Pilihan raya umum Malaysia 2013: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Aurora (bincang | sumb.)
Baris 174: Baris 174:


Dua hari sebelum penaman calon, [[Pendaftar Pertubuhan]] (RoS) menghantar surat kepada DAP menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mungkin tidak sah. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan PKR.<ref>{{cite news |author=Lim Kit Sinag |title=DAP use of PAS and PKR symbols a game changer? |url=http://www.malaysiakini.com/news/227388 |newspaper=Malaysiakini |date=19 Apr 2013 |accessdate=19 April 2013}}</ref> Malam sebelum penamaan calon, RoS memaklumkan DAP boleh menggunakan simbol sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=ROS responds, no objection to DAP logo use |url=http://www.malaysiakini.com/news/227413 |newspaper=Malaysiakini |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun sebagai langkah berjaga-jaga, calon DAP membawa dua surat watikah pada hari penamaan calon, satu daripada DAP manakala satu lagi daripada PAS (di Semenanjung Malaysia) atau PKR (Malaysia Barat).<ref>{{cite news |author= |title=GE13: DAP to use rocket if RO accepts, says Guan Eng |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/19/nation/20130419192424&sec=nation |newspaper=The Star Online |date=19 April 2012 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=DAP guna simbol sendiri |url=http://www.sinarharian.com.my/dap-guna-simbol-sendiri-1.152188 |newspaper=Sinar Harian |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>
Dua hari sebelum penaman calon, [[Pendaftar Pertubuhan]] (RoS) menghantar surat kepada DAP menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mungkin tidak sah. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan PKR.<ref>{{cite news |author=Lim Kit Sinag |title=DAP use of PAS and PKR symbols a game changer? |url=http://www.malaysiakini.com/news/227388 |newspaper=Malaysiakini |date=19 Apr 2013 |accessdate=19 April 2013}}</ref> Malam sebelum penamaan calon, RoS memaklumkan DAP boleh menggunakan simbol sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=ROS responds, no objection to DAP logo use |url=http://www.malaysiakini.com/news/227413 |newspaper=Malaysiakini |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun sebagai langkah berjaga-jaga, calon DAP membawa dua surat watikah pada hari penamaan calon, satu daripada DAP manakala satu lagi daripada PAS (di Semenanjung Malaysia) atau PKR (Malaysia Barat).<ref>{{cite news |author= |title=GE13: DAP to use rocket if RO accepts, says Guan Eng |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/19/nation/20130419192424&sec=nation |newspaper=The Star Online |date=19 April 2012 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=DAP guna simbol sendiri |url=http://www.sinarharian.com.my/dap-guna-simbol-sendiri-1.152188 |newspaper=Sinar Harian |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>

PRU-13 mencatat sejarah tersendiri berikutan kemunculan paling ramai calon bebas. Sebelum ini, calon bebas lebih banyak mewarnai pilihan raya di Sabah dan Sarawak, namun kali ini fenomena sama turut berlaku di negeri di Semenanjung. Ini juga menyebabkan banyak kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan lebih. Kerusi paling ramai menyaksikan calon bertanding ialah dua DUN Sabah iaitu Kalabakan dan Sulabayan, yang membabitkan pertandingan tujuh penjuru.<ref>{{cite news |author= |title=PRU13: Calon Bebas warnai pilihan raya kali ini |url=http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_CalonBebaswarnaipilihanrayakaliini/m/mArticle |newspaper=Berita Harian |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>

Antara kejutan pada hari penamaan calon ialah calon bebas [[Ibrahim Ali (Malaysia)|Ibrahim Ali]] yang juga Presiden Perkasa akan mempertahankan kerusi parlimennya menentang calon PAS [[Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz]] sahaja. Calon BN bagi Pasir Mas Che Johan Che Pa walaupun hadir di pusat pencalonan tidak menghantar borang beliau.<ref>{{cite news |author= |title=BN pulls out, Ibrahim Ali in straight fight for Pasir Mas |url=http://www.malaysiakini.com/news/227426 |newspaper=Malaysiakini |date=20 Apr 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref><ref>{{cite news |author= |title=BN makes way for another Perkasa zealot as candidate |url=http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7085-bn-makes-way-for-another-perkasa-zealot-as-candidate.html |newspaper=Harakahdaily |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>


