Megat Najmuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Tan Sri Dato' Seri

Megat Najmuddin

PSM; SPMP (Prk); DSSA (Sel); KMN, PPN
Pengerusi Lembaga Displin BERSATU
Memegang jawatan
10 Ogos 2018
Didahului olehSanusi Junid
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Kelana Jaya
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMohd Mokhtar Ahmad Dahlan
Butiran peribadi
Parti politik BERSATU
BapaMegat Khas
ProfesionPeguam


Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin bin Dato' Seri Dr Megat Khas seorang peguam dan bekas ahli politik UMNO serta seorang tokoh korporat di Malaysia. Megat Najmudin menang bertanding di kerusi Dewan Negeri Selangor untuk Kelana Jaya, Selangor selama dua penggal (1986-1995) semasa kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib.


Bapanya Dato' Seri Dr Megat Khas Megat Omar , dari keturunan Megat Terawis, Bendahara pertama negeri Perak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah seorang peguam, lulusan Universiti Nasional Singapura (1970) dan pemilik firma Tetuan Megat Najmuddin Leong & Co. [1] Beliau dilantik sebagai profesor adjung di Universiti Utara Malaysia bidang undang-undang.

Beliau juga ahli Lembaga Pengarah PETRONAS, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan penasihat Bank Negara.Beliau juga adalah bekas ADUN Kelana Jaya,Selangor.Beliau dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM dan Presiden Institut Tadbir Urus Korporat.[2] . ITUK berjaya mengadakan Persidangan Pendidikan Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 2011 .

Politik[sunting | sunting sumber]

UMNO

Megat Najmudin menjadi Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya (1985-1995) ; Pengerusi Tetap UMNO Subang (1995-2001) dan Adun Kelana Jaya Selangor (1986-1995).[3] Menteri Besar Selangor ketika itu ialah Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib.

Sebagai veteran UMNO, Megat Najmudin dilantik sebagai Anggota Lembaga Disiplin UMNO dari 2002-2009. Beliau pernah dijemput membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah 'Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di Kuala Lumpur. Sebarang kes rasuah pemimpin UMNO hendaklah dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin UMNO. Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat.[4]

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO ialah Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Selain Megat Najmuddin Megat Khas , ahli lain ialah Datuk Alias Ali dan Datuk Hafarizam Harun (Penasihat Undang-Undang UMNO) dan mesyuarat Lembaga Disiplin diadakan di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).[5]

Beliau adalah rakan sekolej dengan Raja Petra Kamaruddin di di MCKK dan merayu agar Raja Petra tidak lagi bersembunyi di sebuah apartmen mewah di London.[6]

BERSATU

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Displin BERSATU pada 10 Ogos 2018 lalu.[7]

Kebajikan[sunting | sunting sumber]

Sebagai orang Perak, beliau menjadi Presiden Persatuan Darul Ridzuan di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Megat Najmuddin adalah Presiden Persatuan Pelajar Tua Maktab Melayu (MCOBA) , Kuala Kangsar, Perak. MCOBA berjaya mengumpul dan menyalin lebih 4,000 gambar lama serta puluhan ribu dokumen pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar yang disalin kepada digital.[8]

Beliau dilantik sebagai Pengarah Yayasan MyKasih. Yayasan ini bersama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin telah membantu lebih 825 keluarga fakir miskin di Bayan Baru, Pulau Pinang; Kuching, Sarawak; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah; Subang Jaya, Selangor dan Lembah Klang mendapat manfaat daripada program MyKasih. Ambank memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi program tersebut yang mula dilancarkan pada November 2009 di Sentul, Kuala Lumpur.[9]

Beliau juga pernah dilantik sebagai Presiden Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin.[10]

Perundangan[sunting | sunting sumber]

Sebagai peguam, Megat Najmudin kesal dengan tindakan Karpal Singh yang mahu mengheret Tan Sri Zaki Azmi ke Tribunal Kod Etika Hakim dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zaki daripada menentukan merit aduan ke atas kes. Zaki Azmi pernah mengakui memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam, semasa berucap dalam satu konvensyen di Kuching pada November 2008. Bagaimanapun pengakuan Zaki Azmi itu telah ditarik balik. [11]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah pengerusi syarikat pemaju hartanah, Asian PAC Holdings Bhd yang memajukan KK Times Square, di Kota Kinabalu, Sabah bernilai RM1.3 bilion. Projek lain terletak di Kepong, Johor dan Kota Kinabalu.[12]

Beliau juga menjadi pengarah syarikat Formis Resources Berhad, Tradewinds Corporation Berhad dan MajuPerak Holdings Berhad. Selain itu menjadi pengarah bukan eksekutif SEG International Bhd dan Salcon Berhad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]