Syahredzan Johan
Syahredzan Johan | |
|---|---|
| شهريزن جوهن | |
Syahredzan pada 2023 | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bangi, Selangor | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | Ong Kian Ming |
| Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat Parti Tindakan Demokratik | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Pengerusi | Lim Guan Eng |
| Setiausaha Agung | Loke Siew Fook |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Jun 1983 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Ibu bapa |
|
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Tuan Syahredzan Johan (lahir 10 Jun 1983) ialah seorang ahli politik di Malaysia berketurunan Melayu. Beliau memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat Parti Tindakan Demokratik (DAP).[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Syahredzan Johan dilahirkan di Selangor dan merupakan anak kepada Tan Sri Johan Jaafar bekas Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Peguam
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah lulusan bidang perundangan dari Cardiff University, United Kingdom pada tahun 2005 sebelum dipanggil ke Majlis Peguam England dan Wales.[2] Beliau kembali ke tanah air pada 2006 untuk berkhidmat bersama firma Ram Caroline Sha & Syah. Beliau diperakui sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaysia pada 5 Oktober 2007.[2] Syahredzan merupakan rakan kongsi dalam firma Ram Caroline Sha & Syah sejak tahun 2010.[2]
Politik
[sunting | sunting sumber]Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 2018, beliau telah dilantik sebagai setiausaha politik kepada Lim Kit Siang. Beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan pada tahun 2021. Beliau bersama- sama menubuhkan Cawangan DAP Pusat Bandar Shah Alam sekaligus menjadi Pengerusi Penaja pada tahun 2022. Dengan pelantikan sebaga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP,[3] beliau diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Media Sosial DAP.[4]
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menerima anugerah The Edge Inspiring Young Leaders Awards 2017 atas penglibatannya sebagai peguam aktivis yang memperjuangkan pendidikan Perlembagaan Malaysia kepada masyarakat melalui kempen MYConstitution,[5]
Beliau juga dipilh sebagai salah seorang Prestige's Malaysia Top 40 Under 40 pada tahun 2018.[6]
Pada tahun 2019, Tatler Asia menyenaraikan beliau dalam Gen.T kategori Kerajaan, Khidmat Masyarakat dan Undang-undang atas usahanya mendekatkan undang-undang dengan masyarakat.[7]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | P102 Bangi | Syahredzan Johan (DAP) | 141,568 | 57.95% | Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (PAS) | 71,867 | 29.42% | 244,291 | 69,701 | 80.51% | ||
| Hoh Hee Lee (MCA) | 25,685 | 10.51% | ||||||||||
| Annuar Salleh (PEJUANG) | 3,148 | 1.29% | ||||||||||
| Chee Chee Meng (PRM) | 752 | 0.31% | ||||||||||
| Jamal Hisham Hashim (Bebas) | 676 | 0.28% | ||||||||||
| Muhammad Fauzi Hasim (Bebas) | 401 | 0.16% | ||||||||||
| Suthan Mookaiah (Bebas) | 194 | 0.08% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://dapmalaysia.org/parti/pimpinan/Jawatankuasa-Tertinggi-Pusat/
- ^ a b c https://www.astroawani.com/berita-politik/peguam-syahredzan-johan-dilantik-sebagai-setiausaha-politik-lim-kit-siang-177729
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/20/whos-who-in-new-dap-leadership-lineup/
- ^ https://sumberkini.my/aktif-di-twitter-syahredzan-ketuai-biro-media-sosial-dap/
- ^ https://www.theedgemarkets.com/article/edge-inspiring-young-leaders-awards-2017-syahredzan-johan-%E2%80%93-civil-liberties-lawyer
- ^ https://www.prestigeonline.com/id/prestige-40-under-40/syahredzan-johan/
- ^ https://generationt.asia/people/syahredzan-johan
