2024 di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

2024
di
Malaysia

  • 2025
  • 2026
  • 2027
Dekad:
Lihat juga:
2024 mengikut topik:
Kesenian
Seni binaKomikFilemVideo rumahKesusasteraan (Puisi) – Muzik (Kampung, Metal, UK) – RadioGambarTelevisyenPermainan video
Politik
Pilihan rayaPemimpin antarabangsaNegara berdaulat
Pemimpin negara yang berdaulatGabenor wilayah
Sains dan teknologi
Angkasa lepasArkeologiPenerbanganBurung/OrnitologiPalaeontologiPengangkutan rel
Sukan
BadmintonBesbolBola keranjangBola tampar
Mengikut tempat
AfghanistanAfrika SelatanAlbaniaAlgeriaAmerika SyarikatAngolaAntartikaArab SaudiArgentinaArmeniaAustraliaAustriaAzerbaijanBangladeshBahamasBarbadosBelandaBelgiumBeninBhutanBosnia dan HerzegovinaBrazilBulgariaBurkina FasoBurundiCameroonCape VerdeChadChileChinaColombiaCosta RicaCôte d'IvoireCroatiaCubaCyprusCzechiaDenmarkEcuadorEl SalvadorEmiriah Arab BersatuEstoniaEthiopiaFilipinaFinlandGabonGeorgiaGhanaGreeceGuatemalaHungaryIcelandIndiaIndonesiaIraqIranIrelandIsraelItaliJepunJermanKanadaKazakhstanKembojaKenyaKesatuan EropahKorea UtaraKorea SelatanKuwaitLaosLatviaLibyaLithuaniaLuxembourgMacauMadagascarMaghribiMalawiMalaysiaMaliMesirMexicoMoldovaMontenegroMozambiqueMyanmarNepalNew ZealandNigerNigeriaNorwayOmanPakistanPalestinPerancisPeruPolandPortugalRepublik Afrika TengahRomaniaRusiaRwandaSenegalSepanyolSerbiaSingapuraSlovakiaSloveniaSomaliaSri LankaSudanSudan SelatanSwedenSwitzerlandSyriaTaiwanTanzaniaThailandTurkeyUgandaUkraineUnited KingdomUruguayUzbekistanVenezuelaVietnamYemenZambiaZimbabwe
Topik lain
Pemimpin agama
Kategori kelahiran dan kematian
KelahiranKematian
Kategori pernubuhan dan pembubaran
PenubuhanPembubaran
Kategori karya dan perkenalan
KaryaDiperkenalkan
Karya yang memasuki domain awam

2024 di Malaysia, 67 tahun kemerdekaan.
2024 akan menjadi ulang tahun ke-61 penubuhan Malaysia.

Perjawatan[sunting | sunting sumber]

Peringkat Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Peringkat Negeri[sunting | sunting sumber]

Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Januari[sunting | sunting sumber]

