Hubungan Malaysia-China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera RRC
Bendera Malaysia

Hubungan Malaysia-Republik Rakyat China dalam bentuk sekarang bermula pada 1974.

Abad Pertama[sunting | sunting sumber]

Dari catatan 'Han Shu (Buku Dinasti Han)' (Edisi: 28), karya Ban Gu (32-92) sejak abad pertama wujud jalan maritim antara China dengan India.Ketika itu, Semenanjung Tanah Melayu dan Selat Melaka menjadi laluan dan tempat persinggahan. Nama 'Duyuan' sebenarnya ialah Duyung di Terengganu.

Banyak seramik dinasti Qin (221 sebelum Masehi (SM) _ 206 SM) dan Dinasti Han (206 SM-220 M) China di temui di Lembah Sungai Johor adalah bukti jelas hubungan China dengan Malaysia sekitar abad pertama.

Sejarawan K.G.Tregonning dalam bukunya Malaysian Historical Sources (Singapore, 1965, m2) dan The Encyclopedia Americana (Edisi:8, 1963, m.164) menyatakan Semenanjung Tanah Melayu merupakan persinggahan terbaik bagi perdagangan China-India .

Abad ke-3[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-3, Empayar Wu (222-280) di China telah mengirim Shun Quan dan Zhu Ying ke Tantalam, Pu Luo Zhong dan Wu Wen di sekitar Kelantan, Johor

Abad ke-5 dan abad ke-7[sunting | sunting sumber]

Abad ke-5 dan abad ke-7, Utusan empayar-empayar Dan Dan, Ban Ban dan Langkasuka yang terletak di Kelantan, Kedah, Perlis, Perak pernah melawat China. Abad ke-7 Maharaja China Dinasti Sui mengirim Chang Jun dan Wang Jun Zheng ke Empayar Chi Tu di Timur laut Semenanjung Tanah Melayu.30 kapal Chi Tu sampai ke sana.Ketika Chang Jun hendak kembali, Maharaja Chi Tu mengarahkan putera mahkotanya turut ke China sebagai kunjungan balas.

Era Zheng He dan Kesultanan Melaka[sunting | sunting sumber]

Zheng He Laksamana armada China, nama Islamnya Maa San Pao

Pada abad ke-15, angkatan kapal dan diplomasi pimpinan Laksamana Zheng He (Cheng Ho) singgah di Melaka pada zaman Dinasti Ming (1368-1643). Pada awal abad ke-15, Melaka menghantar 40 tahil emas kepada Siam untuk mengelak diserang.Pada 1403, utusan China Yi Qing ke Melaka . Pada 1407 Melaka memohon perlindungan daripada ancaman Siam.Melaka mengadu tentera Siam telah dihantar ke Melaka dan merampas cap kempa.Maharaja Ming mengarahkan Siam mengembalikan cap kempa empayar kepada Melaka.Kemudian pada 1409 Zheng He diutuskan pergi ke Siam untuk menegah persengketaan antara Siam-Melaka.

Tahun 1411, Maharaja Melaka Parameswara bersama permaisuri, putera dan pengiring-pengiringnya seramai 540 melawat China di zaman Dinasti Ming. Selama sebulan Parameswara berada di China dan diberi jamuan besar-besaran.

Dalam jamuan perpisahan , Maharaja Ming memberi ucapan :

Berkat lindungan Tuhan, baginda berhasil sampai di ibu negara China dengan mengharungi samudera yang luas. Pertemuan itu sangat menggembirakan. Kami berusaha agar baginda lebih lama bertamu di China. Namun, mahu tidak mahu kami terpaksa melepaskan baginda mengingat bahawa Baginda sedang dinanti-nantikan oleh segenap rakyat Melaka. Kini hawa mulai sejuk dan kebetulan terdapat angin monson yang menguntungkan pelayaran ke sebelah selatan. Kami mengucapkan selamat jalan,.

Maharaja Ming menghadiahkan Maharaja Melaka berbagai cenderamata seperti pita emas yang bertatahkan giok, tongkat kebesaran, kuda yang berpelana bagus, emas, perak dan pelbagai sutera dewangga.

Kedatangan Laksamana Zheng He yang bernama Mah Sam Po disambut besar-besaran. Bukit Sam Po di Melaka, Perigi Sam Po dan Tokong Sam Po membuktikan kehebatan Zheng He.Di Terengganu, Pulau Pinang dan Sarawak terdapat Tokong Zheng He. Catatan Zheng Xie dalam bukunya sekitar 400 tahun menyatakan kedatangan Barat digelar sebagai binatang oleh pendidukan Semenanjung Tanah Melayu.

