Podenco Canaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing pemburu Canaria)
Podenco Canaria
Podenco Canaria betina
Nama lainAnjing pemburu sarang arnab Canaria
Negara asalSepanyol
Anjing (Canis lupus familiaris)

Podenco Canaria atau anjing pemburu sarang arnab Canaria[a] ialah satu baka anjing dari Kepulauan Canaria. Podenco Canaria masih digunakan kini, terutamanya dalam kawanan, paling kerap untuk sukan pemburuan arnab. Perkataan "podenco" di Sepanyol merujuk jenis anjing tertentu, biasanya pemburu arnab dengan rupa bentuk tubuh sama. Kelab Kennel Sepanyol, Real Sociedad Canina de España, mengiktiraf baka-baka anjing serupa berikut yang menggunakan pengenal pasti "podenco" dalam nama baka: podenco Andalusia, podenco Ibiza, dan podenco Valencia.[1]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor podenco Canaria coklat

Podenco Canaria ialah anjing sangat tangkas, langsing, dan bertubuh ringan, namun tegap. Terdapat dua saiz berbeza bagi podenco Canaria. Salah satu adalah serupa dengan anjing pemburu Ibiza, bersaiz sederhana, dengan ketinggian pada pasar kelasa hampir-hampir {{Convert|55|-|64|cm|in|abbr=on{{ untuk jantan, manakala betina pula lebih kecil sedikit. Saiz berbeza-beza mengikut rupa bumi yang menjadi tempat perburuan anjing.[2][3] Podenco Canario kedua yang bersaiz lebih kecil telah diiktiraf di dalam Kepulauan Canaria, dengan ketinggian pada paras kelasa hampir-hampir 30–40 cm (12–16 in) untuk jantan, manakala betina pula lebih kecil sedikit. Lapis bulu yang pendek dan padat patut bercahaya warna merah, putih, atau gabungan merah dan putih, bergantung pada pulau dan, dalam sesetengah keadaan, kawasan khusus di sesetengah pulau di sana. Tidak patut ada warna lain pada lapis bulu, atau memang di mana-mana pada tubuh, kerana malah hidung, kuku, dan kulit anjing ini patut bercahaya warna merah, dan ia juga dikenali mengalami "pipi merah" apabila teruja. Lehernya panjang, kepalanya lebih panjang berbanding dengan lebar, dan telinga besarnya terangkat sepenuhnya ke atas. Ekor panjangnya biasanya telihat terletak rendah-rendah tetapi dapat dinaikkan. Ekornya tidak terangkat terlalu tinggi apabila bergerak. Anjing ini patut bergerak dalam langkah ligas memanjang dan tangkas. Kecacatan, yang menandakan bahawa anjing tertentu tidak patut dibiakbakakan, termasuk aspek-aspek penampilan serta kecacatan struktur yang menghalang keupayaan anjing untuk bergerak dan berburu, seperti keting lembu, dan persilangan tungkai depan dan tungkai belakang dalam langkah ligas.[2][3]

Ia merupakan anjing sedikit memanjang dan sangat berotot dengan lapis bulu perang (coklat), merah, atau kuning, dapat disertai oleh tanda-tanda putih, perang, atau sawo matang, dan biasanya mempunyai bulu pendek. Ia mula menunjukkan naluri perburuan paling awal dalam masa 3 bulan tetapi dapat mengambil masa sehingga 14 bulan untuk dikembangkan. Apabila ia mengejar mangsa, ia mengeluarkan salakan stacatto berulang-ulang yang menjadi cirinya, yang dikenali oleh sesetengah pemburu tempatan sebagai "lagu arnab".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Podenco Canaria terdapat di seluruh Kepulauan Canaria. Legendanya ialah bahawa ia diturunkan daripada anjing purba yang dibawa ke pulau-pulau pada zaman purba dari Afrika Utara oleh penetap manusia terawal dan terasing di sana. Walau bagaimanapun, kajian-kajian genetik terkini telah menyimpulkan bahawa podenco iaalah sejenis anjing yang lebih berkait rapat dengan baka-baka pemburu lain Eropah dan tidak lebih primitif daripada baka-baka itu.[4]

Sebuah kajian DNA menemukan bahawa terdapat bukti aliran gen daripada podenco Canaria kepada cirneco Etna dari Sicilia.[5]

Kegunaan semasa[sunting | sunting sumber]

