Nicole Wong Siaw Ting
Yang Berhormat Senator Datuk Wong Siaw Ting 王晓庭 DPSM (Melaka) | |
---|---|
Ketua Pemuda MCA | |
Memegang jawatan 4 November 2018 | |
Didahului oleh | Chong Sin Woon |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 17 Jun 2022 – 5 November 2022 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Wong Siaw Ting 9 Ogos 1980 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Alan Kok Kwong Yoong (郭光荣) |
Anak-anak | 3 |
Alma mater | Universiti Tun Abdul Razak |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Yang Berhormat Senator Datuk Nicole Wong Siaw Ting (Bahasa Cina: 王晓庭; Pinyin: Wáng xiǎotíng; lahir 9 Ogos 1980) adalah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Pemuda Kebangsaan dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan di Persatuan Cina Malaysia (MCA). Dia adalah Ketua Pemuda MCA wanita pertama dalam sejarah sepanjang 63 tahun.[1] Pemuda MCA ditubuhkan pada tahun 1955, ia adalah sayap MCA yang merangkumi 100% kaum lelaki sehingga ia membuka keahliannya kepada wanita pada tahun 2013.
Politik[sunting | sunting sumber]
Di bawah pengaruh mendiang ayahnya, yang merupakan ahli seumur hidup MCA, Wong menjadi anggota MCA sejak tahun 2001. Dia memulakan kerjaya politiknya sebagai pemangku pengarah Biro Pemuda sayap wanita MCA dari tahun 2008 - 2013. Sementara itu, dia bekerja sebagai pembantu peribadi bekas Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada tahun 2009.
Ketua Pemuda MCA[sunting | sunting sumber]
Ketika sayap pemuda MCA pertama kali dibuka untuk wanita pada tahun 2013, Wong dipilih sebagai naib ketua. Pada bulan November 2018, dia melakar sejarah sebagai Ketua Pemuda Kebangsaan MCA wanita pertama. Dia memperoleh 136 undi pilihan raya untuk mengalahkan Ng Kian Nam, yang mendapat 82 undi, dalam pertarungan terus untuk merebut kedudukan teratas.[2]
Selain memegang jawatan di MCA, dia telah dilantik sebagai anggota dewan dan pengarah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di bawah Kementerian Sumber Manusia[3].Dia juga merupakan salah seorang anggota lembaga Penasihat Bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Wilayah Persekutuan.[4]
Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]
Nicole dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan membesar di Kulim, Kedah. Ibu bapa beliau menjadi Sub-Kontraktor dalam industri pembinaan. Dia belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah Chio Min. Beliau melanjutkan Diploma Pengurusan Pelancongan di Reliance College KL dan memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepimpinan) di Universiti Tun Abdul Razak. Dia berkahwin dengan Alan Kok Kwong Yoong (郭光荣), Wong adalah ibu kepada 3 orang anak.
Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2013, Wong bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Seputeh pada PRU-13[5]. Walaupun kalah dalam pencalonan, dia terus memperjuangkan kemajuan masyarakat.
Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah Undi | Majoriti | Peratus Unjuran | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Nicole Wong Siaw Ting (MCA) | 9948 | 13.92% | Teresa Kok Suh Sim (DAP) | 61500 | 86.08% | 71859 | 51,522 | 83.58% |
Penganugerahan[sunting | sunting sumber]
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Melaka
Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM)-Datuk (2020)[7]
Pautan Luar[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Wanita pertama jadi Ketua Pemuda MCA". Berita Harian. 4 November 2018.
- ^ "Nicole Wong menang jawatan ketua Pemuda MCA". Free Malaysia Today. 4 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-16. Dicapai pada 2021-06-29.
- ^ "BOARD OF DIRECTORS". HRDCORP Human Resource Development Corporation.
- ^ "Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur". Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Agensi Kementerian Wilayah Persekutuan.
- ^ "PRU13: Senarai calon BN Wilayah Persekutuan". Sinar Harian. 16 April 2013.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umun Ke-13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umun. 24 March 2017.
- ^ "Ketua Pemuda MCA dapat gelaran Datuk". Info Rakyat. 1 November 2020.