Dari tahun 1411 hingga 1433, tiga orang raja Melaka telah berturut-turut berkunjung ke China sebanyak lima kali. Setiap kunjungan dari raja Melaka diberi sambutan meriah di pihak raja Ming.

Puteri Hang Li Po[sunting | sunting sumber]

Maharaja China Yung Lo yang digambarkan pelukis

Buku Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang ada mencatatkan perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka. Raja China meminta utusan Melaka, Tun Perpatih Putih menjemput Sultan Mansur Shah (1456-1477) ke China untuk dikahwinkan. Puteri Hang Li Po diislamkan. Di Melaka terdapat sebuah Bukit Cina / Bukit Sam Po dan Perigi Hang Li Po.Bukit Sam Po dihadiahkan Sultan kepadanya sebagai mas kahwin dan tempat tinggal 500 dayangnya . Menteri China yang menghantar Puteri Hang Li Po ialah Dipo, bukan Laksamana Zheng He.

Dalam Sejarah Melayu, Sultan Melaka pernah menghantar surat kepada Kerajaan Ming untuk melaporkan kematian Puteri Hang Li Po. Diceritakan juga seorang anak Puteri Hang Li Po telah dilantik menjadi Penghulu di Jeramdi sempadan negeri Selangor.

Namun begitu tidak terdapat cerita perkahwinan ini dalam catatan sejarah China seperti sejarawan Ma Huan, Fei Xin dan Gong Zhen .

Menurut Purcell (1967: 20) ada seorang jeneral Portugis ketika menduduki Melaka pada tahun 1511 telah meninggalkan catatan:

“MegatIskandar Shah (yang bertakhta antara 1414 hingga 1424), iaitu Sultan Melaka ke-2, pernah memperisteri puteri dari seorang kapten China di Melaka.[1]

Sumber herba dan seramik[sunting | sunting sumber]

Menurut Dong Xi Yang Kao (Studi Mengenai Samudera Timur & Samudera Barat) yang ditulis oleh Zhang Xie (1574-1640) Dinasti Ming, menyatakan penduduk di Kelantan tidak memakai seramik melainkan anyaman buluh atau daun sebagai pinggan makan. Rumah penduduk Johor telah menggunakan piring seramik yang diimport dari Dinasti Ming.Pada 1954 ditemui 33 seramik China hasil keluaran Jingdezhen , Propinsi Jiangxi, China. Bahan seramik (tanah liat) dari Sarawak dan Sabah digunakan dalam membuat seramik berwarna biru dan putih di Jingdezhen.

Semasa Dinasti Ming ramuan herba dari Melaka, Johor dan Pahang diekport ke China.Antaranya ialah cula (tanduk badak), penyuk sisik, kemenyan Arab, kayu gaharu, mur dan pinang.Istilah 'pinang' termuat dalam buku kuno Dinasti Tang abad ke-7.Buah pinang dari Semenanjung Tanah Melayu dan Asia Tenggara lain dibawa ke China pada 1300.Terdapat 456 jenis ramuan tradisional China di Malaysia.

Zaman moden[sunting | sunting sumber]

Sun Yat Sen[sunting | sunting sumber]

Sun Yat Seng pernah pergi ke Pulau Pinang

Dr Sun Yat Sen pernah pergi ke Pulau Pinang sebanyak 5 kali iaitu 1905, 1910, 1911 . Beliau menubuhkan Kesatuan Persuratan Pulau Pinang pada 1908. Persidangan Pulau Pinang 1910 yang diadakan pada 13 November 1910 di Malaya bagi memungut derma di seluruh Tanah Melayu dalam satu usaha yang membantu membiayai Pemberontakan Guangzhou Kedua (juga dikenali sebagai Pemberontakan Timbunan Bunga Kuning) tahun 1911.Peranan yang dimainkan orang Cina di Asia Tenggara ketika Revolusi 1911 amatlah penting sehingga Sun sendiri mengiktiraf "Orang Cina Seberang Laut sebagai Ibu Revolusi".

Di Pulau Pinang, Kesatuan Persuratan Pulau Pinang yang diasaskan oleh Sun pada tahun 1908, dan premisnya di 65 Jalan Macalister menjadi Muzium Dr Sun Yat-Sen.Pada 15 Ogos 1988, Tun Dr Mahathir menganjurkan batu bersurat dibina di Pulau Pinang bagi mengenang kedatangan Dr Sun Yat Sen.[2]

Diplomasi Pingpong 1971[sunting | sunting sumber]

Pada 1971, Pengerusi Persatuan Pingpong Malaysia, yang juga rakan baik Tun Abdul Razak, Tan Sri Michael Chen Wing Sum mengetuai pasukan pingpong Malaysia menyertai Kejohanan Pingpong Asia, Afrika dan Amerka Latin di Beijing. Tan Sri Michael Chen menyampaikan surat Tun Abdul Razak yang ditulis dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Malaysia kepada Perdana Menteri China, Zhou Enlai. Zhou Enlai segera mengarah Menteri Luar Ji Pengfei untuk mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Michael Chen.

