanya terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Televisyen Singapura yang berusia 10 bulan ketika itu (dilancarkan pada 15 Februari 1963) menjadi sebahagian daripada Televisyen Malaysia pada Januari 1964 sebagai stesen negerinya untuk penonton Singapura, peranan yang disampaikan sehingga 1965, apabila Singapura merdeka. Semasa menjadi sebahagian daripada Malaysia, Singapura, seperti tiga rakan kongsinya yang lain–Sabah, Sarawak dan Malaya mempunyai rangkaian radio sendiri, tetapi Singapura adalah satu-satunya negeri yang mempunyai rangkaian televisyen sendiri. Hak siaran radio dan televisyen negeri telah dimasukkan sebagai lampiran dalam Perjanjian Malaysia yang memperoleh autonomi dalam bidang ini antara lain.
Dari 19 Jun 1972 hingga 31 Mac 1994, TV1 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan namun ia dibatalkan selepas 22 tahun bersiaran kerana siaran awal pagi di TV1 diperkenalkan pada 1 April 1994 ia kemudiannya dipindahkan ke TV2.
TV1 mula menyiarkan dalam warna sejak 28 Disember 1978 di Semenanjung Malaysia dan sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.
TV1 mula menyiarkan dalam sepenuh warna sejak 1 Januari 1982 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Tahun Baharu.
TV1 mula memasuki platform Astro pada 1 Jun 1996.
Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 7:30 pagi manakala siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadan sahaja.
Pada 1 April 2019, TV1 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan MYTV DTT di Saluran 101 (HD).
Pada 1 Disember 2023, TV1 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Unifi TV di Saluran 101 (HD).
Pergantian nombor di Astro Malaysia
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di TV1:
Pada tanggal 1 Jun 1996, TV1 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 1.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, TV1 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 101.
Pada tanggal 1 April 2021, TV1 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-75 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-60 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Astro di Saluran 101 (HD).
Logo
Pada 28 Disember 1978, Rangkaian Pertama telah rasmi melancarkan nama baharu RTM1.
Pada 1 Februari 1990, RTM1 telah rasmi melancarkan nama baharu TV1.
Pada 1 April 2005, TV1 telah rasmi sekali lagi melancarkan nama baharu RTM1.
Pada Tahun Baharu Masehi (1 Januari) 2009, Logo RTM1 kembali lagi TV1 dengan tampilan baharu dilengkapi tiga bentuk segi empat selari warna biru dan angka "1" muncul di on-air kanan pada jam 12:00 tengah malam berhasil digunakan saat bertepatan rancangan siaran langsung Malam Tahun Baharu Masehi 2009 bertajuk "Ambang 2009" dan awalnya sebuah promosi nama kembali dan logo baru bertajuk "Saluran Informasi".
Pada Tahun Baharu Masehi (1 Januari) 2012, Logo TV1 telah berubah menjadi teks sederhana terdiri dari kata TV menggunakan huruf kecil semua miring warna biru dan angka satu (1) miring warna merah digayakan tv1 muncul di on-air kanan pada jam 12:00 tengah malam berhasil digunakan saat bertepatan rancangan siaran langsung Malam Tahun Baharu Masehi 2012 bertajuk "Ambang 2012" dan awalnya sebuah promosi nama kembali dan logo baru bertajuk "Mewarnaimu". Satu tahun kemudian, angka satu ini berubah lagi menjadi warna merah polos dan potongan gradasi. Logo tetap digunakan hingga sekarang ternyata sempat mendapatkan isu logo ini pencurian oleh jaringan televisyen nasional bersifat berita di Nepal.
Perubahan jam tayang
Berikut ini beberapa perubahan jam tayang oleh TV1:
- Pada 28 Disember 1963 sehingga 31 Disember 1970, TV1 bersiaran selama 3 jam dari 6:00 petang sehingga 9:00 malam.
- Pada 1 Januari 1971 sehingga 30 Ogos 1976, TV1 bersiaran selama 4 jam dari 6:00 petang sehingga 10:00 malam.
- Pada 31 Ogos 1976 sehingga 27 Disember 1978, TV1 bersiaran selama 6 jam dari 6:00 petang sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 28 Disember 1978 sehingga 31 Disember 1987, TV1 bersiaran selama 9 jam dari 3:00 petang sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 1 Januari 1988 sehingga 31 Januari 1990, TV1 bersiaran selama 10 jam dari 2:00 petang sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 1 Februari 1990 sehingga 31 Disember 1991, TV1 bersiaran selama 11 jam dari 1:00 petang sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 1 Januari 1992 sehingga 31 Disember 1992, TV1 bersiaran selama 12 jam dari 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 1 Januari 1993 sehingga 30 April 1993, TV1 bersiaran selama 13 jam dari 11:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 1 Mei 1993 sehingga 31 Ogos 1993, TV1 bersiaran selama 14 jam dari 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 1 September 1993 sehingga 28 Februari 1994, TV1 bersiaran selama 15 jam dari 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 1 Mac 1994 sehingga 19 Julai 2012, TV1 bersiaran selama 18 jam dari 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
- Pada 20 Julai 2012, TV1 memulakan siaran 24 jam sehari buat kedua kalinya menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.
Cogan kata
- Saluran Komunikasi Anda
- Saluran Perdana
- Saluran Inforia
- Saluran Informasi
- Mewarnaimu
Lagu kebangsaan
Pada pukul 5:58 atau 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen televisyen kebangsaan dan serantau RTM (TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6) lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Rancangan
Berita
- Berita dalam Bahasa Melayu
- Berita Pagi (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Pagi Sabah (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Pagi Sarawak (tayangan serentak di Berita RTM)
- Stadium RTM (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Tengah Hari (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Semasa (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Wilayah (tayangan serentak di Berita RTM)
- Kanta 744 (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Perdana (tayangan serentak di Berita RTM)
- Dunia 10 (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Parlimen (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita Tengah Malam (tayangan serentak di Berita RTM)
- Berita dalam Bahasa Inggeris
- Malaysia Tonight (tayangan serentak di Berita RTM)
Bual bicara
- Kami Bah Ini
- Kuppa Kupi
- Diari Rawat (tayangan serentak di Berita RTM)
- Cuit Sikit Jangan Sentap (tayangan serentak di Berita RTM).
- Selamat Pagi Malaysia (Tayangan serentak di Berita RTM).
- Lensa IPT (tayangan serentak di Berita RTM).
- Biz Malaysia (tayangan serentak di Berita RTM).
Rancangan agama
- Anda Musykil?
- ;;Fikrah
- Forum Perdana Ehwal Islam
- Ilmu Aqaid
- Muqaddam
- MyHalal
- Persada Jurnal
- Salam Baitullah (tayangan serentak di Berita RTM)
- Tilawah Interaktif
- Syahadah (di bulan Ramadan sahaja)
- Tadabbur Ramadan (di bulan Ramadan sahaja)
Siaran langsung
- Siaran Langsung - Solat Tarawih dari Makkah (di bulan Ramadan sahaja)
- Siaran Langsung - Solat Jumaat (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Solat Sunat Aidilfitri (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Solat Sunat Aidiladha (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Majlis Tilawah Al Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa (Tayangan serentak di TV AlHijrah)
- Siaran Langsung - Ambang Tahun Baru Maal Hijrah
- Siaran Langsung - Sambutan Maal Hijrah
Parlimen
- Langsung Dari Parlimen (tayangan serentak di Berita RTM).
Lihat juga
- TV Okey
- TV2
- TV6
- Sukan RTM
- Berita RTM
- Senarai stesen televisyen di Malaysia
- Radio Televisyen Malaysia