Jalan Negeri Kedah K749

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K749
Jalan Charuk Kelian
Jalan IADP B4 RISDA/Pertanian Kampung Caruk Kelian
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Baling
Panjang4.10 km[1] (2.55 mi)
Simpang utama
Hujung utarakaki bukit Bukit Siring dekat Kampung Relau
Persimpangan utama
Hujung timur K707 di Kampung Sungai Limau
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K749 (dikenali sebagai Jalan Charuk Kelian dan Jalan IADP B4 RISDA/Pertanian Kampung Caruk Kelian) ialah jalan negeri utara-selatan yang terletak di Daerah Baling, dalam negeri Kedah, Malaysia.[1][2] Pewartaan jalan negeri ini terletak di bahagian tengah Daerah Baling dalam zon Mukim Pulai. Penghujung utara K749 terletak di kaki bukit Bukit Siring di Kampung Relau manakala penghujung selatannya terletak di K707 di Kampung Sungai Limau, dengan panjang jajarannya mencecah 3.4 kilometer (2.1 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

K749 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Sungai Limau, di simpang tiga K707 (Jalan Sungai Limau). Persimpangan ini berada di titik mula pertindihan K707 dengan Jalan Rentas Pedalaman Kedah Timur (TEKIH) di Kampung Banggol Saga. K749 bakal menelusuri kawasan belukar dan ladang penanaman pokok getah yang ditanam di sepanjang kaki bukit Bukit Sapi. DI bahagian timur laut Kampung Sirako, K749 bakal bersimpang dengan sebatang jalan cabang ke Kem Rekreasi Belia Baling Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Lalu, K749 bakal merentasi Sungai Sirako sebanyak dua kali; yang pertama merupakan anak sungainya yang dikenali sebagai cabang Sungai Sirako ke-14 manakala yang kedua merupakan Sungai Sirako itu sendiri. Lintasan ini tidak terletak jauh dari simpang Kem Rekreasi Belia Baling.[1][4]

Jajaran dilanjutkan lagi dengan melalui kawasan perkampungan Kampung Banggol Lahar dengan pergerakan kebanyakanya menuju ke arah barat daya. Di kawasan perkampungan Kampung Charok Kelian Ulu, K749 bakal membuat pertemuan antara K750 (Jalan Kampung Charuk Kelian 'B'). K749 diteruskan dengan menuju ke arah utara, lalu merentasi sebatang sungai bernama Sungai Charok Kelian (atau Sungai Charok Klian). Di Kampung Relau, K749 akan bersimpang dengan jalan kampung lantas membengkok sedikit ke arah barat daya menuju ke kaki bukit Bukit Siring berdekatan dengan sempadan antara Daerah Sik dan Daerah Baling, dan seterusnya tiba di penamat utaranya. Penamat K749 merupakan jalan mati.[1][4]

Ringkasnya, jajaran Jalan Negeri K749 yang telah diwarta terletak dalam kawasan luar bandar di tengah-tengah Daerah Baling.[3][4] K749 merupakan jalan raya tunggal uatara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Baling, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[4] Nama jalan raya bagi K749 yang diwarta dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan IADP B4 RISDA/Pertanian Kampung Caruk Kelian, Pulai (PLKN).[1][2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Sungai Limau0.00 K707Kampung Dalam Wang, Kampung Parit PanjangPenamat selatan
Kampung Sirako1.80Kem Rekreasi Belia Baling Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Kampung Charok Kelian Ulu3.10K750 K750Kampung Charok Kelian, Kampung Asam Jawa
Kampung Relau4.10Jalan mati di kaki bukit Bukit Siring, Kampung RelauPenamat utara
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 3) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.