Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Jufert (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29: Baris 29:
|established_date3 = 1948
|established_date3 = 1948
|area = 1,046.3
|area = 1,046.3
|population_census = 1,561,383 <ref name="populasi">http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf</ref>
|population_census = 1,778,200 <ref name="populasi">https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UzliaFYxbW1nSFovbDYrLzFFR29zZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09</ref>
|population_census_year = 2010
|population_census_year = 2018
|population_estimate_rank = 1
|population_estimate_rank = 1
|population_density = 1490<sup>[[#Infobox footnotes|1]]</sup>
|population_density = 1490<sup>[[#Infobox footnotes|1]]</sup>

Semakan pada 13:23, 14 Februari 2019

Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا

Pulau Pinang Pulau Mutiara

ڤولاو ڤينڠ ڤولاو متيارا
Bendera Pulau Pinang Lambang Pulau Pinang
Bendera Lambang
Cogan kata: Bersatu dan Setia
Lagu negeri: Untuk Negeri Kita
Lokasi Pulau Pinang
Lokasi Pulau Pinang
   Pulau Pinang di    Malaysia
Ibu negeri George Town
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Pakatan Harapan (DAP)
 - Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
 - Ketua Menteri Chow Kon Yeow
 - Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman
 - Timbalan Ketua Menteri II Ramasamy Palanisamy
Sejarah  
 - Penyerahan dari Kedah kepada British 11 Ogos 1786 
 - Penjajahan Jepun 1942 
 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 1,046.3 km²
Populasi
 - banci 2018 1,778,200 [1]
 - Kepadatan 14901/km²
IPM  (2000) 0.828 (tinggi)
Kod panggilan kebangsaan 04
Poskod kebangsaan 10000 - 19500
Huruf pertama plat kenderaan P
Laman sesawang: www.penang.gov.my
1 2,031.74 orang per km² di bahagian pulau dan 865.99 orang per km² di Seberang Perai

Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta) iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia.

Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.

Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM49,873 pada 2017.[2]

Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. Larian Jambatan Pulau Pinang juga dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang ini. Perjalanannya ialah pergi dan pusing balik di atas jambatan jam bermula awal pagi.

Lapangan terbangnya ialah lapangan terbang kedua sibuk bagi pesawat kargo di Malaysia. Sekolah Chung Ling di Butterworth dan Pulau Pinang sudah mahu mencapai 100 tahun.

Geografi

Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13 negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur, Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km2 yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. Pulau Pinang mempunyai bilangan penduduk seramai 1.6 juta orang (berdasarkan anggaran rambang).

Bandaraya Georgetown

Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur.Sebelum 1 Januari 1957, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat (Capt.133) dan Enakmen Lembaga Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Capt.137).Status Bandaraya telah diberikan kepada George Town (Royal Charter By Queen Elizabeth II Sovereign of United Kingdom) pada 1 Januari 1957. Pada 1 Januari 1974, Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan-peruntukan Sementara 1973) telah mengisytiharkan percantuman Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan. Seterusnya pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan penguatkuasaan Akta KerajaanTempatan 1976. Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dengan itu, pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebusguna. Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014 mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773km persegi menjadikan keluasan Majlis kini 305.773 km persegi (asal 297 km persegi). Pembentangan tersebut juga merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576). Pengiktirafan Majlis Bandaraya Pulau Pinang memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan MPPP dan seterusnya menaiktaraf MPPP ke MBPP. Selaras dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1 Januari 2015 pada 10 Mac 2015 .[3]


Daerah di Pulau Pinang

  1. Barat Daya Pulau Pinang
  2. Seberang Perai Selatan
  3. Seberang Perai Tengah
  4. Seberang Perai Utara
  5. Timur Laut Pulau Pinang