  • 1 Januari:
  • 2 Januari - Pangkalan data sosioekonomi pusat kebangsaan, Pangkalan Data Utama (PADU) dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.[3]
  • 3 Januari - Tiga rang undang-undang di Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kerajaan negeri mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui daripada Persekutuan, iaitu RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024 dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024 diluluskan.[4]
  • 5 Januari - Program 34 Je - Kita Suka mula bersiaran serentak di kesemua 34 saluran radio RTM termasuk siaran negeri dan daerah. Bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 3.40 hingga 4.14 petang. Pelancaran 34 Je - Kita Suka di Wisma Radio Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.[5]
  • 8 Januari - 8TV meraikan ulang tahunnya yang ke-20.
  • 10 Januari:
    • Merdeka 118, menara tertinggi di Malaysia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.[6]
    • Kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dibom dengan bom petrol. Kejadian pada jam 2.50 pagi tersebut, menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah kereta Koo Ham.[7]
  • 11 Januari - Malaysia dan Singapura memeterai memorandum pesefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).[8]
  • 17 Januari:
    • Nasi Lemak Kopi O kembali bersiaran di TV9 setelah dihentikan pada 4 Mac 2018 dan kini bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 10.30 pagi selama sejam.
    • Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menjadi penyampai berita di TV3 menerusi segmen Buletin Diraja.[9]
    • Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani dan Tan Meng Kheng, didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan melukakan perasaan agama orang lain berdasarkan Kanun Keseksaan. Mereka mengaku tidak bersalah.[10]
  • 19 Januari - Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 diadakan di Istana Negara.[11]
  • 20 Januari - Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) baharu bagi menggantikan Ahmad Fadhli Shaari.[12]
  • 25 Januari:
    • Thaipusam
  • 26 Januari - Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak menggantikan Taib Mahmud.[13]
  • 26-27Januari - Muzik Video Sayap nyanyian Elly Mazlein disiarkan menerusi saluran sementara (pop-up) dalam Astro. Penyanyi tersebut merupakan artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment yang berjaya memecahkan rekod 'Pelancaran Muzik Video Tanpa Henti Terpanjang di saluran TV Sementara (Pop-Up)' dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).
  • 29 Januari - Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mengisytihar harta.[14]
  • 30 Januari - Al-Sultan Abdullah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.[15]
  • 31 Januari - Sultan Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.[16]

Februari[sunting | sunting sumber]

  • 1 Februari:
    • Ulang tahun ke-50 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
    • Ulang tahun ke-50 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
  • 2 Februari - Lembaga Pengampunan mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan keputusannya memberikan pengampunan sebahagian kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak yang telah dipenjarakan di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, mengurangkan separuh tempoh penjaranya daripada 12 kepada 6 tahun dan mengurangkan jumlah denda daripada RM 210,000,000 hingga RM 50,000,000. Berikutan pengampunan itu, Najib dijangka dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028. Bagaimanapun, jika denda itu tidak dibayar, setahun akan ditambah kepada hukuman penjara baharunya.[17]
  • 9 Februari - Mahkamah Persekutuan mengiystiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah. Keputusan ini dibuat selepas mahkamah membenarkan petisyen yang dikemukakan oleh peguam, Elin Zurina Abdul Rashid dan anaknya, Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar undang-undang jenayah syariah negeri itu.[18]
  • 10-11 Februari - Tahun Baru Cina (Tahun Naga)
  • 13 Februari - Pesawat model BK160 Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC) terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang, Selangor. Tragedi tersebut mengorbankan Daniel Yee Hsiang Khoon (30 tahun) dan Roshaan Singh Raina (42 tahun).[19]
  • 19 Februari - Pelancong lemas di pantai buruk kuala terengganu.
  • 20 Februari - Cuti umum Ulang Tahun Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kali pertama buat negeri Melaka.
  • 27 Februari - Himpunan bersih 2024 reformasi 100 peratus.

Mac[sunting | sunting sumber]

