Fendy Bakry: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 8: | Baris 8: | ||
| image = |
| image = |
||
| birth_name = Mohd Affandi bin Nor Bakri |
| birth_name = Mohd Affandi bin Nor Bakri |
||
| birth_date = {{birth date and age| |
| birth_date = {{birth date and age|1998|8|11|df=yes}} |
||
| birth_place = [[ |
| birth_place = [[Lumut]], [[Perak]], [[Malaysia]] |
||
| nationality = [[Malaysia]] |
| nationality = [[Malaysia]] |
||
| residence = [[Kuala Lumpur]] |
| residence = [[Kuala Lumpur]] |
Semakan pada 13:14, 2 Oktober 2019
Fendy Bakry | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Affandi bin Nor Bakri 11 Ogos 1998 |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2012–kini |
Terkenal kerana |
|
Ketinggian | 5 ft 9 in (1.75 m) |
Mohd Affandi bin Nor Bakri atau lebih dikenali sebagai Fendy Bakry (lahir 11 Ogos 1998) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 2012 dan terkenal menerusi watak sebagai Mr. Grey dalam siri drama Mr. Grey di Astro Ria.[2] Beliau diuruskan oleh agensi pengurusan bakat Prokuya Studios milik Fadzil Zahari.[3]
Kerjaya
2012–2016: Kerjaya awal
Fendy Bakry terpilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2011/12 bersama finalis termasuk Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Ben Amir, Hafidz Roshdi dan Saharul Ridzwan. Selepas Hero Remaja tamat, Fendy memulakan kerjaya lakonannya, bermula dengan Zeel Production, kemudian Osman Ali mengasah bakatnya dalam bidang lakonan. Bermula di situlah Fendy mula serius berkecimpung dalam bidang lakonan.[4]
Kerjaya filem Fendy bermula pada 2014 setelah menerima tawaran daripada pengarah Mamat Khalid. Beliau berlakon bersama Shuib Sepahtu dan Shuk Balas menerusi peranan kecil dalam filem komedi pengembaraan jenayah, Amir dan Loqman Pergi ke Laut yang ditayangkan pada 25 September 2014.[5] Beliau kemudiannya berlakon bersama Fazura, Farid Kamil dan Keith Foo menerusi filem Langit Cinta arahan Osman Ali yang ditayangkan pada 7 Januari 2016.[6]
Beliau juga pernah berlakon dalam iklan Hari Raya Aidilfitri 2016 BDB Land. Selain itu, sebelum menjadi terkenal, beliau juga berlakon dalam dua filem pendek—Bangkit dan Syaitan 'Apabila Hati Telah Hitam' pada tahun 2016. Menerusi filem pendek Syaitan, beliau menjadi Penolong Pengarah filem pendek arahan pelajar Universiti Utara Malaysia.
2017–kini: Puncak populariti dan mula dikenali
Fendy meraih kejayaan komersial melalui gandingannya bersama Eyra Hazali dalam drama adaptasi novel, Mr. Grey yang bersiaran di Astro Ria bermula 9 April 2018. Sejak drama Kerna Syurga Bukan Percuma, Fendy mempunyai kelab peminat bernama "Fendynisme". Setelah empat bulan tidak menerima tawaran berlakon kerana penyakitnya, di bulan Julai 2018, Fendy mendapat tawaran untuk berlakon dalam satu persembahan teater untuk Malam Kilauan Cahaya Istana Arau 2018 bertajuk Aladdin bersama pelajar UNIMAP.
Fendy menjalani penggambaraan drama adaptasi novel, Kan Kukejar Cinta Kamu bersama Amyra Rosli yang ditayangkan pada pertengahan Disember 2018 di saluran Astro Ria untuk Slot MegaDrama. Beliau menjadi hero utama. Beliau juga berlakon telefilem antologi cerpen Kahwin-Kahwin untuk saluran Astro Citra arahan Eyra Rahman. Beliau akan membawakan tiga watak berlainan dalam tiga cerita berbeza. Kali ini, beliau sekali lagi bergandingan dengan heroinnya dalam Mr. Grey, iaitu Eyra Hazali.[7] Selepas telefilem Kahwin Kahwin, beliau berlakon bersama Amelia Henderson dalam telefilem 30 Hari Membunuh Cinta juga untuk saluran Astro Citra.