Bandar Utama

Iklim

Suhu (siang) 27°C-30°C
Suhu (malam) 22°C-24°C
Curahan hujan 2670 mm
Kelembapan 70%-90%
Data iklim untuk Pulau Pinang
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 31.6
(88.9)
32.2
(90.0)
32.2
(90.0)
31.9
(89.4)
31.6
(88.9)
31.4
(88.5)
31.0
(87.8)
30.9
(87.6)
30.4
(86.7)
30.4
(86.7)
30.4
(86.7)
30.7
(87.3)
31.2
(88.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 23.2
(73.8)
23.5
(74.3)
23.7
(74.7)
24.1
(75.4)
24.2
(75.6)
23.8
(74.8)
23.4
(74.1)
23.4
(74.1)
23.2
(73.8)
23.3
(73.9)
23.3
(73.9)
23.4
(74.1)
23.5
(74.3)
Purata curahan hujan, mm (inci) 68.7
(2.70)
71.7
(2.82)
146.4
(5.76)
220.5
(8.68)
203.4
(8.01)
178.0
(7.01)
192.1
(7.56)
242.4
(9.54)
356.1
(14.02)
383.0
(15.08)
231.8
(9.13)
113.5
(4.47)
2,407.6
(94.78)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0 mm) 5 6 9 14 14 11 12 14 18 19 15 9 146
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 248.0 234.5 235.6 225.0 204.6 201.0 204.6 189.1 162.0 170.5 183.0 207.7 2,465.6
Sumber 1: National Environment Agency
Sumber 2: Hong Kong Observatory[4]
Pemandangan Georgetown dengan berlatarbelakangkan pemandangan Seberang Perai

Penduduk

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2018 ialah:

  • Melayu: 42.25%
  • cina: 39.42%
  • India: 11.6%
  • Lain-Lain:
    • Bumiputra Bukan Melayu: 0.3%
    • Bukan Warganegara: 5.7%
Pulau Pinang mempunyai komuniti Yahudi dan Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi dan Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga Arab, Jerman, Inggeris, dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai  golongan ekspatriat yang besar, kebanyakannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.

Sejarah

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, dipajak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kapten Francis Light: mendapatkan Pulau Pinang dengan memberikan janji palsu, bantuan tentera kepada Sultan Kedah.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

Kerajaan negeri

Negeri Pulau Pinang mempunyai Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) sendiri, akan tetapi kuasanya terhad apabila dibandingkan dengan pihak berkuasa kerajaan pusat.

Sebagaimana dengan negeri-negeri Malaysia yang lain, Majlis Mesyuarat Kerajaan mengandungi ahli-ahli yang dilantik daripada parti politik yang menjadi kerajaan. Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan ialah Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Sebagai tradisi, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbangsa Tionghoa untuk membayangkan kaum majoriti di negeri ini.

Pada Mei 2005, terdapat permintaan daripada ahli-ahli UMNO, parti politik yang terbesar dalam kerajaan campuran, untuk menggilirkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di antara parti-parti komponen Barisan Nasional, akan tetapi cadangan itu ditolak oleh Perdana Menteri.

Terdapat satu majlis bandaraya dan satu majlis perbandaran di Pulau Pinang, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Ahli majlis tempatan dilantik oleh kerajaan negeri sejak Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dibatalkan dalam tahun 1960-an.

Bangunan Komtar

Negeri Pulau Pinang dibahagikan kepada lima pembahagian pentadbiran:



Kebudayaan dan ekonomi

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.

Gambar ini menunjukkan seorang pembawa beca bersama pelancong menaiki beca

Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya disebelah utara.

Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru.

Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan, kewangan dan lain-lain perkhidmatan.

Pengangkutan

Pulau Pinang dikaitkan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia. Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

  • Georgetown dan Butterworth (yang mana stesen keretapi yang terdekat ditempatkan) di tanah besar; dan
  • Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.
Gambar Jambatan Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditempatkan di selatan George Town dan memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.

Beca masih lagi boleh didapati dibeberapa tempat di Georgetown. Walau bagaimanapun, dengan ketibaan pengangkutan moden, beca semakin menjadi daya tarikan utama kepada pelancong. Malangnya, pengangkutan moden telah membawa masalah kesesakan trafik kepada George Town, disebabkan kebanyakan jalan di pusat bandaraya terlalu sempit kerana ketiadaan perancangan yang baik.

Penduduk terkenal

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UzliaFYxbW1nSFovbDYrLzFFR29zZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
  2. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=d21BMHFxZFBIcFlCNExIYUQ1cE92Zz09
  3. ^ https://www.facebook.com/pages/Majlis-Bandaraya-Pulau-Pinang-MBPP/824716250937723?sk=info&tab=page_info
  4. ^ "Climatological Information for Penang, Malaysia". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2010-10-30.
  • The Penang Tourism Action Council. "The 'Light' Years and Beyond" (2005).

Pautan luar