1972, rombongan pingpong Malaysia sekali lagi melawat China. Rombongan pingpong China pula melawat Malaysia pada tahun 1973 diketuai pemain pingpong terkenal China, Zhuang Zedong.[3]

China menyertai PBB[sunting | sunting sumber]

Pada 1971 wakil Malaysia di PBB menggesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa China diterima masuk ke dalam PBB. Malaysia berpendirian bahawa hanya ada satu China, iaitu Republik Rakyat China (RRC) manakala Taiwan adalah sebahagian dari wilayah China.

Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara menjalin hubungan diplomatik dengan China.

Era Tun Abdul Razak[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat antara Tun Abdul Razak dengan En Lai di Beijing 1975

Pada bulan Mei 1971, Pengerusi Pernas, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai rombongan perdagangan Malaysia menyertai Ekspo Perdagangan Guangzhou. Perdana Menteri China, Zhou Enlai dan Naib Perdana Menteri, Li Xiannian telah mengadakan pertemuan dengan ahli rombongan Malaysia .Turut serta ialah Abdullah Majid.Republik Rakyat China mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos - 27 Ogos 1971. Ini menandakan China telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dalam perhimpungan agung PBB Oktober t1971, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB.[4]

Pada 28 Mei - 2 Jun 1974, rombongan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak berkunjung ke Beijingdan disambut oleh Zhou Enlai, Perdana Menteri Republik Rakyat China.Pengarusi Mao Zedong juga mengadakan pertemuan dengan Tun Abdul Razak. Zhou Enlai dan Tun Abdul Razak menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei 1974. Penggerak hubungan diplomatik itu ialah Tan Sri Michael Chen dan Abdullah Ahmad.

Sejak itu, pemimpin China melawat Malaysia .Antaranya ialah Deng Xiao Ping, Jiang Zemin, Li Peng, Zu Rongji dan Hua Jintao. Perdana Menteri Li Peng berkunjung semula ke Broga kerana semasa mudanya beliau pernah bekerja di Broga.

Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi pernah melawat negara China. Tun Dr Mahathir melawat China sebanyak 7 kali.

Era Tun Dr Mahathir Mohamad[sunting | sunting sumber]

Bagi Tun Dr Mahathir 'ancaman China' tidaklah sebesar mana berbanding ancaman dari Barat terutama kuasa unipolar Amerika Syarikat(The International Chinese Newsweekly Asian Weeks, 10-16 Mac 1999, p.25). Sesungguhnya China tidak bercita-cita menceroboh dan China cintakan damai. Malaysia dan China tidak gemar cara Barat mengwar-warkan hak asasi manusia untuk menekan negara lemah. China ditekan berikutan tragedi berdarah di Dataran Tiananmen.

Perdana Menteri China, Zhu Rongji menyatakan hubungan diplomatik 25 tahun Malaysia-China (1974-1999) cukup bermakna kerana keamanan di sebelah Asia Timur dan Asia Tenggara cukup terasa. Ucapan itu diberikan semasa kunjungan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ke Beijing pada Ogos 1999. Dr Mahathir telah bergambar di Tembok Besar China bersama Lee Lam Thye dan lain-lain.

Sejak 1985 terdapat 10 perjanjian persefahaman (MOU} dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi sains dan sukan.Sehingga Jun 1999 jumlah perdagangan China-Malaysia ialah 15 bilion ringgit (di antaranya nilai eksport Malaysia ke China lebih besar daripada nilai eksport China ke Malaysia).[5]

Era Abdullah Ahmad Badawi[sunting | sunting sumber]

Pada 16 September 2003, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri Forum perniagaan Malaysia-China. Abdullah menyatakan kejayaan China bukanlah cabaran bagi Malaysia. Hubungan dua negara saling lengkap-melengkapi. Lawatan Abdullah ke China pada 31 Mei 2004, sebanyak 28 memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani. Ia termasuk bidang pertanian, penerbangan, perkapalan, tenaga, kewangan, buruh, sains dan teknologi, angkasa lepas, kebudayaan, pendidikan dan kesihatan umum.

