8 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | April 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXII | ||||||
8 April merupakan hari ke-98 (hari ke-99 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 267 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hanamatsuri di Jepun.
[sunting] Peristiwa
- 217 - Maharaja Rom Caracalla dibunuh di tepi jalan berhampiran Harran.
- 1341 - Sarjana dan pemuisi Itali Petrarch mendapat gelaran Penyair Diraja dalam satu upacara di Rom.
- 1767 - Kerajaan Ayutthaya dijatuhkan oleh penyerang-penyerang Burma.
- 1904 - Perancis dan United Kingdom memeterai entente cordiale, bersetuju untuk hidup bersama secara aman selepas berkurun berkonflik.
- 1904 - Dataran Longacre di Midtown Manhattan, Bandar Raya New York dinamakan semula sebagai Dataran Times (gambar).
- 1929 - Gerakan kemerdekaan India: Revolusioner Bhagat Singh dengan bantuan Batukeshwar Dutt mengebom Dewan Undangan Pusat di Delhi.
- 1953 - Pemimpin Pemberontakan Mau Mau Jomo Kenyatta disabitkan bersalah oleh pemerintahan British di Kenya.
- 1957 - Terusan Suez di Mesir dibuka semula selepas berakhirnya Krisis Suez.
- 1981 - Lagu Dari Kota, yang merupakan album kelima oleh penyanyi tersohor iaitu Sudirman Hj Arshad telah dikeluarkan.
- 2008 - Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama dan wanita Asia kedua ke angkasa lepas.
- 2008 - Larian obor Olimpik di London, Paris dan San Francisco diganggu oleh pembantah yang membangkang rekod hak asasi manusia China.
[sunting] Kelahiran
- 1980 - Katee Sackhoff, pelakon Amerika Syarikat
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||