Drama Destinasi Ukhuwah yang dilakonkan Fendy bersama Zalif Sidek, Amerul Affendi dan Adam Shahz sebenarnya memulakan penggambaraan dari Johor ke Thailand pada tahun 2016, tetapi bersiaran pada 31 Disember 2018 di siaran TV1. Drama ini yang merupakan arahan Osman Ali sepatutnya bersiaran pada Julai 2018 tetapi tertangguh siarannya.[8]
Fendy diminta oleh penyanyi-komposer Asfan Shah untuk menghasilkan sebuah single. Asfan Shah sendiri yang menggubahkan lagu untuk Fendy. Single tersebut berunsurkan balada. Beliau mencuba menjalankan perniagaan jualan baju Melayu dan kurta sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun 2019.[perlu rujukan] Selain itu beliau juga akan muncul dengan beberapa drama dan telefilem termasuk telemovie raya pada tahun 2019. Beliau juga berlakon mini siri yang hanya akan ditayangkan selama 4 episod di TV3, slot Samarinda iaitu drama Voice Note bersama Sharifah Sakinah, Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Ikmal Amry, Amelia Henderson, Scha Elinnea, Shasha Abedul, Ali Reza, Ariff Bahran dan ramai lagi. Dalam mini siri ini, beliau memegang watak doktor hospital dan tunang kepada Sharifah Sakinah.
Fendy juga pernah berlakon iklan sejak pulih dari penyakitnya. Antaranya, iklan Cashless Society bersama Melanie Tan, pelakon baru (sebagai Fendy) serta iklan Rezeki Raya anjuran FINAS (sebagai Zaki).
Kehidupan peribadi
Fendy lahir dan membesar di Beseri, Perlis. Pada sekitar April 2018, beliau dilaporkan menghidap satu penyakit misteri. Ia terjadi semasa beliau tiba-tiba rasa penat ketika menghabiskan baki penggambaran drama Mr Grey. Namun, Fendy meneruskan penggambaran sehingga tamat tempoh penggambaran.[9] Akibat peristiwa itu, beliau berubat di kampung bagi memulihkan semangatnya.[10][11]
Filemografi
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Amir dan Loqman Pergi ke Laut | Fendy | Mamat Khalid | Filem pertama |
2016 | Langit Cinta | Kamil | Osman Ali | |
Syaitan: Apabila Hati Telah Hitam | Fendy | Aiman Hamdi | Filem pendek | |
Bangkit | Rafiq | Wan Mohd Rafiq | ||
2018 | Transformers: The Last Knight | Michael Bay | Alih suara BM |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Kiah The Spy | Rocky | Astro Warna |
2014 | Besan Tiga Segi | Azran | TV3 |
2015 | BIB | Shah | HyppTV |
Dilema | Fendy | TVi | |
Eksperimen Cinta | Achik | TV3 | |
2016 | Kak Marr | Encik Mukhriz | |
2017 | Kerna Syurga Bukan Percuma | Abang Surau | Astro Oasis |
2018 | Mr. Grey | Malique Gregory Kamal/Mr. Grey | Astro Ria |
Kan Kukejar Cinta Kamu | Mukramin Raiyan | ||
Destinasi Ukhuwah | Hakimie | TV1 | |
2019 | Voice Note | Faris | TV3 |
Imaan | Abdullah | Astro Ria | |
Ajari Playboy Itu | Haris Osman | TV3 | |
Cinta Belum Tamat Tempoh | Megat Haikal | Astro Ria |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Mati Hidup Semula | Pemuda 1 | Astro Oasis |
2016 | Jatuh Cinta Buta | Zali | Astro Ria |
Salam Cinta Ustazah Husna | Helmi | Astro Oasis | |
2017 | Kuntom | Jidin | Astro Citra |
2018 | Teksi Love | Khairy | |
Kahwin-Kahwin | Hannan/Faliq/Hadif | ||
30 Hari Membunuh Cinta | Syawal | ||
2019 | Kan Kukejar Cinta Kamu Raya | Mukramin Raiyan | Astro Ria |
Bukan Lelaki Biasa | Danish Izat | TV1 |
Teater