  • 1 Mac - Sabitan hukuman merogol pembantu rumah warga Indonesia terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Perak, Paul Yong telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.[20]
  • 2 Mac - Pesilat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) selepas rebah ketika menyertai Kejohanan Silat Pra-Sukma Negeri Sembilan 2024 di Sikamat.[21]
  • 6 Mac:
    • Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dilepaskan dan dibebaskan daripada sembilan tuduhan rasuah membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.[22]
    • Dua pengunjung cedera dipercayai terjatuh daripada permainan “sotong ride” di sebuah pesta ria di Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu.[23]
  • 7 Mac - Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima nota ugutan di depan rumah keluarganya di Ayer Tawar, Manjung.[24]
  • 8 Mac - Ulang tahun ke-10 kehilangan Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia.
  • 9 Mac:
  • 11 Mac - Pasaraya Mydin Manjoi mengalami kerugian kira-kira RM50 juta akibat kebakaran.[27][28]
  • 12 Mac - Seksyen 11 dari Taiping Selatan ke Beruas, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi jajaran negeri Perak dibuka kepada pengguna.[29]
  • 13 Mac - Sebuah gambar yang menunjukkan toking yang tertera kalimah Allah, tuhan umat Islam di Malaysia pada stoking di KK Super Mart, Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya tular di media sosial.[30]
  • 19 Mac - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman fitnah difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung satu sidang media ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.[31]
  • 21 Mac - Pemuda berusia 22 tahun yang membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kejadian pada tahun 2017, kekal dipenjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Persekutuan.[32]
  • 26 Mac - Lima pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Mart serta pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung dengan penjualan stoking tertera kalimah Allah yang mencetuskan kemarahan umat Islam.[33]
  • 28 Mac - Pusat beli-belah IOI City Mall di Putrajaya menutup operasinya berikutan masalah gangguan bekalan elektrik.[34][35]
  • 30 Mac:
    • Bumbung bangunan Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, terbakar dipercayai akibat disambar petir.[36]
    • Dua pelajar Malaysia terkorban, manakala 3 lagi cedera dalam insiden kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand.[37]
    • Pasar raya KK Super Mart di Sungai Isap, Kuantan, Pahang mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat apabila dibaling dengan molotov cocktail.[38]
    • Lima penjenayah dipercayai aktif kes samun bersenjata di Putra Heights, ditembak mati dalam serangan berbalas.[39]
  • 31 Mac - Syarikat persendirian menurut syer, FGP Ventures didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah atas kesalahan menawarkan Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam (iRPS) secara tidak sah.[40]

April[sunting | sunting sumber]

  • 1 April - Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-78.
  • 3 April:
    • Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, untuk mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun kepada tahanan di rumah.[41]
    • Tokoh korporat, Tan Sri Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan dijangka berdepan tuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.[42]
  • 4 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (Rumah Bonda) untuk mencabar tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan menutup premisnya.[43]
  • 5 April - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu susulan kes penjualan stoking kalimah Allah di KK Super Mart.[44]
  • 14 April – Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.[45]
  • 19 April - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.[46]
  • 23 April - Kemalangan helikopter terhempas di stadium tldm manjung perak 10 maut.

Mei[sunting | sunting sumber]

Jun[sunting | sunting sumber]

Julai[sunting | sunting sumber]

Ogos[sunting | sunting sumber]

September[sunting | sunting sumber]

Oktober[sunting | sunting sumber]

November[sunting | sunting sumber]

Disember[sunting | sunting sumber]

Peristiwa yang dijadualkan[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Januari[sunting | sunting sumber]

Februari[sunting | sunting sumber]

Mac[sunting | sunting sumber]

