Mah Hang Soon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Yang Berhormat Senator Dato' Dr.

Mah Hang Soon

DPMP (Perak)
马汉顺
Timbalan Menteri Pendidikan I
Memegang jawatan
30 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Mohamad Alamin
Timbalan II
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriMohd Radzi Md Jidin
Didahului olehMuslimin Yahaya
Timbalan I
Timbalan Menteri Pendidikan II
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Yang Berhormat Tuan Muslimin Yahaya (Timbalan I)
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Didahului olehYang Berhormat Teo Nie Ching
Ahli Dewan Negara Malaysia
Memegang jawatan
10 Mac 2020
Butiran peribadi
LahirMah Hang Soon
(1964-07-19) 19 Julai 1964 (umur 57)
Parti politikBarisan Nasional.png Flag of the Malaysian Chinese Association.svg BN-MCA
Sekutu gabungan
politik lain
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-Sekarang)
PasanganDatin Lim Soo Lee
Anak-anakMah Song Wei
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor
GajiRM51,543.65 sebulan[1]
Nilai bersihRM10 ke 15 juta[1]

Senator Dato' Dr. Mah Hang Soon 马汉顺 (lahir 19 Julai 1964) merupakan seorang ahli politik daripada parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I pada 10 Mac 2020. Beliau merupakan Timbalan Presiden MCA selepas parti itu mengadakan pemilihan parti pada 4 November 2018.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dato' Dr. Mah Hang Soon merupakan seorang pakar jantung dan berkelulusan dari Universiti Malaya. Beliau menceburi bidang politik sepenuh masa mulai tahun 2009.[2]

Beliau berasal dari Kampung Baru Changkat Kruing, Ayer Tawar, Perak Darul Ridzuan. Merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik. Bapanya bernama Mah Chow Nam (1944-2014) dan ibunya bernama Lee Kee Hiong (lahir 1942) yang merupakan pekebun kecil getah dan kelapa sawit.[3] Beliau telah berkahwin Datin Lim Soo Lee[4] dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Mah Song Wei (lahir 1996)[5].

Malaysian Chinese Association (MCA)[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan[6] dan Ketua Pemuda MCA Perak[7] pada tahun 2008-2010. Pada tahun 2013 hingga kini, beliau merupakan Pengerusi MCA Perak dan Central Council (CC)[8]. Pilihanraya Parti MCA akan diadakan dalam masa 6 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018.[9]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) merupakan kali pertama bagi Dato' Dr. Mah Hang Soon mewakili Barisan Nasional bertanding di Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) bagi Kawasan Jelapang, N.31. Dalam hal ini, beliau tidak berjaya dengan undian sebanyak 7,981 undi berbanding dengan Hee Yit Soong, calon DAP mendapat undian sebanyak 8,233 undi.

Pada tahun 2008, Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) beliau memenangi DUN bagi Kawasan Chenderiang, N.46 dengan majority sebanyak 3,392 undi dan mengulangi kejayaan yang sama pada tahun 2013, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan majoriti sebanyak 4,767 undi.

Dato' Dr. Mah Hang Soon pernah menjawat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk portfolio seperti berikut:

  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak (Tahun 2009-2013); dan
  • Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak (Tahun 2014-2018)[10][11].

Pada tahun 2018, beliau diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Tanjong Malim, P.077 untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Majlis Pengumuman Calon BN Negeri Perak, Kediaman Menteri Besar Perak, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 24 April 2018[12]

Seterusnya beliau menerima bantahan daripada penyokong YB Dato' Sri Ong Ka Chuan dan membuat bantahan di depan Bangunan Perdana, Putrajaya pada 26 April 2018[13]. Akhirnya, Sesi Penamaan Calon yang telah diadakan di Majlis Daerah Tanjong Malim, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan pada 28 April 2018 dengan mengesahkan bahawa Dato' Dr. Mah Hang Soon bertanding di Parlimen Tanjong Malim, P.077 untuk PRU14.

Sebagai keputusan PRU14 pada 9 Mei 2018, beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang. Jumlah undi yang diterima oleh beliau adalah 19,314 undi manakala calon PKR mendapat undi sebanyak 24,672 undi dengan majoriti 5,358 undi. Secara keseluruhannya, Barisan Nasional tewas di peringkat Parlimen dan tidak berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU14.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perak[14][15]
Tahun Kawasan Pilihan Raya Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2004 N31 Jelapang Mah Hang Soon (BN-MCA) 7,978 48.16% Hee Yit Foong (DAP) 8,231 49.68% 16,921 253 70.39%
Foo Tiew Kok (PKR) 358 2.16%
2008 N46 Chenderiang Mah Hang Soon (BN-MCA) 7,451 64.74% Arjunan A/L Muthu (PKR) 4,059 35.26% 12,115 3,392 66.96%
2013 Mah Hang Soon (BN-MCA) 10,866 64.05% Amani Williams-Hunt Bin Abdullah (PKR) 6,099 35.95% 17,542 4,767 80.70%
Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Pilihan Raya Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2018 P077 Tanjong Malim, Perak Mah Hang Soon (BN-MCA) 19,314 35.57% Chang Lih Kang (PH-PKR) 24,672 45.44% 55,613 5,358 81.22%
Mohd Tarmizi (PAS) 10,311 18.99%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Father of Perak MCA chief passes away at his home in Ayer Tawar, The Star, 17 September 2014
  3. ^ Father of Perak executive councillor laid to rest, The Star, 16 September 2014
  4. ^ SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK, Taipingmali, 5 Februari 2011
  5. ^ Proud day for Dr Mah as he presents school's top award to his son, The Star, 9 November 2013
  6. ^ 2] deputy Youth chief Dr Mah wins MCA hearts, The Star, 17 Oktober 2008
  7. ^ Cardiologist Dr Mah is new Perak MCA Youth chief, The Star, 6 September 2008
  8. ^ MCA to postpone party polls until after GE, Astro Awani, 21 Disember 2013
  9. ^ MCA to postpone party polls until after GE, The Star, 8 Mei 2016
  10. ^ [1]Pengerusi MCA Perak Angkat Sumpah Sebagai Exco, mStar, 12 Mei 2014
  11. ^ [2]Perak MCA chief sworn in as 10th state executive councillor, The Star, 12 Mei 2014
  12. ^ [3]PRU-14: Senarai penuh calon BN Perak, Berita Harian, 24 April 2018
  13. ^ [4]BN Perak siasat dalang protes Tanjung Malim, Berita Harian, 26 April 2018
  14. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2013. Dicapai pada 10 March 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 10 March 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]