Rock Ooo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rock Oo
Rock Oo Poster 01.png
Pengarah Mamat Khalid
Penerbit Tengku Iesta Tengku Alaudin
Dibintangi oleh Khir Rahman
Que Haidar
Soffi Jikan
Pekin Ibrahim
Syarikat
produksi
Mula ditayangkan
28 Februari 2013
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Rock Oo! ialah sebuah filem komedi muzikal yang diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 28 Februari 2013[1].. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Rock (2005).

Plot[sunting | sunting sumber]

Plot cerita ini berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah Zack (Hasnul Rahmat) mengambil keputusan untuk berundur dari kumpulan tersebut[2]. Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah (Que Haidar) melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur. Pada masa yang sama Rimba Bara dikejutkan dengan perkhabaran tentang penyanyi utama mereka, Zul Kapan (Soffi Jikan) yang menghadiri uji bakat yang dilakukan oleh Syarikat rakaman milik M.Nasir, Luncai Emas. Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Amy dan kesempatan tersebut cuba diambil untuk merapati semula kumpulan lama yang pernah dianggotainya. Zul Kapan  dan Lan Lentik meninggalkan Rimba Bara selepas Luncai Emas bersetuju untuk mengambil Kumpulan Malaikat Maut sebagai artis rakaman. Kebuntuan mencari ahli baru selesai apabila mereka mengambil Slash untuk menggantikan Lan lentik sebagai gitaris utama manakala Amy telah diberi peluang kedua sebagai penyanyi utama.

Survival mereka diteruskan dengan kehadiran semula Cik Man yang baru menghabiskan hukuman penjara. Pengalaman pertama yang dilalui oleh Kumpulan Rimba Bara di Kuala Lumpur menyebabkan Jijoe merasa berat hati untuk menerima semula kehadiran Cik Man. Namun disebabkan peranan dan kesungguhan Cik Man menyebabkan mereka melupakan kesukaran lepas dan membuka lembaran baru. Perjuangan musik mereka di Kuala Lumpur tidak menjadi seperti yang mereka jangkakan apabila Cik Man menghilang selama 2 hari. Cik Man telah ditahan pihak Polis dan ia menyebabkan ahli kumpulan Rimba Bara mengambil keputusan drastik untuk pulang semula ke kampung halaman. Sebelum pulang ke kampung, mereka pergi ke Galatika dimana mereka bertemu dengan Cik Wan yang merupakan kenalan lama Slash. Pertemuan ini menghidupkan semula harapan perjuangan seni musik Rimba Bara. Namun harapan mereka sekali lagi musnah apabila Cik Wan ditemui mati.

Ahli kumpulan Rimba Bara akhirnya pulang ke kampong halaman mereka dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Satu hari Amy didatangi Zul Kapan bersama Slash, Black dan anggota kumpulan Malaikat Maut yang mencari Jijoe. Sewaktu di rumah Jijoe, Zul Kapan menyatakan hasrat untuk kembali menyertai Kumpulan Rimba Bara. Kumpulan Malaikat Maut telah diharamkan disebabkan Ajak yang merupakan pemain Bass kumpulan tersebut telah menggigit itik hidup-hidup sewaktu mengadakan persembahan. Situasi yang sama berulang sekali lagi apabila ternyata vocal milik Zul Kapan tidak mampu ditandingi oleh Amy. Amy menangis kekecewaan namun dipujuk oleh Jijoe dan Zul. Mereka akhirnya melantik Amy sebagai pengurus kumpulan Rimba Bara.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sofi Jikan melakonkan watak sebagai Zul Kapan dalam filem ini.
  1. Que Haidar sebagai Amy Mat Piah
  2. Khir Rahman sebagai Jijo Alfonso Pareira Abdullah
  3. Norazmi Bahron sebagai Black
  4. Mohamad Shoffi Jikan sebagai Zul Kapan
  5. Pekin Ibrahim sebagai Slash@Wan Sulaiman

