Iskandar Puteri: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
|||
Baris 8: | Baris 8: | ||
| translit_lang1_info2 = 依斯干达公主城 |
| translit_lang1_info2 = 依斯干达公主城 |
||
| other_name=Nusajaya<ref>{{cite web|url=http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/07/nusajaya-to-be-renamed-iskandar-puteri/|title=Nusajaya to be renamed Iskandar Puteri - Nation - The Star Online|website=www.thestar.com.my}}</ref> |
| other_name=Nusajaya<ref>{{cite web|url=http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/07/nusajaya-to-be-renamed-iskandar-puteri/|title=Nusajaya to be renamed Iskandar Puteri - Nation - The Star Online|website=www.thestar.com.my}}</ref> |
||
| image_skyline = |
| image_skyline = Iskandar Puteri.jpg |
||
| imagesize = 250px |
| imagesize = 250px |
||
| image_seal = |
| image_seal = |
Semakan pada 09:10, 12 April 2018
Iskandar Puteri
Nusajaya[1] | |
---|---|
Transkripsi Other | |
• Jawi | إسكندر ڤوتري |
• Cina | 依斯干达公主城 |
Koordinat: 1°25′36″N 103°38′25″E / 1.42667°N 103.64028°EKoordinat: 1°25′36″N 103°38′25″E / 1.42667°N 103.64028°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Daerah | Daerah Johor Bahru |
Menjadi pusat pentadbiran negeri Johor | 16 April 2009 |
Granted City Status | 22 November 2017[2] |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Bandaraya Iskandar Puteri |
• Mayor | Adib Azhari |
• Ahli Parlimen Gelang Patah | Lim Kit Siang (DAP) |
• Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya | Zaini Abu Bakar (BN) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 529,074 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak tersedia |
Poskod | 79000 |
Kod panggilan | +607 |
Laman sesawang | www |
Iskandar Puteri (Cina: 依斯干达公主城, Jawi: إسكندر ڤوتري) merupakan sebuah projek pembangunan bandar bertaraf dunia di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Projek ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Februari 2007[3]. Iskandar Puteri merupakan bandar baru yang dibentuk di Daerah Johor Bahru dengan banyak pembangunan yang kini sedang berkembang pesat. [4]
Pembangunan Iskandar Puteri merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada November 2006. Projek seluas 9,600 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan tujuh komponen iaitu Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (JSNAC), kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan ‘EduCity’ atau banda raya ilmu. Pembangunan lain dalam projek yang dimajukan oleh UEM Land Sdn. Bhd. itu ialah resort bersepadu pesisir pantai Puteri Harbour, kawasan kediaman dan destinasi rekreasi bertaraf dunia. Kedudukannya yang hampir dengan lima pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang, Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura, Pelabuhan Jurong (Singapura) dan pelabuhan petrokimia Tanjung Langsat memberikan Iskandar Puteri kelebihan sebagai bandar raya serantau.
Pada asalnya, nama kawasan ini ialah Nusajaya. Kemudian pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk mengisytiharkan "Iskandar Puteri" sebagai nama baharu untuk pusat pentadbiran negeri Johor iaitu Nusajaya[5].
Projek Pemangkin
Projek pembangunan Iskandar Puteri dengan keluasan 9,600 hektar dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 melibatkan tujuh komponen.
Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor
Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor di Iskandar Puteri bakal menjadi pembangunan bersepadu merangkumi kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dalam satu kawasan seluas 320 ekar menghadap Selat Tebrau. Ia bakal dibangunkan dengan konsep persekitaran terbuka dengan taman dan lanai ala Alhambra di Sepanyol dengan rekaan bangunan berteraskan seni bina Melayu-Johor.
- Komponen Pembangunan
- Fasa 1
- - Dewan Undangan Negeri
- - Kompleks Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan
- - Dataran Mahkota
- - Kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri
- Fasa 2a
- - Masjid
- Fasa 2b
- - Kompleks perumahan kakitangan kerajaan negeri
- Fasa 3
- - Kompleks pejabat jabatan kerajaan persekutuan
Bandar Pendidikan
Bandar Pendidikan atau EduCity@Iskandar di Iskandar Puteri yang seluas 600 ekar bakal menjadi pusat dan komuniti pendidikan tinggi berpandukan kepada amalan terbaik dalam bidang akademik dan pendidikan dengan kerjasama dari universiti-universiti tersohor dunia seperti Newcastle University dan Marlborough University. Projek ini diambil alih oleh Iskandar Investment Bhd.
Bandar Perubatan
Pembangunan pusat perubatan di Iskandar Puteri yang dikenali sebagai Medical City dengan keluasan 67.2 ekar akan menawarkan penjagaan kesihatan menyeluruh yang merangkumi pusat kesihatan, poliklinik kerajaan, kompleks klinik umum, kompleks pakar, kolej kejururawatan dan kemudahan kesihatan yang lain. Pusat tersebut juga bakal memberi tumpuan kepada pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan perubatan dan kesihatan. Hospital pertama yang telah beroperasi di sini ialah Columbia Asia Hospital.
Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan
Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan (SiLC) di Iskandar Puteri adalah kawasan taman perindustrian hijau seluas 1,300 ekar dengan rangkaian kemudahan dua buah lapangan terbang dan empat buah pelabuhan yang berhampiran. SiLC akan memberi tumpuan kepada pembangunan rangkaian nilai secara bersepadu untuk tiga bidang utama iaitu teknologi maju seperti teknologi bio dan nano, industri pemakanan dan kesihatan serta logistik.
Medini
Pembangunan bersepadu oleh Iskandar Investment, Mubadala, Kuwait Finance House, Aldar Properties dan Millennium Development International. Ia dibahagi kepada 3 kluster utama:
- Kluster Rekreasi dan Pelancongan
- Daerah Kewangan Iskandar
- Medini Sentral
Nota kaki
- ^ "Nusajaya to be renamed Iskandar Puteri - Nation - The Star Online". www.thestar.com.my.
- ^ "JB central municipal council to be upgraded to city council status - Nation - The Star Online". www.thestar.com.my.
- ^ 1 "Nusajaya bertaraf dunia -- PM lancar projek utama dalam Wilayah Pembangunan Iskandar" Check
|url=
value (bantuan). Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-02-23. - ^ hermesauto (7 December 2015). "Johor's administrative capital Nusajaya to be renamed Iskandar Puteri".
- ^ Iskandar Puteri Nama Baru Pusat Pentadbiran Johor
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Iskandar Puteri |