Era Najib Tun Razak[sunting | sunting sumber]

Malaysia adalah antara 10 pelabur terbesar di China pada 2008 .China kini rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dan pasaran eksport keempat terbesar. Kebanyakan import Malaysia adalah dari China. China juga merupakan destinasi penting bagi pelaburan Malaysia. Tahun 2008, Malaysia merupakan pelabur asing ke-19 terbesar di China.

China adalah kuasa ekonomi yang bertanggungjawab apabila ia dihargai negara-negara Asia semasa Krisis kewangan 1997-1998 dengan tidak menurunkan nilai mata wangnya. Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah $39.06 bilion pada 2008, meningkat sebanyak 10.3 peratus berbanding dengan 2007. Perdagangan dua hala adalah kurang daripada $100 juta pada 1974 apabila Tun Razak melakukan lawatan bersejarah itu.Tahun 2008, 949,800 pelancong China melawat Malaysia - angka kelima terbesar selepas Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei - jumlah terbesar dari luar ASEAN.[6]

Datuk Seri Najib Tun Razak pernah melawat China sebanyak dua kali ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pada 3 Jun 2009, rombongan Perdana Menteri Malaysia itu bertemu dengan Presiden China Hu Jintao dan Perdana Menteri China Wen Jiabao. Beliau menerima anugerah ijazah Doktor Kehormat Hubungan Antarabangsa daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) sebagai lambing keakraban hubungan atau persahabatan antara Malaysia dan China. Kira-kira 60 penuntut dari negara China di BFSU yang mempelajari Bahasa Melayu dan 36 pelajar Malaysia yang mempelajari Bahasa Mandarin di BFSU.40 penuntut Kajian Melayu BFSU menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" dan pelajar Malaysia di BFSU menyanyikan lagu "Beijing Hwanying Nie" atau "Beijing Mengalu-alukan Kedatangan Mu".Anak bongsu Najib mempelajari Bahasa Mandarin di Georgetown University di Washington DC.

Rombongan 35 anggota disertai oleh Datin Seri Rosmah Mansor, dan bondanya, Tun Rahah Mohammad Noah. Turut hadir ialah Prof Hao Ping, Timbalan Menteri Pendidikan China merangkap Presiden BFSU.Puan Gu Xiu Lian, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 dan Presiden Persatuan China-Asean, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Datuk Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta pemimpin perniagaan dan usahawan-usahawan Malaysia. [7]

Najib dipelawa menginap di villa No. 18, Diaoyutai, daerah Haidian di Beijing. Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon melawat China pada Februari 1972 pernah tinggal di sini. Mao Zedong, Liu Shaoqi, Zhou En-lai dan Deng Xiaoping pernah bermesyuarat di sini padsa 1960 - 1970-an.[8]

Acara yang diatur ialah Forum Perniagaan Malaysia-China di China World Hotel. Jamuan di Fujian Hall, Great Hall of the People.Pemeteraian tiga perjanjian di West Hall, Great Hall of the People.Mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao di Great Hall of the People. Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) dan China People's Association for Friendship with Friendly Countries (CPAFFC), untuk mengenang ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik '74 .Majlis pelancaran kilang usahasama 1.2 bilion yuan (kira-kira RM600 juta) antara UMW Holdings Malaysia dan Perbadanan Petroleum Kebangsaan China di Qinhuangdao untuk mengeluarkan saluran gas bagi projek gergasi Saluran Gas Barat-Timur China.[9]

Sosial dan Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 11,000 pelajar China belajar di Malaysia. Pelajar Malaysia di China seramai 1000 orang. Pada 2002, seramai 557,000 pelancong China datang ke Malaysia. Pelancong Malaysia ke China pula seramai 790,000 orang.[10] Persatuan Persahabatan Malaysia-China ditubuhkan . Dr Mahathir Mohamad menjadi penaung dan Dr Usman Awang menjadi pengerusi pada 30 Disember 1992. Tahun 1993, Persatuan Persahabatan China-Malaysia (PPCM) berjaya ditubuhkan pula di Beijing dengan Hu Gang, bekas duta besar China ke Malaysia sebagai pengerusinya.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan lebih 50 judul karya sastera China dan diterjemah ke bahasa Melayu.