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Pengambaran filem ini dilakukan di sekitar Perak dan masih dalam pengambaran. Dan filem ini juga dibuat di pusat beli-belah dan di pasar di Ipoh. Filem ini memanggil semula pelakon kelas A di Malaysia, Que Haidar setelah dua tahun `bersara' dalam bidang lakonan.[3]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata pengkritik filem memberi ulasan yang positif mengenai filem ini. Filem ini menerima standing oviation ketika ditayangkan untuk media tempatan.[4] Aidil Rusli dari The Malaysian Insider memuji filem ini sebagai "...lawak bodoh yang kelakar."[5]Fikri Jermadi dari portal perfileman thoughtsonfilms.com memuji mutu arahan Mamat Khalid dan lakonan Khir Rahman.[6] Portal hiburan Ohbulan.com menekankan kejayaan Mamat Khalid menerapkan nilai-nilai murni serta sindiran dalam filem ini dengan sempurna.[7] Portal perfileman kakiwayang.com pula mengkritik tiadanya kesinambungan antara filem ini dengan filem pertama tetapi memuji kejayaan filem ini menggambarkan Kuala Lumpur pada tahun 80-an.[8] Filem ini mendapat rating 7.7 per 10 dalam portal perfileman IMDb[9]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Skrin 2013 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Que Haidar Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Khir Rahman Menang
Festival Filem Malaysia ke-26 Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Khir Rahman Dicalonkan
Penataan Bunyi Terbaik Mohd Rashid Osman Dicalonkan
Pereka Kostum / Busana Terbaik Akma Suriati Awang Dicalonkan
Penataan Seni Terbaik Zahid Othman Dicalonkan
Lagu Tema Terbaik Tika - Rimba Bara Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013[10] Filem Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Khir Rahman Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Saiful Apek Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna 2013[11][12] Filem Komedi Terbaik Tengku Iesta Tengku Alaudin Dicalonkan
Skrip Komedi Filem Terbaik Mamat Khalid Menang
Lakon Layar Komedi Terbaik Dicalonkan
Pengarah Komedi Terbaik Dicalonkan
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Que Haidar Dicalonkan

Trivia[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Rimba Bara sedang mandi dalam kolam
  • Watak Slash Haji Tapah diinspirasikan daripada gitaris handalan kumpulan Guns N' Roses, Slash[13]
  • Lagu Teratai (nyanyian Ramli Sarip) dinyanyikan sendiri oleh Que Haidar[14], & diakhir nyanyian itu, Amy (Que Haidar) meniru gaya Ramli Sarip sewaktu Konsert Sejuta Wajah di Stadium Merdeka[15]
  • Filem ini turut menyelitkan gaya-gaya kumpulan rockers diwaktu itu. Antaranya, mandi dalam kolam seperti cover album Hukum Karma'. [16]
  • Filem ini berjaya menarik hati peminat kerana tidak menggunakan unsur-unsur masa kini sejurus membawa penonton ke zaman nostalgia 80an-90an. [17]
  • Babak dimana pemain bass Malaikat Maut menggigit kepala itik diinspirasikan daripada insiden Ozzy Osbourne menggigit kepala kelawar di atas pentas,- satu peristiwa yang disifatkan ikonik dalam sejarah muzik rock 80an.
  • Ketika mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus mereka (yang ditangkap oleh pihak polis), Jijoe mengucapkan sebaris ayat, "... Kalau sabun jatuh jangan pungut...". Ini sebenarnya merujuk kepada satu titik waktu di Malaysia sekitar akhir 80an dimana beberapa kes awal AIDS telah dikesan.
  • Rosli Mohalim (gitaris Sweet Charity) membuat penampilan istimewa pada babak konsert 'garage' didalam filem ini.
  • Pyan Habib membawa watak Pak Andak (orang yang bertanggungjawab menamakan band Rimba Bara). Menariknya, beliau masih membawa persona dialog watak Osman Tikus (watak beliau dalam filem Kembara). Filem kembara adalah salah satu filem ikonik yang memperjuangkan aliran rock nusantara. [18]
  • Babak akhir flashback untuk filem ini memaparkan satu ikon yang sentiasa diingati dalam sejarah muzik rock tanah air, iaitu bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Suatu masa dahulu, beliau mengharamkan artis berambut panjang mengambil bahagian dalam program RTM. Isu ini masih segar dalam ingatan rockers-rockers Malaya. [19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]