Jalan Negeri Kedah K750

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K750
Jalan Charuk Sik 'B'
Jalan IADP B5 Kampung Charuk Sik B
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Baling
Panjang1.00 km[1] (0.62 mi)
Simpang utama
Hujung baratK751 K751 di Kampung Charok Kelian
Hujung timurK749 K749 di Kampung Charok Kelian Ulu
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K750 (dikenali sebagai Jalan Charuk Sik 'B' dan Jalan IADP B5 Kampung Charuk Sik B) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Baling, dalam negeri Kedah, Malaysia.[1][2] Pewartaan jalan negeri ini terletak di bahagian tengah Daerah Baling dalam zon Mukim Pulai. Penghujung barat K750 terletak di simpang K751 di Kampung Charok Kelian manakala penghujung timurnya terletak di K749 di Kampung Charok Kelian Ulu, dengan panjang jajarannya mencecah 1 kilometer (0.6 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

K750 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Charok Kelian, di simpang tiga K751 (Jalan Charuk Kelian 'A'). k750 bakal menelusuri kawasan pertanian dan perkampungan di sekitar kaki bukit Bukit Siring. Jalan raya ini membengkok ke tenggara, lalu akan merentasi sebatang anak sungai Sungai Pegang iaitu Sungai Charok Kelian. Selepas melintasi Sungai Charok Kelian, K750 akan memasuki kawasan perkampungan Kampung Charok Kelian Ulu. Di sini juga merupakan penamat bagi K750, di mana K750 bakal membuat pertemuan antara K749 (Jalan Charuk Kelian) sebagai penamatnya, secara simpang tiga.[1][4]

Ringkasnya, jajaran Jalan Negeri K750 yang telah diwarta terletak dalam kawasan luar bandar di tengah-tengah Daerah Baling.[3][4] K750 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Baling, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[4] Nama jalan raya bagi K750 yang diwarta dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan IADP B5 Kampung Charuk Sik B.[1][2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Charok Kelian0.00K751 K751Kampung Charok Sik, Kampung Asam JawaPenamat barat
Kampung Charok Kelian Ulu1.00K749 K749Kampung Relau, Kampung Sungai LimauPenamat timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 3) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.