April[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi - Abang Johari". Berita Harian. 1 Januari 2024. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  2. ^ "Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi". Harian Metro. 2024-01-01. Dicapai pada 2024-01-01.
  3. ^ Arif Aiman Asrol (2024-01-01). "PM lancar PADU esok". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-01.
  4. ^ "Sabah cipta lembaran sejarah di tahun baharu". www.utusanborneo.com.my. 2024-01-05. Dicapai pada 2024-01-20.
  5. ^ Lydia Saiful (2024-01-06). "RTM lancar kempen 34 Je Kita Suka". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-20.
  6. ^ "King opens Menara Merdeka 118". Malay Mail. 10 January 2024. Dicapai pada 12 January 2024.
  7. ^ "Rumah Ahli Parlimen Beruas dibaling bom petrol". Utusan Malaysia. 2024-01-10. Dicapai pada 2024-01-25.
  8. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/11/malaysia-singapura-meterai-mou-zon-ekonomi-khas/
  9. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/17/agong-permaisuri-tunjuk-bakat-baca-berita/
  10. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/17/pengarah-mentega-terbang-didakwa-melukakan-perasaan-agama-orang-lain/
  11. ^ BAKAR, JUANI MUNIR ABU; BAKAR, JUANI MUNIR ABU (2024-01-20). "Anwar, 3 bekas Perdana Menteri hadir Majlis Jamuan Teh Diraja". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2024-01-20.
  12. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/20/afnan-ketua-pemuda-pn-baharu/
  13. ^ https://www.malaysiakini.com/news/694352
  14. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/01/tun-daim-tiba-di-kompleks-mahkamah-kuala-lumpur/
  15. ^ https://www.kosmo.com.my/2023/10/26/pemerintahan-al-sultan-abdullah-sebagai-agong-tamat-30-januari-2024/
  16. ^ "65-Year Old Sultan Ibrahim Assumes the Throne as Malaysia's New King". Lokmat Times. Dicapai pada 31 January 2024.
  17. ^ "Najib gets reduction in jail time, fine". The Star. 2 February 2024. Dicapai pada 2 February 2024.
  18. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1212372/penghakiman-enakmen-kanun-jenayah-syariah-i-kelantan-2019-tak-ancam
  19. ^ https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1212210/pesawat-bk-160-gabriel-terhempas-di-kapar-apa-yang-kita-tahu
  20. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1218414/paul-yong-ada-peluang-merogol-pembantu-rumah-dalam-tempoh-30-minit
  21. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/03/pesilat-terengganu-meninggal-dunia-ketika-bertanding/
  22. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/isa-samad-lepas-bebas-tuduhan-rasuah/
  23. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/07/2-cedera-terjatuh-sotong-ride-di-sabah/
  24. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/07/menteri-terima-nota-ugutan-jangan-cabar-islam/
  25. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/sultan-selangor-tidak-teruskan-khidmat-sebagai-pengerusi-mki/
  26. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2024/03/10/aliff-aziz-dan-ruhainies-tampil-mohon-maaf-bakal-perjelas-kejadian-sebenar-ditangkap-khalwat
  27. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2024/03/pasar-raya-mydin-manjoi-terbakar/
  28. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2024/03/mydin-rugi-rm50-juta-akibat-kebakaran-pasar-raya-di-manjoi/
  29. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2024/03/seksyen-11-wce-taiping-selatan-beruas-dibuka-tol-percuma-dua-bulan-2/
  30. ^ Stoking Kalimah Allah Dijual, Firdaus Wong Minta Tindakan Segera My Berita (15 Mac 2024). Dicapai pada 22 Mac 2023.
  31. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/19/jamal-yunos-gagal-batal-saman-fitnah-kj/
  32. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/21/rayuan-akhir-ditolak-lelaki-bakar-tahfiz-ittifaqiyah-kekal-ditahan-dipenjara/
  33. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/25/pengarah-kk-mart-pembekal-didakwa-esok/
  34. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/28/ioi-city-mall-putrajaya-tutup-hari-ini/
  35. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/28/video-ioi-city-mall-bergelap-gangguan-bekalan-elektrik/
  36. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/30/bumbung-bangunan-kolej-matrikulasi-kedah-terbakar-dipanah-petir/
  37. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/30/dua-pelajar-malaysia-terkorban-kemalangan-di-new-zealand-wisma-putra/
  38. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/30/pasar-raya-kk-super-mart-sungai-isap-dibaling-bom-petrol/
  39. ^ https://www.kosmo.com.my/2024/03/30/lima-penyamun-ditembak-mati-di-putra-heights/
  40. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1075762/fgp-ventures-didenda-rm25000-tawar-irps-secara-tidak-sah-ssm
  41. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076895/najib-mohon-semakan-kehakiman-baki-penjara-enam-tahun-kepada-tahanan-di
  42. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1076720/pemilik-spanco-tiba-di-mahkamah-untuk-didakwa
  43. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077294/mahkamah-tolak-permohonan-rumah-bonda-cabar-perintah-jkm-tutup-premis
  44. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077408/saya-ditahan-di-ipd-kota-kinabalu-akmal
  45. ^ "Bodyguard injured after man shoots at wife at Kuala Lumpur airport, manhunt underway". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-14.
  46. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/660390/berita/semasa/pelajar-sekolah-meninggal-dunia-ketika-merentas-desa
  47. ^ "Pemilihan Bersatu mungkin tahun depan - Muhyiddin". Astro Awani. Dicapai pada 25 November 2023.