== Rujukan ==
== Rujukan ==

Semakan pada 14:39, 20 April 2013

Pilihan raya umum Malaysia 2013

← 2008 5 Mei 2013

Kesemua 222 kerusi Dewan Rakyat Malaysia
dan 505 kerusi DUN di 12 negeri
112 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Fail:Anwar Ibrahim-edited.jpg
Pemimpin Mohd Najib bin Abdul Razak Anwar Ibrahim
Parti Barisan Nasional Pakatan Rakyat
Pemimpin sejak 3 April 2009 28 Ogos 2008
Kerusi pemimpin Pekan, Pahang Permatang Pauh
Pilihan raya
lepas
140 kerusi, 50.27% 82 kerusi, 46.75%
Kerusi terkini 137 75
Kerusi yang
diperlukan
25 37

Penjawat kini Perdana Menteri

Mohd Najib bin Abdul Razak
Barisan Nasional

Bakal Perdana Menteri


Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad.[1] Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei.[2] Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.[3]

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.[4] Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.[5]

Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.[6]

Latar belakang

Pemerintah Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum 2008 dengan 140 kerusi, menjadikannya keputusan terburuk gabungan itu sejak pilihan raya 1969 (sebagai Parti Perikatan). Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendapat 82 kerusi, dengan itu menghalang BN mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat juga mendapat lima daripada 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) (namun tinggal empat selepas krisis politik Perak) serta 10 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Barisan Nasional

Selepas keputusan "kurang memberansangkan" ini, Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad Badawi mengumumkan pada 8 Oktober 2008, yang beliau akan mengundurkan diri, sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO.[7][8] Pemilihan presiden baharu diadakan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009, di mana Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak menang selepas menjadi calon tunggal yang layak bertanding.[9] Pada 2 April 2009, Dato' Seri Abdullah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Sultan Mizan Zainal Abidin. Pada 3 April, Dato' Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di hadapan baginda.[10]

Pakatan Rakyat

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, juga ketua Pakatan Rakyat kembali ke parlimen selepas 10 tahun apabila memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008. Isteri beliau, yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan Ahli Parlimennya supaya Dato' Seri Anwar dapat bertanding dan seterusnya kembali ke parlimen. Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya Mac 2008 kerana undang-undang tidak membenarkan seseorang yang dipenjara bertanding buat tempoh lima tahun selepas hukumannya berakhir, iaitu sehingga April 2008.

Parti lain

Selain daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, terdapat juga parti-parti lain yang berhasrat bertanding. Antaranya ialah Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang disokong Hindraf, Parti Maju Sabah (SAPP, bekas parti komponen BN), Parti Reformasi Negeri (STAR)[11] dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA). Penyertaan parti-parti ini akan menyebabkan pertandingan tiga penjuru di beberapa kerusi.

Peraturan baharu

Susulan laporan akhir PSC 2012, SPR telah mewartakan empat peraturan baharu pada 2012 bagi pilihan raya ini:[12]

  1. Penggunaan dakwat kekal
  2. Pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos
  3. Membenarkan orang kelainan upaya membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian
  4. Pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.

Pengundian pos bagaimanapun masih dibenarkan, bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang memenuhi syarat.[13] Jari mereka tidak perlu ditanda dengan dakwat kekal, manakala warna dakwat bagi pengundi awal dan pengundi biasa adalah berbeza.[14]

Pengundi

Berdasarkan daftar pemilih, SPR menyatakan terdapat 12,992,661 pengundi biasa dan 275,341 pengundi awal, menjadikan seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini. Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (di luar negara).[15]

SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 saluran mengundi. Daripada jumlah itu, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi bakal disediakan bagi pengundi biasa, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat mengundi.[15]

