Daerah Kota Tinggi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Peter in s (bincang | sumb.)
k →‎Pautan luar: +interwiki
Baris 178: Baris 178:


[[id:Kota Tinggi]]
[[id:Kota Tinggi]]
[[de:Kota Tinggi]]
[[en:Kota Tinggi]]
[[en:Kota Tinggi]]
[[nl:Kota Tinggi]]
[[nl:Kota Tinggi]]

Semakan pada 08:34, 14 Oktober 2012

Bandar Kota Tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

Pelancongan

Air Terjun Kota Tinggi di Lombong

Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam Sultan Mahmud Shah II) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid juga di Kampung Makam. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.

Bandar Kota Tinggi pada dirinya tidak begitu menarik, tetapi air terjun yang terletak di Lombong, 16 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat popular. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang. Keindahan semulajadi di beberapa bahagian tempat ini telah dirosakkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.

Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi. Pantai-pantai paling popular ialah Tanjung Balau, Desaru , Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi. Chalet-chalet dan hotel-hotel yang menawarkan kadar yang berpatutan boleh didapati dengan mudah di sepanjang pantai.

Teluk Sengat yang terletak 25 kilometer di timur bandar Kota Tinggi merupakan kampung makanan laut yang popular di kalangan pelancong, khususnya pelancong-pelancong dari negara Singapura. Untuk sampai ke Kota Tinggi orang ramai yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan boleh menggunakan susur keluar Tol Kulai. Kota Tinggi tidak mempunyai laluan keretapi tetapi pengunjung masih boleh menggunakan kemudahan ini melalui Stesen KTM Johor Bahru yang merupakan Stesen terdekat. Jaraknya hanya 42 kilometer sahaja dari bandar Kota Tinggi.

Petempatan

Mukim

  1. Mukim Ulu Sungai Johor
  2. Mukim Ulu Sungei Sedili Besar
  3. Mukim Johor Lama
  4. Mukim Kambau
  5. Mukim Kota Tinggi
  6. Mukim Pantai Timur
  7. Mukim Pengerang
  8. Mukim Sedili Besar
  9. Mukim Sedili Kechil
  10. Mukim Tanjung Surat
  11. Bandar Kota Tinggi

Infrastruktur

Bekalan elektrik

  • Tenaga Nasional Bhd, Kampung Tai Hong
  • Tenaga Nasional Bhd, Jalan Lombong

Sekolah

Bank

  • Maybank Sungai Rengit
  • AMBank Sungai Rengit
  • AgroBank Berhad, Jalan Niaga 2
  • AmBank Bhd, Jalan Tun Habab (Jalan Lombong)
  • Bank Islam Malaysia Berhad, Jalan Tun Habab (Jalan Lombong)
  • Bank Rakyat Bhd, Jalan Jaya 1
  • Bank Simpanan Nasional, Jalan Niaga 1
  • CIMB Bank Bhd, Jalan Niaga 1
  • Hong Leong Bank Bhd, Jalan Johor
  • Maybank Berhad , Jalan Niaga 1
  • Public Bank Bhd, Jalan Tun Habab (Jalan Lombong)

Masjid

Koperasi / Persatuan

  • KampungAman DALnet Chatters Community
  • Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman
  • Koperasi Pembangunan Kampung Tersusun Mawai Baru Berhad
  • Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kota Tinggi Bhd
  • Koperasi Peladang Kota Tinggi Barat
  • Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Kota Tinggi Bhd
  • Majlis Belia Daerah Kota Tinggi
  • Narsco Transport Sdn Bhd
  • Persatuan Hakka Kota Tinggi Johor
  • Persatuan Hokkien Kota Tinggi
  • Persatuan Ibubapa & Guru Sekolah Kebangsaan Kota Jaya
  • Persatuan Kebajikan Pemandu Pemandu Kereta Sewa Kota Tinggi
  • Persatuan Kheng Chiew Kota Tinggi
  • Persatuan Teksi Komplek Adela Kota Tinggi Johor
  • Persatuan Teo-Chew Kota Tinggi Johor
  • Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi
  • Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Tinggi Barat
  • Pertubuhan Peneroka Felda Pasak Kota Tinggi Johor
  • Syarikat Pinjaman Bumiputra Berlesen ( Pancaran Bestari Enterprise)

Peristiwa banjir besar Kota Tinggi

Banjir gelombang pertama bermula 19 Disember 2006

Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Malahan terdapat pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Pautan luar