Sri Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sri Gading
Bandar
Sri Gading
Sri Gading
Sri Gading is located in Bumi
Sri Gading
Sri Gading (Bumi)
Koordinat: 1°51′05″N 103°03′05″E / 1.8514604°N 103.0513334°E / 1.8514604; 103.0513334Koordinat: 1°51′05″N 103°03′05″E / 1.8514604°N 103.0513334°E / 1.8514604; 103.0513334
NegaraMalaysia
NegeriJohor
DaerahBatu Pahat
MukimMukim Sri Gading
Kawasan ParlimenP149
Pentadbiran
 • JenisKetua Kampung
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)
Poskod
83300
Kod-kod kawasan

Sri Gading atau Seri Gading merupakan sebuah bandar dan kawasan parlimen yang terletak di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Antara bandar berdekatan ialah Batu Pahat, Parit Raja, Parit Yaani, Ayer Hitam dan Yong Peng, Kampung Parit Jelutong, Taman Chempaka Bandar dan Taman Bukit Pasir.[1] Kampung Seri Gading terletak di Jalan Parit Yaani-Seri Bengkal

Gading ialah senjata seekor gajah, berwarna putih dan dipotong untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Semakin panjang gading gajah, semakin tua dan bernilai harga gading tersebut. Kawasan ini dibuka pada lewat 1970-an. Rupa bumi kawasan ini agak rendah. Pada 4 Januari 2007, beberapa kampung pedalaman dilanda banjir semasa musim tengkujuh. Sejak 2005, bekalan air yang disalurkan dari Empangan Semberong menghadapi beberapa kali gangguan bekalan.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Parlimen P.149 Sri Gading terbahagi kepada dua DUN iaitu N21 Parit Yaani dan N22 Parit Raja. Ahli Parlimen Sri Gading adalah YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh yang merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia. Beliau juga merupakan setiausaha PPBM Johor. Di peringkat DUN pula, Ahli DUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan dari PAN berjaya mengekalkan kedudukannya manakala bagi Dun Parit Raja Nor Rashidah Ramli dari BN dengan majoriti kecil sekitar 6000 sahaja.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kilang makanan yang terkenal di Malaysia terletak di sini seperti Munchy's, Hup Seng dan Hwa Tai. Lain-lain industri ialah Miaow Miaow Food Products Sdn Bhd, New Star Food Industries Sdn Bhd, PCCS, LY Furniture & Ramatex, Fujitsu, Sharp Roxy & J.R. Courtenay.

Kawasan pertaniannya ditanam dengan kelapa sawit. Contohnya Ladang Sri Gading.

Rujukan[sunting | sunting sumber]