Pemerhati

SPR telah melantik kira-kira 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan lebih 2,500 individu untuk bertindak sebagai pemerhati tempatan pada pilihan raya kali ini. Di peringkat antarabangsa pula, lima negara ASEAN iaitu Kemboja, Myanmar, Thailand, Indonesia dan Filipina bersetuju menghantar seramai tujuh orang pemerhati daripada setiap negara. Para pemantau hanya dibenarkan memantau proses membuang undi dan tidak mempunyai kuasa mengganggu pengundi.[16]

Sebelum itu, tiga NGO menubuhkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU) bagi merekrut sukarelawan menjadi pemerhati PRU13. Mereka ialah Bersih 2.0, MAFREL dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas). Badan ini bagaimanapun tidak diiktiraf SPR.[17]

Isu pilihan raya

Kedua-dua pemerintah Barisan Nasional dan lawannya Pakatan Rakyat telah menimbulkan pelbagai isu dan insentif bagi menarik hati rakyat Malaysia.

GTP dan 1Malaysia

Selepas Najib mengambil alih daripada Abdullah Badawi, beliau memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang berusaha meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih telus. Tonggaknya enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diukur melalui satu siri Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Pentadbiran Najib juga melancarkan gagasan 1Malaysia bagi memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia menjadi dasar awam, dengan pelbagai inisiatif seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),[18] Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Buku Jingga

Pakatan Rakyat mengeluarkan Buku Jingga yang menggariskan rancangan mentadbir negara sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan pada pilihan raya mendatang.[19] Justeru, mereka memfokus pada tadbir urus baik negeri-negeri yang kekal dikuasai mereka (Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor) walaupun tidak mendapat kerjasama penuh kerajaan persekutuan[20] Satu perkara yang telah diserlahkan ialah prestasi baik ekonomi Pulau Pinang dan Selangor yang dilaporkan menarik pelaburan perniagaan lebih tinggi dibandingkan dengan negeri lain di mana BN memerintah.[21] Pada 2011, Pulau Pinang dan Selangor merekod sejumlah RM 17.8 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan, 30% lebih sedikit daripada jumlah pelaburan.[22]

BERSIH

Kumpulan pemantau pilihan raya BERSIH menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, menganjurkan dua perhimpunan selepas pilihan raya lalu, pada 2011 dan 2012. Mereka mendakwa terdapat kecacatan dalam proses pilihan raya dan senarai pemilih akibat proses persempadanan kawasan, pertukaran tempat mengundi, pengundi hantu, pembelian undi dan penipuan undi pos.[23][24][25]

Manifesto

Pakatan Rakyat melancarkan manifesto mereka, dengan tema "Pakatan Harapan Rakyat", pada 25 Februari 2013.[26] Manakala Barisan Nasional hanya melancarkan manifesto mereka bertema "Menepati Janji, Membawa Harapan", disebut dokumen "aku janji", selepas parlimen dibubarkan. Pelancaran itu diadakan dalam satu majlis khas pada 6 April, dan disiarkan secara langung melalui stesen televisyen RTM dan swasta.[27][28]

Buat pertama kali, parti politik ditawarkan membentangkan manifesto mereka di RTM selepas parlimen dibubarkan.[29] Tawaran ini bagaimanapun ditolak Pakatan Rakyat kerana masa yang pendek (10 minit) dan perlu direkod, dikhuatiri akan disunting dahulu sebelum disiarkan.[30] Ini berbeza dengan siaran langsung dua jam pelancaran manifesto BN oleh media milik kerajaan dan swasta.[31][32] Beberapa penganalisis berpendapat kedua-dua manifesto ini hampir serupa.[33] Kedua-dua BN dan PR mengeluarkan manifesto mereka dalam enam bahasa: Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Kadasan-dusun dan Iban. Selain manifesto utama, terdapat juga manifesto khusus yang lebih terperinci untuk negeri-negeri tertentu.[34]