Hu Jintau melawat Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 11 November 2009, Presiden China, Hu Jintau melawat Kuala Lumpur , Melaka dan menemui Sultan Mizan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain.Isterinya, Liu Yong Qing beserta rombongan melawat Pulau Melaka dan disambut oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Menteri pengiring ialah Ong Tee Kiat. Sesi bergambar di batu tanda 'Selat Melaka-Selat Terpanjang dan Tersibuk di Dunia' bersebelah Masjid Selat. Lokasi lain ialah Muzium Baba dan Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng Lock Melaka.[11]

Jambatan Kedua Pulau Pinang, Empangan Mengkuang di Seberang Perai, kilang kertas dan kilang melebur aluminium di Sarawak, landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru melibatkan syarikat China.[12]

Etnik Uighur dihantar pulang[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Ogos 2011, Pengarah Polisi Pelarian HRW, Bill Frelick dan Persatuan Uighur di Amerika Syarikat membantah tindakan Malaysia menghantar pulang 11 etnik Uighur dan menahan lima yang lain awal Ogos 2011 bersama-sama 16 warga China lain dalam serbuan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Tindakan ini bersifat diskriminasi dan Malaysia dilihat mengikut telunjuk Beijing.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Harun Aminurrashid. 1969. Peristiwa Laksamana Cheng Ho ka-Melaka. Singapura:Pustaka Melayu.
  • Rahmah Bujang. 1994. Puteri Li Po. Dalam Mustika diri: bunga rampai karya penuliswanita 1930-1990. (pnyt) Ahmad Kamal Abdulah & Siti Aisah Murad. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Ensiklopedia Malaysia. 1995. Kuala Lumpur: Anzagain
  • Fei Xin. 1436/1954. Xing Cha Sheng Lan (Menikmati Pemandangan Indah dengan RakitSakti) diberi anotasi oleh Feng Chengjun. Shanghai: Zhong Hua Shu Ju.
  • Gong Zhen. 1434/1961. Xi Yang Fan Guo Zhi (Catatan Mengenai Negara-negara SamuderaBarat) diberi anotasi oleh Xiang Da. Beijing: Zhong Hua Shu Ju.
  • Groeneveldt, W.P. 1887. Note on the Malay Archipelago and Melaka. Dalam Miscella-neous papers relating to Indo-China. 2nd series
  • Hall, D.G.E. 1968. History of Southeast Asia. London: MacMillan & Co Ltd.
  • Hashim, Ruzy Suliza. 1999. Gender on the agenda: the story of Hang Li Po Revisited.Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Bandingan, Kuala Lumpur, 24-27 Ogos.
  • Levathes, Louise. 1996. When China ruled the seas: the treasure fleet of the DragonThrone, 1405-1433. New York: Oxford University Press
  • Liang Liji. 1996. Lembaran sejarah gemilang: hubungan empayar Melaka-Dinasti MingAbad ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Lim Guan Swee, Li Shi Zhi Cheng—Ma Liu Jia (Melaka—Kota Historis) [Terbit sendiridan tanpa maklumat tarikh penerbitan].
  • Lin Yuanhui & Zhang Yinlong. 1991. Xin Jia Po-Ma Lai Xi Ya Hua Qiao Shi (SejarahPerantau China di Singapura–Malaysia). Guangzhou: Guangdong Gao Deng Jiao YuChu Ban She.
  • Ma Huan. 1451/1955. Ying Ya Sheng Lan (Pemandangan Indah di Seberang Samudera)diberi anotasi oleh Feng Chengjun: Shanghai: Zhong Hua Shu Ju
  • Rockhill, W.W. 1914-1915. Notes on the relations and trade of China with the EasternArchipelago and the Coast of the Indian Ocean during the 15 th Century. T’oungPao.15 (1914) & 16 (1915).
  • Purcell, Victor. 1967. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
  • Que Xunwu. 1984. Jian Ming Li Shi Ci Dian (Kamus sejarah singkat). Kaifeng: He NanJiao Yu Chu Ban She.Sejarah Melayu. 1982. Diusahakan oleh W.G. Shellabear. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
  • Winstedt, Richard O. 1974. A History of Malaya. Diterjemahkan ke dalam bahasa Cinaoleh Yao Ziliang. Beijing: Shang Wu Yin Shu Guan.
  • Zhang Tingyu dkk. 1974. Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming). Beijing: Zhong Hua Shu Ju.
  • Zhou Nanjing. 1987. Hui Gu Zhong Guo Yu Ma Lai Xi Ya Wen Lai Wen Hua Jiao Liu DeLi Shi (Meninjau Kembali Sejarah Pertembungan Kebudayaan antara China denganMalaysia dan Brunei). Dalam Zhou Yiliang (ed), Zhong Wai Wen Hua Jiau Liu Shi(Sejarah pertembungan kebudayaan antara China dengan Negara-negara asing).Zhengzhou: He Nan Ren Min Chu Ban She.
  • Zhu Jieqin. 1990. Dong Nan Ya Hua Qiao Shi (Sejarah perantau Cina di Asia Tenggara).Guangzhou: Guang Dong Gao Deng Jiao Yu Chu Ban She