Mohd Anuar Mohd Tahir
Mohd Anuar Mohd Tahir adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sebelum ini beliau adalah bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Beliau bertanding atas tiket parti Parti Islam SeMalaysia (PAS) setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dipecat dari ahli UMNO.
Pada pilihan raya umum 2008, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kawasan Bintong di atas tiket PAS namun tewas kepada Md Isa Sabu (BN- UMNO).
Mohd Anuar Tahir kini merupakan Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan, Parti Islam SeMalaysia. Mohd Anuar Tahir aktif dalam bidang dakwah, sosial dan kemanusiaan.
Pada 18hb April 2009, Mohd Anuar Tahir telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Perlis dalam pertandingan mesra tiga penjuru.
[sunting] Isu semasa
[sunting] Majikan larang pekerja bersolat
Pada 23 Mei 2009, Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Anuar Tahir kesal tindakan majikan melarang pekerja solat Jumaat.Syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, "NOT APPROVED - PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR" (Tidak Diluluskan - Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Syarikat MLM ini adalah syarikat dari Korea Selatan yang mempunyai cawangan di Kangar, Perlis.[1]