Garis panduan kerajaan sementara

Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut perihal kerajaan sementara secara langsung. Namun sebuah kerajaan atau kabinet perlu wujud pada setiap masa bagi membantu Yang di-Pertuan Agong mentadbir negara. Kerajaan sementara ini boleh berfungsi sebagaimana kerajaan biasa tertakluk kepada beberapa syarat; tidak membuat keputusan dasar besar yang mengikat kerajaan akan datang, tidak membuat pelantikan jawatan penting, dan tidak menandatangani kontrak besar.[35][36] Bersih 2.0 mendakwa Perdana Menteri Najib melanggar peraturan ini apabila mengumumkan projek besar di Cyberjaya bernilai RM8 bilion.[37]

Pembubaran DUN dan Parlimen

Mengikut undang-undang, kedua-dua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan terbubar secara automatik selepas lima tahun daripada persidangan pertama. Lalu pilihan raya baharu wajib diadakan dalam masa 60 hari. Selepas pembubaran, sama ada secara automatik atau dibubarkan, kerajaan sedia ada akan kekal sebagai kerajaan sementara. Kerajaan sementara hanya dibenarkan meneruskan komitmen lama dan tidak boleh membuat komitmen baharu.[38]

Pada 28 Mac, DUN Negeri Sembilan telah terbubar kerana tamat tempoh, sekaligus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.[39]

Selangor bercadangkan membubarkan DUN pada 22 April, iaitu hari pembubaran automatiknya, sekiranya parlimen belum dibubarkan pada masa itu.[40]

Parlimen akhirnya dibubarkan pada 3 April,[4] dan disusuli semua negeri (kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan).[15]

Berikut merupakan tarikh setiap DUN akan terbubar dengan sendirinya:[41]

Tarikh Negeri Nota
28 Mac
Negeri Sembilan[39] DUN pertama terbubar automatik
7 April
Pahang
21 April
Johor
22 April
Selangor
25 April
Perak
26 April
Melaka
28 April
Perlis
Kelantan
Sama dengan Parlimen
29 April
Sabah
2 Mei
Pulau Pinang
6 Mei
Kedah
Terengganu
Terakhir

DUN Sarawak tidak akan terbubar sehingga 2016 memandangkan pilihan raya terakhir diadakan pada 2011.

Penamaan calon

Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei. Ini memberikan tempoh berkempen rasmi selama 15 hari. Tempoh lama ini membolehkan pengundian awal dijalankan pada 30 April.[15]

Pakatan Rakyat mengumumkan calon mereka secara berperingkat mengikut parti dan tempat.[42] Penasihat DAP Lim Kit Siang misalnya, sebelum parlimen dibubarkan lagi telah mengumumkan akan bertanding di parlimen Gelang Patah, kubu BN di Johor.[43] Pada 13 April, PAS mengumumkan akan bertanding di lapan parlimen dan 30 DUN di negeri Johor. Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw akan turut bertanding, menjadikan beliau calon pertama DHPP yang diumum bertanding atas tiket PAS.[44] Walaupun kebanyakan ahli parlimen PKR akan kekal bertanding,[45] mereka turut menampilkan muka baharu apabila mengumumkan bertanding sembilan kerusi parlimen dan 19 kerusi DUN di Perak. Lebih 80% calon mereka merupakan orang baharu, kebanyakannya golongan profesional.[46] Presidennya Wan Azizah Wan Ismail, yang sebelum ini hanya bertanding menggantikan suaminya Anwar, tidak akan bertanding.[47]

Sementara itu, Barisan Nasional hanya mengumumkan senarai calon mereka bermula 15 April. Sepertiga calon parlimen dan hampir separuh calon DUN merupakan orang baharu. Kesemua calon-calon ini dianggap sebagai calon boleh menang (winnable).[48] BN turut menurunkan calon bebas rakan BN untuk bertanding, misalnya Zulkifli Noordin yang merupakan naib presiden Perkasa.[49] Bagaimanapun, beberapa nama besar digugurkan. Antaranya bekas Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad Badawi,[50] Ketua Wanita UMNO dan bekas Menteri Pembangunan Wanita Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pelancongan Ng Yen Yen, Menteri Penerangan Rais Yatim dan Presiden MCA Chua Soi Lek.[51] Naib presiden Gan Ping Sieu serta bekas presiden MCA Ong Tee Keat juga tidak terpilih.[52] Menteri Besar Perlis Md Isa Sabu pula bersara.[53] Selain MCA, tiga lagi presiden parti komponen BN tidak bertanding: Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, Presiden SUPP Peter Chin Fah Kui dan Presiden PPP M. Kayveas.[54]