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2018 | Aladdin | Aladdin |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | CCTV | Tetamu undangan | Astro Ria | bersama Fikry Ibrahim dan Fadzil Zahari |
2018 | CCTV | bersama Eyra Hazali
-CCTV (mempromosikan drama Mr Grey) | ||
Anugerah Telenovela 2018 | Dirinya sendiri | |||
#citraekslusivechallenge: Fendy & Eyra | Astro Citra | |||
Al-Quran Tag with Ayesha & Ustazah Liyana | Tetamu undangan | Naura HD | Episod 12 (20 Disember 2018) | |
Dewi Remaja 2018/2019 | Artis jemputan | Astro Ria | bersama Michael Ang (30 Disember 2018) | |
2019 | Bawang Live! | bersama Amyra Rosli, Safwan Nazri, Elya Miera, Zarynn Min, Mia Nasir dan Shah Radhi Hazvee | ||
H! Live | 12 Januari (promosikan drama Kan Kukejar Cinta Kamu) | |||
Little Hijrah: Kerana Mulut Badan Binasa | Astro Oasis | |||
Ketuk-Ketuk Ramadhan | TV1 | Episod 30 (4 Jun) | ||
MeleTOP | Astro Ria | bersama Nora Danish, Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan Michael Ang | ||
Pok Pek Cik Man | Astro Oasis | rancangan ilmu agama bersama PU Azman sepanjang bulan Ramadan (beberapa episod) |
Muzik video
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2019 | "Semua Sudah" | Elizabeth Tan |
"Vroom Vroom" | Nabila Razali |
Iklan
Tahun | Tajuk |
---|---|
2016 | Jom Balik Raya |
2018 | Cashless Society |
2019 | Rezeki Raya |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011/2012 | Tempat ke-5 | — | Menang | |
2018 | Artis Baru MeleTOP | Kerna Syurga Bukan Percuma | Tercalon | |
Artis Baru Lelaki Popular | — | Menang | ||
2019 | Pelakon MeleTOP | Mr. Grey | Tercalon | |
Drama MeleTOP | Tercalon | |||
Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon |
Rujukan
- ^ Dayah Musa (24 April 2018). Kenali Fendy Bakry, jejaka kacak & segak yang semakin digilai ramai menerusi drama Mr. Grey Oh My Media. Dicapai pada 14 Mei 2018.
- ^ Meen Tahrin (23 November 2017). Fendy Bakry mengorak langkah Sinar Harian. Dicapai pada 28 April 2018.
- ^ Fendy Bakry Sedia Kembali Aktif Berlakon Umum Penyakit Sebenar Sensasi Selebriti (27 Julai 2018). Dicapai pada 13 Ogos 2018.
- ^ Farizan Zainal (27 April 2018). Netizen Lupakan Fattah Amin, Sekarang Fendy Bakry Rotikaya. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
- ^ "Kualiti hebat Amir dan Loqman Pergi ke Laut". Kosmo!. 25 September 2014. Dicapai pada 16 Julai 2016.
- ^ Hashim, Ajami (5 Januari 2016). "Langit Cinta: Apa erti 'penantian' untuk seseorang yang setia?". Astro Awani. Dicapai pada 16 Julai 2016.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (20 Mac 2018). Fendy Bakry enggan malukan diri Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2018.
- ^ "Amerul Affendi, Fendy Bakry, Zalif Sidek dan Adam Shahz dalam drama Destinasi Ukhuwah". URTV. 27 Disember 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (7 April 2018). Terbabit cinta segi, Fendy Bakry Utusan Malaysia. Diperoleh pada 5 Mei 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (25 April 2018). Sakit misteri, Fendy berubat di kampung Berita Harian. Diperoleh pada 5 Mei 2018.
- ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (25 April 2018). Mr Grey sakit Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mei 2018.