Ramai warga asing dan pertubuhan asing mengeksport anjing terbiar dan anjing tidak diingini, dan podenco Canaria membentuk peratusan besar bagi anjing-anjing ini. Podenco Canaria diiktiraf oleh La Real Sociedad Canina de España (RSCE, Kelab Kenel Sepanyol) sebagai baka peribumi[6] dan diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai baka nombor 329 dalam Kumpulan 5 Spits dan Jenis Primitif, Seksyen 7: Jenis Primitif - Anjing Pemburu, Sepanyol. Di Amerika Utara, baka ini tersenarai dengan United Kennel Club sebagai anjing pemburu dalam kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Baka Paria-nya. Baka ini juga diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran kecil, kelab perburuan, dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet. Sebagi anjing yang dieksport dari tanah airnya, ia dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Kesihatan dan perangai[sunting | sunting sumber]

Podenco mempunyai sedikit masalah kesihatan. Ia lebih kerap menderitai kecederaan semasa perburuan berbanding dengan penyakit atau kecenderungan terhadap penyakit. Kecelaruan genetik bagi perkembangan seksual diperhatikan pada seekor anjing baka ini, kecelaruan testis/ovotestis tanpa anak, yang dapat menyebabkan anjing yang betina secara genetik (XX) mengembangkan testis atau ovotestis dan bukan pula ovari. Kecelaruan angguan ini dahulunya dirujuk sebagai pembalikan seks XX SRY-negatif, dan lebih umum didokumenkan pada kokerspaniel Amerika dan kokerspaniel Inggeris.[7]

Piawaian baka menyatakan bahawa tingkah laku tipikal ialah "tingkah laku gugup, tingkah laku resah, dan tingkah laku dinamisme bersemangat".[2][3]

Tatanama dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Di dalam Sepanyol, kesemua lima jenis podenco diiktiraf oleh orang ramai: podenco Ibiza, podenco Mallorca, podenco Menorca, podenco Andalusia, dan podenco Canaria. Walaupun United Kennel Club di United Kingdom mengiktiraf Podenco Canario dan jelas-jelas menggunakan perkataan "podenco" dalam kelaziman penamaannya, kelab ini mengiktiraf Podenco Ibicenco sebagai "Ibizan Hound" ("anjing pemburu Ibiza") dan gagal mengekalkan penjelasan "podenco". American Kennel Club di Amerika Syarikat juga mengiktiraf "Ibizan Hound" sedemikian namun sehingga kini belum mengiktiraf podenco Canaria. Ramai penutur dwibahasa di dalam Sepanyol, termasuk sesetengah doktor haiwan yang terbiasa dengan sejarah terkini bagi anjing-anjing ini percaya bahawa kelaziman penamaan lebih betul patut menyertakan perkataan "podenco", iaitu salah satu baka tersebut patut disebut "Ibizan Podenco" ("podenco Ibiza").

Baka serupa[sunting | sunting sumber]

Baka yang juga tersenarai dalam Kumpulan 5/Seksyen 7 termasuk anjing pemburu Ibiza, cirneco Etna, podengo Portugis, dan anjing belakang permatang Thai.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ڤوديڠکو کاناريا; انجيڠ ڤمبورو سارڠ ارنب کاناريا; Sepanyol: podenco canario; bahasa Inggeris: Canarian podenco; Canary Islands podenco; Canarian warren hound; Canary Islands warren hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] (Sepanyol)
  2. ^ a b c "Estándar-FCI N° 329 PODENCO CANARIO" [Piawaian FCI No. 329 Podenco Canaria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 3 November 1999. Dicapai pada 5 Januari 2024.
  3. ^ a b c "FCI-Standard N° 329 PODENCO CANARIO (Canarian Warren Hound - Canarian Podenco)" [Piawaian FCI No. 329 Podenco Canaria] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 3 November 1999. Dicapai pada 5 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ Lihat kajian-kajian genom anjing. (Inggeris)
  5. ^ Lasagna, Emiliano; Ceccobelli, Simone (2019). "Genetic variability assessment in different Mediterranean canine breeds using microsatellite markers". Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). 18: 108.
  6. ^ "Razas Espanolas" (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2008. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  7. ^ Buijtels, J. J. C. W. M. et al. 2009. Minimal External Masculinization in a SRY-negative XX Male Podenco Dog (Inggeris) Reproduction In Domestic Animals 44(5):751–756

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Podenco Canario di Wikimedia Commons