Dua hari sebelum penaman calon, Pendaftar Pertubuhan (RoS) menghantar surat kepada DAP menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mungkin tidak sah. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan PKR.[55] Malam sebelum penamaan calon, RoS memaklumkan DAP boleh menggunakan simbol sendiri.[56] Namun sebagai langkah berjaga-jaga, calon DAP membawa dua surat watikah pada hari penamaan calon, satu daripada DAP manakala satu lagi daripada PAS (di Semenanjung Malaysia) atau PKR (Malaysia Barat).[57] Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri.[58]

PRU-13 mencatat sejarah tersendiri berikutan kemunculan paling ramai calon bebas. Sebelum ini, calon bebas lebih banyak mewarnai pilihan raya di Sabah dan Sarawak, namun kali ini fenomena sama turut berlaku di negeri di Semenanjung. Ini juga menyebabkan banyak kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan lebih. Kerusi paling ramai menyaksikan calon bertanding ialah dua DUN Sabah iaitu Kalabakan dan Sulabayan, yang membabitkan pertandingan tujuh penjuru.[59]

Antara kejutan pada hari penamaan calon ialah calon bebas Ibrahim Ali yang juga Presiden Perkasa akan mempertahankan kerusi parlimennya menentang calon PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sahaja. Calon BN bagi Pasir Mas Che Johan Che Pa walaupun hadir di pusat pencalonan tidak menghantar borang beliau.[60][61]

