Kampung Melayu Niyor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Melayu Niyor
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Melayu Niyor
Mohor rasmi Kampung Melayu Niyor
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriJohor
Daerah Kluang
KampungKampung Melayu Niyor
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
86000
Kod kawasan+606
Lokasi Kampung Melayu Niyor di Peta Google

Kampung Melayu Niyor (Jawi: کامڤوڠ ملايو نيور) sebuah perkampungan Melayu yang terletak di Mukim Niyor, Kluang, Johor, Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 372 orang. Nama Niyor diambil bersempena terdapatnya banyak pokok nyior di kawasan kampung ini.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kampung ini terletak sejauh 9 km dari pekan Kluang. Kampung Melayu Niyor 100 km ke selatan dari Lapangan Terbang Senai Johor, dan 270 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Terdapat landasan kereta api KTM Gemas-JB yang masih beroperasi di kampung ini sehingga hari ini.

Pandangan Aerial Kampung Melayu Niyor, Mukim Niyor, Klang, Johor

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Melayu Niyor telah dibuka pada tahun 1960 an. Sebelum itu, penduduk asal kampung ini tinggal berselerak di kawasan kebun getah yang dinamakan Kampung Degong (Jawi: کامڤوڠ دݢوڠ ). Semasa zaman darurat, penduduk Melayu di kampung berkenaan dikumpulkan setempat di Ladang CEP Niyor bersama-sama penduduk ladang (kebanyakkan kaum India) dan kaum Cina bagi mengelakkan perhubungan antara penduduk kampung dengan Komunis. Satu kawalan keselamatan yang ketat telah dilakukan, dan penduduk dikenakan perintah berkurung pada waktu malam dan dengan kebenaran pergerakan yang terhad pada waktu siang.

Ketika era ini, satu peristiwa bersejarah telah berlaku apabila komunis telah membakar balai polis yang terdapat di kawasan ini berhampiran landasan dan bekas stesen api. Tempat kejadian tersebut masih tidak dibangunkan sehingga sekarang.

Selepas ancaman komunis ketika itu semakin terkawal, penduduk telah membuat permohonan untuk membuka perkampungan yang baru. Kerajaan telah meluluskan penempatan baru tersebut di satu kawasan berhampiran dengan stesen keretapi. Kawasan seluas 10 ekar tersebut telah dijadikan tanah lot perumahan dan dinamakan sebagai Kampung Melayu Niyor.

Ketua kampung yang pertama adalah Tn. Hj Shawal bin Ahmad. Beliau berkhidmat sebagai ketua kampung yang pertama hingga 30 April 2004. Ketua kampung kedua ialah Tn, Hj Shoparwe bin Marto yang bertugas mulai 1 Disember 2004 sehingga 25 Oktober 2015. Kini, Kampung Melayu Niyor dipimpin oleh Haji Nordin bin Miskam, seorang bekas guru besar, yang memulakan tugas mulai 13 April 2016. Haji Nordin merupakan Ketua Kampung Melayu Niyor yang ketiga.

Ekonomi Tempatan[sunting | sunting sumber]

Rata-rata penduduk kampung bekerja di ladang kelapa sawit NPE dan bertani. Selain itu, perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) semakin merancak dan berkembang dalam kalangan penduduk kampung. Antara IKS tempatan ialah:

Projek Fortigasi Cili diusahakan secara bersama oleh penduduk di Kompleks Penghulu Kampung Melayu Niyor Kluang
  • Jus Asam Jawa (Saidina Food Industries)
  • Tauhu Sumbat
  • Bakeri dan Pastri
  • Tapai Ubi
  • Projek Fortigasi Cili
  • Kuih Sejuk Beku
  • Nurseri Bunga dan Tanaman
  • Pertukangan Kayu dan Perabot

Demografi Penduduk[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk kampung ialah 372 orang (184 orang lelaki dan 188 orang perempuan). Majoriti penduduk kampung ini berketurunan Melayu dan Jawa. Populasi terbanyak adalah di peringkat umur 41-64 tahun, bersamaan dengan 29%.

Demografi Umur Penduduk Kg. Melayu Niyor
Umur (Tahun) Perempuan Lelaki Jumlah
0-4 11 8 19
5-6 6 8 14
7-12 27 29 56
13-19 22 29 51
20-40 50 54 104
41-64 58 50 108
Lebih 65 14 13 27
Jumlah 188 184 372

Prasarana & Kemudahan Kampung[sunting | sunting sumber]

  • Jalan kampung bertar
  • Bekalan elektrik
  • Telefon rumah dan awam
  • Masjid Saidina Abu Bakar
  • Dewan Terbuka/Balai Raya
  • Kompleks Penghulu Kampung
  • Pondok Polis
  • Kelas Bina Insan KEMAS
  • Dua Gelanggang Badminton
  • 4 Buah Kedai JKKK
  • Sekolah Rendah - Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Niyor
  • Sekolah Agama
  • Medan Info Desa / Mini RTC

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadikan Kampung Melayu Niyor Maju, Makmur, Selamat dan Ceria menjelang 2020.

Misi[sunting | sunting sumber]

Memperkembangkan potensi penduduk kampung ke arah kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Mengekalkan kepimpinan kampung dan bermufakat Meningkatkan ekonomi masyarakat kampung Menjadikan kampung bersih dan ceria Mengekalkan kebudayaan dan kesenian yang diwarisi masyarakat.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

  • Memantapkan kepimpinan masyarakat kampung.
  • Menjadikan penggerak ke arah kecemerlangan penduduk.
  • Sebagai nadi transformasi masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik

Warisan & Budaya[sunting | sunting sumber]

  • Pasukan Kompang Niyor
  • Persatuan Silat Belia Murni Niyor
  • Pasukan Zapin Belia Kampung


Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Melayu Niyor, Kluang, Johor adalah 86000.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]