Rujukan

  1. ^ "Parlimen automatik bubar 30 April". BERNAMA. 2013/03/28. Dicapai pada 2 April 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Malaysia's GE13 must be held latest by May 28, says EC chief". The Straits Times. Dicapai pada 5 April 2013.
  3. ^ Sandra Sokial (4 April 2013). "Sabah State Assembly dissolved". BorneoPost Online. Dicapai pada 11 April 2013.
  4. ^ a b Ariffuddin Ishak (3 April). "Parlimen Dibubar Hari Ini". mStar Online. Dicapai pada 3 April 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Najib guarantees peaceful transfer of power to PR". Harakahdaily. 3 April 2013. Dicapai pada 4 April 2013.
  6. ^ "GE13: Polls on May 5, EC announces". The Star Online. Dicapai pada 10 April 2013.
  7. ^ Malaysia's leader to step down as party loses clout, (International Herald Tribune), 8 Oktober 2008.
  8. ^ Badawi to step down as Malaysia's PM in March, (ABC Radio Australia), 8 Oktober 2008.
  9. ^ Malaysia's Najib 1 step away from premier's post, (Associated Press), 26 Mac 2009.
  10. ^ Malaysia's Najib sworn in as new prime minister, (Channel News Asia), 3 April 2009.
  11. ^ Luke Rintod (10 April 2013). "Opposition 'spoilers' giving Sabah BN quiet wins". Free Malaysia Today. Dicapai pada 11 April 2013.
  12. ^ Noor Farhana Ahmad Norain. "Lebih 10 Elemen Baharu Dilaksana Pada PRU-13". BERNAMA. Dicapai pada 5 April 2013.
  13. ^ Boo Su-Lyn (05 Apr 2013). "DAP blames EC for low overseas postal voter registrations". The Malaysian Insider. Dicapai pada 12 April 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ "Colour Of Indelible Ink Will Only Be Known On Polling Day Itself". Bernama.com. 11 April 2013. Dicapai pada 12 April 2013.
  15. ^ a b c d "Penamaan calon 20 April, undi 5 Mei". Sinar Harian. 10 April 2013. Dicapai pada 10 April 2013.
  16. ^ Anita Abu Hasan (4 April 2013). "'Pemantau bukan pengacau'". Sinar Harian. Dicapai pada 15 April 2013.
  17. ^ Norfatimah Ahmad (2013/01/10). "PEMANTAU diberi amaran". Berita Harian. Dicapai pada 15 April 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ "BR1M". Barisan Nasional. Dicapai pada 16 April 2013.
  19. ^ "Arah hentam, Najib memang takut Buku Jingga". Harakahdaily. 14 Mei 2011. Dicapai pada 16 April 2013.
  20. ^ Liew Chin Tong (16 Disember 2010). "Building Pakatan states". The Edge. Dicapai pada 13 April 2013.
  21. ^ Debra Chong (28 Jan 2012). "Penang, Selangor proof Malaysia will thrive under Pakatan, says Pua". The Malaysian Insider. Dicapai pada 16 April 2013.
  22. ^ "MALAYSIA INVESTMENT PERFORMANCE 2011". Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Februari 2012. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  23. ^ Susan Loone (8 Dis 2010). "BERSIH 2.0: Teliti persempadanan semula". Malaysiakini. Dicapai pada 12 April 2013.
  24. ^ Mohd Ezli Mashut (16 Mac 2012). "Bersih 2.0 : Perjelas Pemindahan Mengundi MB". Media Selangorku. Dicapai pada 12 April 2013.
  25. ^ "Fears of phantom voters, vote buying, and media bias cloud Malaysia poll". The Standard. 20 Mac 2013. Dicapai pada 12 April 2013.
  26. ^ Mohd Farhan Darwis (25 Feb 2013). "Main - Bahasa - PR lancar manifesto PRU13 dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat'". The Malaysian Insider. Dicapai pada 8 April 2013.
  27. ^ "PRU-13: Manifesto BN dokumen aku janji kepada rakyat - PM". Utusan Online. 06/04/2013. Dicapai pada 8 April 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  28. ^ "PRU-13: PM Lancar Manifesto Barisan Nasional". mStar Online. 6 April 2013. Dicapai pada 8 April 2013.
  29. ^ "Political Parties To Get 10 Minutes Each On RTM To Present Manifestos - Rais". BERNAMA. 22 Mac 2013. Dicapai pada 3 April 2013.
  30. ^ Aliff Fikri (29 Mac 2013). "Manifesto 10 minit: SPR jangan jadi alat Umno BN". KeadilanDaily. Dicapai pada 3 April 2013.
  31. ^ "Manifesto: PR 10 minit, BN siaran langsung". HarakahDaily. 6 April 2013. Dicapai pada 8 April 2013.
  32. ^ Jamilah Hamzah (8 April 2013). "Siaran manifesto: Pakatan dakwa tidak adil, mahu penjelasan SPR". Sinar Harian. Dicapai pada 10 April 2013.
  33. ^ Barry Porter & Manirajan Ramasamy (8 Apr 2013). "Malaysia's Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar's". Bloomberg. Dicapai pada 10 April 2013.
  34. ^ Carolyn Hong (14 April 2013). "'War of manifestos' kicks off". The Straits Times. Dicapai pada 17 April 2013.
  35. ^ "Caretaker Government Must Exist When Parliament Is Dissolved - Abdul Gani". Bernama.com. 7 April 2013. Dicapai pada 8 April 2013.
  36. ^ Pauline Wong dan Michelle Chun (5 April 2013). "Bersih 2.0 makes public caretaker guidelines". theSundaily. Dicapai pada 8 April 2013.
  37. ^ Anisah Shukry (5 April 2013). "Bersih: Najib's conduct unbecoming". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 April 2013.
  38. ^ "Nazri Wants Attorney-General's Chambers To Set Guidelines For Caretaker Government". BERNAMA. 26 Mac 2013. Dicapai pada 2 April 2013.
  39. ^ a b Radhi Razak (28 Mac 2013). "DUN Negeri Sembilan Bubar : Catat Sejarah Baru". KLpos. Dicapai pada 2 April 2013.
  40. ^ Lisa J. Ariffin (26 Mac 2013). "Pakatan states may dissolve assemblies on April 22". Free Malaysia Today. Dicapai pada 2 April 2013.
  41. ^ Farik Zolkepli (28 Mac 2013). "GE13: Why states have different swearing-in dates - 13th Malaysian General Election GE13". The Star Online. Dicapai pada 2 April 2013.
  42. ^ "Karpal: Only One Or Two DAP Candidates Get To Contest Two Seats". Bernama.com. 12 April 2013. Dicapai pada 16 April 2013.
  43. ^ Mohd Haikal Mohd Isa (15 April 2013). "Can Kit Siang Win Over Malay Voters In Suburban Gelang Patah?". Bernama.com. Dicapai pada 16 April 2013.
  44. ^ "PAS Johor umum calon, tanding 8 Parlimen 30 Dun". Harakahdaily. 13 April 2013. Dicapai pada 16 April 2013.
  45. ^ "GE13: No surprises in PKR parliamentary candidates line-up - 13th Malaysian General Election GE13". The Star Online. 11 April 2013. Dicapai pada 16 April 2013.
  46. ^ "PKR to contest 9 parliament and 19 state seats in Perak". Astro Awani. 16 April 2013. Dicapai pada 16 April 2013.
  47. ^ "Wan Azizah sahkan tidak bertanding PRU13". Sinar Harian. 11 April 2013. Dicapai pada 17 April 2013.
  48. ^ "GE13: Many new faces in Barisan line-up - 13th Malaysian General Election GE13". The Star Online. 16 April 2013. Dicapai pada 16 April 2013.
  49. ^ Rahimy Rahim (16 April 2013). "GE13: BN sets the stage for major battles - 13th Malaysian General Election GE13". The Star Online. Dicapai pada 16 April 2013.
  50. ^ "GE13: Penang - Reezal Merican replaces Pak Lah in Kepala Batas, Mazlan Ismail for Permatang Pauh - 13th Malaysian General Election GE13". The Star Online. 16 April 2013. Dicapai pada 17 April 2013.
  51. ^ "Malaysia PM drops scandal-hit figures from polls". Channel NewsAsia. 16 Apr 2013. Dicapai pada 17 April 2013.
  52. ^ "MCA introduces 68 new faces, drops Tee Keat". Free Malaysia Today. 15 April 2013. Dicapai pada 17 April 2013.
  53. ^ Derrick Vinesh dan Kow Kwan Yee (16 April 2013). "GE13: Perlis - Shahidan to contest in Arau parliamentary seat, Isa out - 13th Malaysian General Election GE13". The Star Online. Dicapai pada 17 April 2013.
  54. ^ "Tsu Koon antara empat presiden parti turut tidak bertanding". The Malaysian Times. 15 April 2013. Dicapai pada 17 April 2013.
  55. ^ Lim Kit Sinag (19 Apr 2013). "DAP use of PAS and PKR symbols a game changer?". Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2013.
  56. ^ "ROS responds, no objection to DAP logo use". Malaysiakini. 20 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
  57. ^ "GE13: DAP to use rocket if RO accepts, says Guan Eng". The Star Online. 19 April 2012. Dicapai pada 20 April 2013.
  58. ^ "DAP guna simbol sendiri". Sinar Harian. 20 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
  59. ^ "PRU13: Calon Bebas warnai pilihan raya kali ini". Berita Harian. 20 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
  60. ^ "BN pulls out, Ibrahim Ali in straight fight for Pasir Mas". Malaysiakini. 20 Apr 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
  61. ^ "BN makes way for another Perkasa zealot as candidate". Harakahdaily. 20 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013.

Pautan luar

Manifesto


Didahului oleh:
2008
Pilihan raya umum Malaysia Diikuti oleh:
(belum ditetapkan)